[Bersambung dari “Dalami Definisi Ibadah Haji dan Umrah (Bahagian 1)”]
Sejarah Ringkas Ibadah Haji Di Bawah Syariat Rasulullah S.A.W
- Haji telah diwajibkan pada Tahun Ke-5 Hijrah
- Pada Tahun Ke-6 Hijrah, Rasullullah S.A.W , mengerjakan umrah dengan disertai oleh 1500 orang para sahabat namun demikian rombongan ini tertahan di Hudaibiyah.
- Pada Tahun Ke-7 Hijrah, mereka membuat Umrah Qada’
- Pada Tahun Ke 10 Hijrah, Rasulullah S.A.W telah mengisytiharkan untuk menunaikan Fardhu Haji.
- Pada 25 Zulkaedah Tahun 10 Hijrah, Rasulullah S.A.W dengan isteri-isteri Baginda telah memulakan perjalanan dan diikuti oleh 120,000 orang para sahabat.
- Haji tersebut dikenali sebagai Haji Islam, Haji Akbar atau lebih dikenali sebagai Haji Wada’
Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksudnya :
“Daripada Aishah r.a berkata ia kepada Rasulullah S.A.W bahawa kami percaya bahawa jihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasulullah S.A.W bagi kamu sebaik-baik jihad itulah haji mabrur. ” – (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhary)
Perniagaan yang sesuai dijalankan pada musim Ibadah Haji dan Umrah.
Musim haji diibaratkan pintu rezeki terutamanya kepada peniaga-peniaga yang menjual barangan kelengkapan haji dan umrah. Perniagaan semasa musim haji di dunia dianggarkan bernilai AS$50 bilion ($61 bilion) dan dijangka meningkat berganda kepada AS$100 bilion menjelang 2020, menurut seorang professor pemasaran antarabangsa.
Jumlah itu merangkumi semua aspek perniagaan yang dikendalikan semasa musim haji seperti penginapan, pengangkutan dan makanan dan minuman (F&B).
Sebahagian besar jumlah itu dikuasai oleh Arab Saudi yang menjadi lokasi perhimpunan jemaah haji di dunia.
Seperti yang kita sedia maklum, Ibadah Haji dan Umrah mempunyai keberkatannya sendiri. Ianya bukan sahaja meliputi keberkatan pahala berganda serta penyucian diri, malahan juga mampu menjana ekonomi umat Islam yang menjalankan perniagaan.
Terdapat beberapa senarai produk atau barangan Haji dan Umrah berupa pakaian dan lainnya yang menjadi keperluan para jemaah melaksanakan ibadah tersebut:
1- Kain Ihram
Kain Ihram adalah kain yang wajib dipakai oleh semua jemaah dalam melaksanakan ibadah Haji atau Umrah. Ianya merupakan kain yang tidak dijahit dan dipakai sepanjang masa beribadah Haji atau Umrah.
2- Jubah
Para Jemaah kebiasaannya akan memakai jubbah selepas habis melaksanakan ibadah Haji atau Umrah kerana sepanjang ibadah tersebut dilaksanakan, umat islam dilarang memakai pakaian/kain yang berjahit. Maka sesudah ianya selesai, para jemaah pastinya lebih selesa memakai jubah memandangkan ia adalah pakaian tradisi penduduk di sana.
3- Kopiah dan serban
Kopiah dan serban ibarat isi dengan kuku yang sentiasa dipakai bersama. Sudah pasti para jemaah memerlukannya untuk dipakai selepas ibadah Haji dilaksanakan.
4- Telekung
Telekung sangat diperlukan oleh para jemaah wanita sebagai keperluan ibadah mereka. Maka sudah pasti ianya merupakan produk yang wajib untuk dijual buat para usahawan.
5- Air Zam-zam
Sepertimana yang semua ketahui, air zam-zam adalah air terbaik didunia dan mempunyai khasiat dan kebersihan yang tidak pernah diragui. Air zam-zam hanya boleh didapati di Makkah dan ia terhad kepada beberapa liter sahaja yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Disebabkan perkara ini, air zam-zam yang diimport ke Malaysia sangat mahal harganya.
6- Makanan Sunnah
Makanan Sunnah Rasulullah seperti kurma, delima, kismis, habbatus sauda dan lain-lain menjadi perkara wajib untuk dijadikan sebagai makanan yang baik untuk kesihatan. Ianya amat sukar ditemui di Malaysia dan perlu diimport dari Negara luar.
7- Kekacang dan halwa
Kekacang seperti kacang pistachio, badam dan lain-lain amat digemari ramai dan ianya juga perlu diimport dari Negara luar. Perniagaan seperti ini sentiasa membuahkan hasil yang lumayan kerana sifatnya yang sentiasa ‘evergreen’.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021