2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya…
Apa makna wang pada Irfan?
Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita.
Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?
Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.
Alhamdulillah, kini saya memiliki sebuah yayasan sendiri! Setelah sekian lama saya merancang, kini terbuka lagi pintu rezeki saya dengan Yayasan Ilham Budi.
Panjang cerita penubuhan Yayasan Ilham Budi ini. Yayasan ini dilancarkan semula atas usaha pengasas Nizal Mohammad dan saya sebagai pengarah. Insyaallah nanti majls pelancaran semula, boleh cerita sejarah manis yayasan ini 🙂
Penglibatan saya dalam Yayasan ini probably one of the highlights untuk tahun ini. berbagai rancangan saya & Nizal susunkan untuk membantu masyarakat. Saya dan Nizal mempunyai passion yang serupa iaitu melihat belia-belia kita mencapai kecemerlangan diri dalam segala aspek.
Antaranya yang terdekat adalah, majlis “Bicara Ilham” sebagai pembuka aktiviti…
Untuk “Bicara Ilham” kami akan menyediakan platform dimana sesiapa sahaja dapat berkumpul dan network sesama sendiri. Kata mat salleh, Networking High-Tea. Tapi, kita tak buat macam mat salleh… kita buat Malaysian style! 🙂 Bicara Ilham akan di hoskan oleh Nizal dan saya sendiri. Jadi, hadirin semua adalah tetamu jemputan kami!
“Bicara Ilham” dicadangkan akan dijalankan setiap bulan, dan dalam setiap perjumpaan, kita akan menjemput seorang tetamu istemewa untuk memberi talk mengenai kejayaan selama 30 minit.
Sudah pasti, tetamu istemewa adalah ikon-ikon (antaranya jutawan-jutawan) Malaysia yang dibanggakan! Sebenarnya, ramai ikon-ikon Malaysia ingin berkongsi pengalaman dan tip kejayaan kepada orang ramai, tetapi, tiada platform untuk melakukannya.
Exposure nizal & saya telah menemukan kami dengan ramai ikon-ikon yang dengan ikhlasnya ingin berkongsi strategi kejayaan dan pengalaman dengan anda semua.
“Bicara Ilham” bertujuan untuk menjadi platform bagi mereka menyampaikan mesej kejayaan mereka dengan tujuan memberi inspirasi dan motivasi di samping berkenal dan bertukar fikiran di sesi networking.
“Bicara Ilham” pertama adalah soft-launch untuk Yayasan Ilham Budi. Bagi mereka yang berminat- saya harap ramai berminat, nanti datang beramai-ramai ok?
Harapan saya, untuk fasa awal Yayasan Ilham Budi adalah mengumpul lebih ramai belia-belia kita yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Moga platform networking ini dapat digunakan oleh orang ramai 🙂
Tarikh & tempat (Area KL) untuk “Bicara Ilham” pertama akan diumumkan tak lama lagi! Ini kira teaser untuk anda 😉
Special thanks to my brother, Nizal Mohammad for making my dream a reality 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tahniah
InsyaAllah, saya akan datang beri sokongan. 🙂
Tahniah kepada kerana dapat membuat Yayasan..
bagus idea tu…
ye lah kekayaan yang didapati dapat dikongsi kepada insan2 yang tidak mampu..
harap2 usaha diberkati Allah…
Insyaallah..
Tahniah!! kepada doc. 😀
Saya berharap usaha-usaha begini akan berterusan dan berpanjangan untuk membantu mereka yang memerlukan dan menyediakan platform untuk mencapai kecemerlangan diri.
Hisham;
“Motivasi Diri P2..DotCom – http://www.p2dotcom.blogspot.com” 😉
Tahniah .! tempat tuh sekitar Kuala lumpur jugak kan..alhamdullilah, semakin berkembang personaliti lepas nih… sempena namaanak la kan Ilham…
CEO
http://www.taqiyuddin.wordpress.com
Tahniah! Nizal Mohammad is a right person.
Tahniah .
Tertubuhnya Yayasan ini, ramai orang yang boleh bantu… Alhamdulillah, sekurang2nya memilih untuk membantu masyarakat dan belia negara!
Tahniah!
Great by 31!
Congratulations. Time to give back to the nation.
owh, keratan akhbar ni ada lg saya simpan kat umah.. sbg koleksi peribadi..
ada lg org2 berjaya lain yg saya simpan tp malas nk sebut satu persatu..
cuma salah satu nye ialah keratan ni..
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
weehooo.. teruja sy…semoga keberkatan berpanjangan..atas segala usaha murni mu =)
Tahniah Doc, nampaknya semua yg. dicita-citakan telah tercapai. Now time to share kejayaan dengan masyarakat di luar sana. Semoga doc tidak jemu-jemu membantu memajukan masyarakat malaysia.
http://www.jomwebtemplate.blogspot.com
Assalamualaikum…
Semoga diberi taufik dan Hidayah untuk memahami maksud ikhlas dalam beramal. Keikhlasan akan membesarkan pahala amalan di sisi Allah.Tanyalah Fadhilah Kamsah untuk maksud Ikhlas dan cara untuk mendapatkannya lepas tu tolong kongsi dengan saya sekurang-kurangnya sebab saya tak tahu cara nak berhubung terus dengan Fadhilah Kamsah. Please Irfan.I beg you….
Wassalamualaikum..
saya berminat nak join networking tersebut dan saya juga berminat jadi sukarelawan yayasan ilham budi
sudah tentulah faham maksud ikhlas.
mungkin kita yang “tiada apa-apa” selalu menyangka orang yang berada selalu beramal kerana nama, nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Namun, hanya orang yang pernah beramal sahaja yang tahu betapa puasnya dapat membantu orang. Bukan kerana nama.
Kalau nak jumpa Fadzilah Kamsah, sila ke syarikat beliau, Excel Training & Consultancy
Wah..tahniah dari saya.Siap jemput ikon jutawan lain lagi tu…semoga yayasan ini membantu meningkatkan motivasi. Saya harap dapat hadir nanti
tahniah doktor..saya pun mempunyai seperti doktor to haave my own yayasan…tapi still xtahu cara yang sebenarnye..lagipun doktor seorg jutawan..but i’m still a student..still study…hmmm that’s my eam…:)…hope i can learn more from you…:)
Tahniah. Semoga hidup sekeluarga diberkati. Teruskan usaha murni untuk membantu masyarakat kita supaya lebih berdikari.
Tahniah doc,kejayaan demi kejayaan di capai oleh anda..Sejak 2 tahun lepas sudah banyak workshop jutawan internet dianjurkan.Antara peserta yang berjaya adalah saudara Razzi Rahman dan saudara Tazilan.Mungkin lebih ramai lagi peserta-peserta workshop yang mengikut jejak langkah mereka.Apa kata Irfan sediakan satu ruangan khas di Tip Satu Minit untuk kita berkongsi kejayaan mereka-mereka yang pernah hadirkan diri di Workshop Jutawan Internet.
terima kasih bagi yang menyokong & hendak jadi tenaga sukarela. memang kami memerlukannya nanti 🙂
BICARA ILHAM pertama akan diadakan pada bulan Julai nanti. Tarikh & lokasi akan ditetapkan secepat mungkin! 🙂
Tahniah! semoga sukses dan jadi ikutan.
Tahniah Sifu dan Bro Nizal..semoga terus cemerlang!
ps: Sedia jadi tukang betulkan mic. 😀
kalo dtg srwk sound2 la ye!
🙂
Setinggi2 ucapan tahniah buat anda! Memang bantuan pd mereka yg telah berjaya utk membantu para belia (bumiputra terutamanya) utk turut sama menjejak tangga kejayaan amatlah diharapkan dan dihargai. Saya berminat jugak nak join… tapi segan jugak kot tak ramai penyertaan kaum hawa 😉
“Bila berada tinggi di langit, jgn lupa rumput di bumi”
Tahniah .semoga lebih berjaya dan menjadi the great idol..
Tahniah .
Kami harap yayasan terbabit dapat membantu insan yang memerlukannya..
Yayasan ini bagus untuk membantu mereka yang tak mampu untuk menghadiri workshop tetapi berminat untuk berniaga online. Dengan cara ini kita bertukar pengalaman dengan mereka yang berjaya. Saya juga berminat untuk hadir ‘Bicara Ilham’.Terima Kasih menubuhkan yayasan ini.
Regards Sharifah Azran Alam
semua boleh join tidak kira lelaki atau wanita. Bicara Ilham adalah langkah pertama to get the ball rolling. Berbagai2 lagi sumbangan yayasan ini akan usahakan, antaranya dalam perancangan adalah pemberian biasiswa.
Mohd > bukan great idol. saya buat kerana saya mampu. saya yakin sekiranya anda semua di Tip Satu Minit satu hari nanti mampu membina Yayasan, anda pun akan turut membina yayasan tersendiri, betul kan? 🙂
Irfan dan sahabat semua..
Dikesempatan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 33 (5hb.Jun) ingin saya meletakkan azam untuk menubuhkan yayasan saya sendiri satu hari nanti. Antara program pengisiannya nanti mewujudkan satu Akademi Tahfiz untuk anak2 yatim dan faqir miskin secara percuma. Doakan saya..
hj hayat birthday ke 33? eh.. ingatkan ke-23. 🙂
ada yayasan, perlu fikirkan juga cara menjana pendapatan untuk yayasan. kiranya nak bagi yayasan kita self sustaining. bila ini tercapai, nanti bila pemilik yayasan sudah tiada, yayasan akan teruskan juga. apa yang kita tak mahu is, bila pemilik sudah tiada, nanti yayasan juga turut berhenti. rugi…
teringat masa nescafe kickstart lepas ada seorang peserta ketika audition eam nya hendak memulakan yayasan sekiranya menang RM30,000. niat memang baik. tetapi bila saya tanya, kalau habis RM30,000 tu, bagaimana yayasan hendak diteruskan? terus dia blank kerana tidak memikirkan “sustainability” sesebuah yayasan.
maka, peserta tersebut tidak lepas audition. tapi, harapnya cita2 nya tidak mati di situ le… 😉
so, hj hayat, cuba fikirkan nanti Akademi Tahfiz anda tu, bagaimana hendak jadikannya self-sustaining. Hj Hayat miliki syarikat percetakan, mungkin cetak sesuatu yang boleh digunakan oleh sekolah2 agama secara BERTERUSAN (muqqadam ke, contoh yang perlu sekolah agama re-order setiap tahun), dan setiap keuntungan jualan muqqadam tersebut disalurkan ke Akademi Tahfiz. Camtu la lebih kurang 😉
bagi Yayasan Ilham Budi, nanti saya & nizal akan keluarkan produk2 dan royalty produk2 tersebut akan disalurkan kepada yayasan secara berterusan untuk berinya sustainability.
seronok dengar hj hayat juga bercita2 hendak membina yayasan. sekurang2nya langkah saya & nizal dapat dicontohi 🙂
Saya salah seorang peserta workshop IK di sini mengucapakan tahniah kepada IK kerana rezeki untuk membuat yayasan tercapai.Saya juga berterima kasih kepada doktor kerana berjaya membuat workshop di Sabah.Saya adalah wakil peserta workshop IK yang berasal dari sandakan sabah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memperkenalkan perniagaan internet ini di negeri sabah.Terima kasih!
Saya ingin memberi pandangan kepada IK dan menyarankan kepada doktor sendiri supaya doktor membuat satu halaman web untuk peserta2 workshop jutawan internet.Perkara yang saya maksudkan adalah menyenaraikan laman web peserta2 workshop jutawan internet untuk dilihat dan diketahui oleh setiap peserta workshop jutawan internet dan dalam masa yang sama dapat di lihat oleh pengunjung laman web IK.ini adalah salah satu kejutan juga sepertimana IK membuat surprise bermakna kepada orang sabah.
Irfan,
Terima kasih atas nasihat dan idea. Yup! perlu buat perancangan teliti.
Saja hebahkan impian bukan sekadar komentar bersahaja tetapi supaya memberi sedikit ‘tekanan’ untuk terus gigih berusaha merealisasikannya kerana orang ramai dah tahu! Hehehe ;D . Teladan yang baik dari penubuhan yayasan2 seperti Yayasan Ilham Budi, Yayasan Pok Ropeah, Yayasan Bukhari, Yayasan Saad sepatutnya dicontohi sebagai tanda kita hamba-Nya yang bersyukur bagi mereka yang mampu…
Renungi maksud firman-Nya “Sekiranya kamu bersyukur (dengan mematuhi perintah-Nya,beramal soleh dan bersedekah), akan Kami tambahkan lagi (kurniaan) kepada kamu”
ps: Teringat lagu “Orang orang kampung semua dah tahu..”
pss: Pasang niat nak buat kebajikan pun dah dapat pahala…:D
Tahniah doc.. hmm.. doc, boleh ke saya join?? saya ni baru usia 17 tahun. (umur muda) 🙂 Tapi saya cita-cita nak jadi mcm doc (BUKAN!! lebig doc) hehehe 🙂
Assalamualaikum dan semua.
Tahniah Nizal dan Syabar I hope to meet booth of you at the relaunching of the yayasan.
tlg maklumkan bila the next Bicara Ilham, saya berniat hendak turut hadir.
Saya doakan semoga dan saudara Nizal dirahmati Allah…amin.
langkah yang bijak tu..
betul kata saudara…
ia seperti menanam pokok epal,
ia tak kan mati malah berterusan
berbuah….
Aslmkm Irfan
Tahniah atas penubuhan YIB ni.
Mcmana sy bole contribute or participate dlm aktiviti yayasan ni?
Bole email sy ttg program YIB?
Tahniah dan saya terus menyokong dia atas penubuhan YIB…..
Terima kasih irfan
Bila nak adakan Program?
saya nak joint boleh ke?
boleh bagi tarikh,masa,tempat perjumpaan berikutnya.
Thanks;
Proff KUiTTHO
Tahniah! Moga lebih ‘CEMERLANG’,
Teringat saya pesanan Guru ” Ramai orang boleh Mencipta Kecemerlangan tapi sedikit yang mampu mencipta Kebahagiaan “.
Pls remind me for d funtion. Thanks.
Salam. Wan tercari2 maklumat, ter’clik’ kat sini. Bukan apa, wan & rakan2 diketuai ustazah dah lama bercita2 nak tubuhkan yayasan . Tujuannya samalah spr yayasan2 lain, iaitu kembangkan dakwah, di samping buat perniagaan supaya dpt banyak menyumbang.
Tapi kami ni jahil ttg nak tubuhkan yayasan.
Boleh tak beri detail from A to Z, dan klu bole pihak jab kerajaan manakah yg patut dihubungi?
Setakat ni kami ada bangunan sendiri yg nak kami tukarkan hakmilik kpd yayasan. Bangunan tsb sekarang ni digunakan utk belajar almost tiap2 hari & malam, sesekali menerima tetamu/musafir (tapi setakat ni semua yg mengendalikan adalah kaum perempuan).
InsyaAllah kami bercita2 di sebahagian bangunan tsb kami nak buka tempat buat roti.
TK
NAK JOINT BOLEH NI WEBSIDE APE SBENARNYA
Great! bila di puncak jgn lupakan yang di bawah 🙂
macam mane nak join yayasan ni??
salam,
1st off all tahniah kepada doc @ en nizal,semoga usaha murni ini akan menjadi contoh kepada jutawan2 lain utk terus b’bakti kpd masyarakat dn mengembangkan empayar biz anda..
kepada sahabat2 yg join dlm prgram ni smga kita smua dpt mengembangkan maklumat kita d sini dn memberi 1 fktor kewujudan disini utk support mereka yg b’bakti dan menjana semangat b’terusan dlm diri utk m’jadi seperti mereka
tq
salam.. im wondering, macam mana nak sesorang individu hendak menubuhkan sesuatu yayasan? Di bawah organisasi apa? Boleh tak berkongsi maklumat dengan saya?
Assalamualaikum.
Mungkin saya terlambat setahun dua untuk sampai ke halaman ini. Tapi saudara tentu setuju bahawa niat baik tidak kira terlewat atau terawal.
Bagaimanapun, saya ingin tahu sejauhmana perkembangan dan kejayaan Yayasan Ilham Budi dalam membantu masyarakat kerana saya berminat untuk menubuhkan sebuah yayasan.
Saya berharap agar saudara tidak keberatan untuk berkongsi maklumat berkenaannya dengan saya.
Terima kasih dan selamat maju jaya.
saya cube mendapatkan maklumat di lawan web ini dan yang lain2..bagi sesiapa yang mahu menolong saya untuk mendapatkan maklumat tentang cara2 menubuhkan yayasan..sila hantar di alamat lieona_lee@yahoo.com
kerjasama sama anda amat dihargai..
a’kum , terima kasih
What’s the latest news abt ur Bicara Ilham?
Assalammualaikum..
Tahniah…dan semoga Allah melipat gandakan pahala tuan irfan atas usaha membantu ramai orang.
keep up the good work!