Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!

Lihat semula gambar di bawah. Bagaimana Planet Hollywood & Hard Rock walaupun sebelah menyebelah, keduanya berjaya mendapat pelanggan yang tinggi?

hrph1.jpg

Ini kerana, persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Seperti saya sebut di atas, sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT.

jawapan kepada soalan semalam adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!

  1. Contoh, kekuatan Hard Rock Cafe adalah pada MUZIK. Hard rock menggunakan MUZIK sebagai tema restaurantnya. Itu adalah KEKUATAN pada Hard Rock dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Planet Hollywood mengetahui KEKUATAN tersebut, dan mencipta tema FILEM. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Hard Rock cafe, nak bersaing dengan mengubah jadi Hard Film Cafe?

  2. Contoh, kekuatan KFC adalah pada fast food berkonsepkan ayam. AYAM adalah KEKUATAN KFC dari dulu hingga kini. Fast food seperti McDonalds mengetahui kekuatan ini, lalu mencipta kelainan dengan membuka restaurant bertemakan BURGER. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan KFC, nak bersaing dengan mengubah jadi KFB (Kentucky Fried Burger??)?

  3. Contoh, kekuatan Baskin Robbins adalah pada konsep FUN & COLORFUL ICE-CREAM. Ice-cream dicipta 32 perisa berkonsepkan COLORFUL & FUN. Dengan perisa apple, rainbow, strawberry dan sebagainya yang menarik. FUN & COLORFUL adalah kekuatan Baskin Robbins dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Haagan Dazs mengetahui KEKUATAN ini, lalu mencipta ice cream yang kaya dengan perisa, pekat, mahal, prestige dan sebagainya yang berkaitan pada kemewahan.  Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Baskin Robbins, nak bersaing dengan mengubah jadikan kesemua ICE CREAM FUN & COLORFULnya jadi mahal & prestige?

nampak tak konsep ini? 🙂

Sekiranya “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka- seperti harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain. Tetapi, sekiranya “mencari KEKUATAN dan mencipta  KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!

Perniagaan besar-besaran dan berpengalaman ramai yang tahu keadaan ini dan menggunakan strategi ini, iaitu “mencipta kelainan dari KEKUATAN pesaing”. Sebab itu, persaingan mereka adalah cara sihat. Mereka berjaya mencapai pasaran yang berbeza, walaupun industri yang sama. Sama-sama dapat bersaing dan mendapat keuntungan yang berganda, walaupun dilokasi yang sama seperti 3 contoh diatas!

Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!

  1. Terima kasih bagi anda yang menyertakan pendapat anda. Bagi saya, memang, tiada yang salah. Cuma, kurang tepat dari segi perbincangan 2-3 posting lepas. Anyway, yang penting, HADIAH yang utama anda dapat adalah ilmu pengetahuan bukan?

    Dengan sama-sama berbincang dan “berlawan” untuk memberi jawapan, anda memperolehi lebih banyak ilmu yang amat tinggi nilainya lebih daripada hadiah. Lepas ni, saya harap ramai yang bertukar fikiran. Berikan idea sendiri supaya ilmu lebih banyak dapat di manfaatkan bersama- seperti Tip-Satu-Minit punya regular members.

    Jadi siapa yang menang hadiah seperti yang dijanjikan?….

    Jawapan saya tu, saya sudah karangkan 3 hari lepas. Dan tidak diubahkan…

    Boleh tak kalau penulis komen ini yang menang? Hampir tepat tak? Juga, penulis paling awal keluarkan idea ini dan yang lain datang kemudian?

    Jawapan saya ialah, membina & memiliki niche yang tersendiri.

    Huraian:

    Membina & memiliki Niche bermaksud, kita menfokuskan perniagaan kita kepada satu segmen pasaran untuk memenuhi permintaan-permintaan pelanggan yang lebih khusus.

    Contohnya seperti KFC & McDonald. Jika dilihat secara umum, pasaran mereka adalah pasaran â€makanan segera”, tetapi, apa yang menjadikan kedua-kedua mereka tetap teguh untuk bersaing adalah kerana mereka mempunyai niche yang â€berbeza”. KFC memiliki niche ayam, manakala mcdonald pula memiliki niche burger. Ini sekaligus menjadikan mereka mempunyai market segmen masing-masing. Orang yang lebih mengemari ayam.. akan pergi ke KFC, manakala orang yang lebih mengemari burger akan pergi ke mcDonalds.

    Sama halnya juga dengan Hard Rock cafe dan juga planet Hollywood, walaupun kedua-dua mereka menjalankan perniagaan â€kafe hiburan”, tetapi planet hollywood lebih menjurus kepada â€niche” filem & pelakon manakala hard rock cafe pula memilih niche muzik & penyanyi.

    Berkenaan Haagen Dasz & Baskin Robins pula.. hmm. yang ini saya tak pasti pula sebab saya tak familiar dengan 2 brand ini. Kalo tak silap saya, kedua-dua perniagaan ini menjual aiskrim, tetapi saya tak pasti apa pula niche mereka sebab tak pernah dengar pun nama brand nie. Mungkin sebab niche â€kemewahan” yang digunapakai oleh Haagen Dasz menyebabkan saya tidak pernah mendengar jenama ini.. oh!.

    Setuju tak ni pemenangnya? 🙂

    ps: Ada beberapa pemberi komen menjawab dengan tepat “cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!”, tapi, malangnya, huraian tidak tepat dan lari dari tajuk :(. Jawapan di atas pula tidak tepat, tapi huraian berkaitan rapat dengan tajuk 😉

  2. SETUJU 🙂

    Untuk menang dalam persaingan kita perlu tampilkan kelainan yang tidak pernah terlintas difikiran pesaing-pesaing kita. Begitu juga halnya dengan bisnes, kita tidak semestinya perlu mencari kelemahan pesaing kerana setiap perniagaan mempunyai kelemahan masing-masing, namun jarang terdapat perniagaan yang mempunyai kelainan atau keunikan tersendiri.. kelainan dan keunikan itulah yang perlu ditonjolkan.. bukankah manusia amat mudah teruja dan gemar serta suka meniru kepada sesuatu yang pelik dan lain dari yang lain?? seharusnya ketaksuban mereka mesti bijak dieksploitasi oleh usahawan dan golongan peniaga untuk menang dalam persaingan.. bukan sahaja untuk menang malah mencetuskan suatu fenomena atau trend baru dan terkini yang menjadi kegemaran dan ikut-ikutan orang ramai dan juga pesaing perniagaan mereka..
    seperti wujudnya KFC di tempat beradanya Mc D 🙂

  3. Setuju!

    Memang dari mula pun dah nampak jawapan Shuth mamang memuaskan dan straight to the point 🙂

    tapi curious lak nie… hadiahnyer ape yer?

  4. Jikalau itulah jawapannya maka saya akan :

    1) Membuka restoran yang bertemakan seni. Tak kiralah seni lukis ke, seni kraftangan ke, seni ukiran ke janji seni. Takkan Hard Rock Cafe nak ubah jadi Hard Rock Art pulak kan.

    2) Membuka fast food berkonsepkan makanan Malaysia contoh satay (dulu ada tapi dah pupus). Takkan KFC nak tukar nama kpd Kentucky Fried Satay pulak kan.

    3) Mencipta konsep yang Islamik contoh suci, halal dan tanpa was-was. Takkan aiskrim org putih nie nak tukar konsep Islam kot. he he he

  5. setuju sangat lah ,
    sebab memang berkait dengan soalan hari tu.

    dapatkan prospek yang berbeza adalah yang terbaik…
    kekuatan dan kelainan boleh dapatkan market yang berbeza…

    han

  6. hehe..kiranya betul la jawapan saya..mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING..tapi penerangan saya tak berapa tepat..kalau dlm exam pon dpat satu markah jer..rugi betul tak hanta dua kali& repair penerangan tu..hehe..anyway banyak maklumat yang saya dapat dari post lepas..anda semua otai2 hebat…bertambah lagi ilmu saya yang newbie nih..

  7. sudoku kekuatannya pada un-arithmetic(logic) skill, maka kena cipta simple game kekuatannya pada arithmetic skill, sudoku kekuatan menyusun nombor,maka kena cipta simple game kekuatan pada memadan nombor, dan sebagainya.(sekadar berangan di siang hari lah yer)

    thanks Doc.
    Nampaknya ada “sebuah buku” advance yang dibaca oleh Doc, tetapi belum lagi dibaca oleh kitorang(senyum), atau itu memang idea bernas yg datang dari buah fikiran Doc.

  8. cari kekuatan pesaing dan cipta kelainan, tetap dan poadat.

    ninche- KFC, dengan ayamnya. McD dengan Burger nya.

    re-ninche – contoh, KFC menu ayam untuk keluarga, tapi McD menu ayam jugak tapi utk 2 atau 3 org.
    McD burger besar lutut, tapi Kfc burger jugak tapi besar tapak tangan.
    (fakta,Russell Brunson)

  9. Thank 🙂

    banyak ilmu saya dapat, seperti yang katakan, mencipta kelainan daripada kekuatan..
    Saya rasakan konsep ini bertepatan, ye! apabila kita melihat persaigan hebat antara 2 buah gergasi kedai. mereka lebih cenderung mencari kekuatan lawan. Kekuatan = tonggak,kayu ukur kedau. Jadi, apabila kita mencari kalainan daripada kekuatan, maka pesaing kita pasti akan ‘termenung’ dan berusaha mencipta ‘kekuatan’yang lain.. Takkan lah KFC akan tukar tema jadi KFB …. 🙂

  10. saya setuju dengan pemenang tersebut, yang penting ialah ilmu yang di kongsi amat bernilai, sekurang-kurang dah membuka mata dan juga buah pemikiran mengenai persaingan dan mencipta kelainan, ilmu ini terlalu bernilai…

    terima kasih kerana berkongsi dengan orang ramai.

  11. orait, dengan sebulat suara, pemenangnya adalah Mr.Shuth! tahniah…

    Buku “I Walked The Dollar” terbitan Irfan Khairi Publishing adalah hadiah yang dimenangi (shuth, email us alamat penghantaran) 🙂

    Bagi yang tak menang, boleh dapatkan buku “I Walked The Dollar” di kedai-kedai buku utama yang berhampiran!

    Maklumat buku:

    Pelancaran “I Walked The Dollar”… memang grand!

    Irfan Khairi Publishing!

  12. Assalamualaikum

    Tahniah Mr.Shuth,Semoga “I walked the dollar” akan memberi manfaat buat you dalam kerja seharian.Kami ini kenalah keluar duit sendiri nak beli buku.Jangan lupa bagi sinopsis buku tersebut di masa hadapan agar kami yang belum beli tergerak nak selongkar poket utuk beli.

    Wassalamualaikum.

  13. wah.. tak sangka pula… terima kasih irfan.. insyallah.. lepas habis baca nanti.. saya akan review book nie di blog saya.. 🙂

  14. tahniah mr Shuth, anda memang business minded…terima kasih juga untuk Irfan kerana tips yang diberikan. sebelum ni tak nampak pun apa yang diperkataan. lepas Irfan bagitau, baru nampak! thanks!

  15. terima kasih

    Satu tips yang belm pernah terfikir di fikiranku.

    Rupanya syarikat2 besar dah lama gunakan perkara ni sebagai strategi mereka.

  16. TAHNIAH Shuth!!

    seperti yg dijangka..betul tekaan ku 🙂 x sia-sia awak hantar jwpn utk kali ke-2 ye.. mcm dlm bisnes juga, NEVER GIVE UP!..

    TAHNIAH sekali lagi…

    TAHNIAH juga kpd Irfan kerana telah berjaya “menarik” lebih ramai org berkongsi ilmu..

    Pantun utk

    “Curah air ke daun keladi,
    Lain kali buatlah pertandingan lagi” 🙂

  17. Tahniah Shuth!! Ooo mencari kekuatan pesaing dan membina kelainan daripadanya.. Arsal boleh tak terfikir 😉 .Ok Shuth ngan lupa review book tu nanti k..

  18. Tahniah Shuth. Selepas ini bolehlah berkongsi ilmu ringkasan dari bacaan buku tersebut.

    Regards Sharifah Azran Alam

  19. saya dah agak shuth mesti menang sebab baca ayat dia yang terakhir.. ada perkataan OH! haahaha .. beliau memang GHAIRAH dalam mencari extra ilmu.

  20. Well done & Tahniah Shuth!

    Hope u dpt share some tips fr the book prize u’ve got yeah!

    Best nye dpt baca mcm2 pendapat & ilmu fr this forum.

  21. Tahniah Shuth… and thanks to Irfan krn mengadakan some sort of contest ni 🙂 Barulah semua pakat rasa rugi klu tak cuba juga jawab. Bg yg dah mencuba, yg penting semangat nak mencuba dan nak berkongsi ilmu…

    Bila ramai2 elaborate point yg sama, maka ilmu tu dpt berkembang….

  22. assalamulaikum.
    saya ingin bertanya.” Bagaimanakah mengklasifikasikan sebuah syarikat perniagaan e-bisness adalah halal mengikut syariah,dan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada syarikat tersebut untuk dikategorikan sebagai halal.”

  23. Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelainan!

    Tapi bagaimana nak praktikkan dalam perniagaan kecantikan ye, Especially produk kecantikan .
    KECANTIKAN,Konsep Biz Yang Sama,

    Dan ayat2 dibawah adalah ayat yang sentiasa ada dalam fikiran semua wanita
    “Nak Cantik,Nak Cerah,Nak Langsing,Nak Gebu,Nak Muda “.

    Bagaimana Nak Cari Kekuatan Pesaing Dalam Biznes Produk Kecantikan ni ?

    Masih berfikir dan terus berfikir …

Leave a Reply

Your email address will not be published.