Sebenarnya, ada 3 sebab utama mengapa sesuatu perniagaan Internet gagal. Antaranya:
- Produk dan perkhidmatan yang dijual tidak mempunyai permintaan
- Laman web yang dibina tidak meyakinkan pelawat membuat belian
- Tidak melakukan promosi perniagaan Internet tersebut
Sekiranya anda pernah mencuba menjalankan perniagaan Internet, tetapi, masih tidak mendapat pulangan seperti yang diinginkan, cuba lihat 3 perkara utama di atas.
Adakah produk dan perkhidmatan kita tu mempunyai permintaan? Tak guna juga menjual sesuatu yang tidak mempunyai permintaan di pasaran.
Satu CARA MUDAH untuk mengetahui permintaan, adalah dengan melihat perniagaan BUKAN internet, atau perniagaan offline. Sekiranya produk tersebut mempunyai permintaan secara offline, maka, besar kemungkinan produk tersebut jika dibawa ke Internet, ia masih mendapat sambutan yang baik. Perniagaan online dan pernigaan offline, tidak banyak berbeza. Cuma yang membezakan adalah medium yang digunakan adalah Internet.
Adakah laman web tersebut boleh meyakinkan atau mengubahkan pelawat menjadi pembeli? Sekiranya anda ada produk yang BEST IN THE WORLD pun, tetapi, laman web yang tidak meyakinkan pelawat menjadi pembeli, maka, mereka tidak akan membeli juga.
Satu CARA MUDAH untuk memastikan laman web kita boleh meyakinkan pelawat menjadi pembeli, adalah dengan menjadikan kita sendiri sebagai pelanggan. Lihat laman web kita dan tanya pada diri sendiri “Sekiranya aku pelawat, adakah aku akan beli dari laman ini?”. Jujur pada diri kita sendiri. Put ourself in the shoes of our visitors dan dapatkan jawapan sejujur-jujurnya, adakah kita akan membeli produk tersebut dari laman web ini.
Adakah kita melakukan promosi? Tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet, perniagaan MLM, atau perniagaan insurance, mutual funds atau apa sahaja… lebih 90% semua perniagaan ini akan GAGAL kerana tidak melakukan promosi! Tidak kira hebat macam mana pun produk kita, atau kita mempunyai laman yang meyakinkan kita, sekiranya tidak melakukan promosi, pastinya perniagaan Internet kita akan GAGAL.
Satu CARA MUDAH untuk mengetahui sama ada promosi kita adalah cukup, tanya pada diri sendiri, adakah kita melakukan sekurang-kurangnya 3 jenis kaedah promosi serentak pada sesuatu masa? Promosi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira perniagaan kita sudah popular pun, masih memerlukan promosi. Lihat sahaja Air Asia. Semua orang mengenali Air Asia, tetapi adakah Air Asia berhenti dari melakukan promosi? Apatah lagi perniagaan kecil-kecilan melalui Internet. Pastinya promosi adalah amat penting!
Pada hari Sabtu ini (lusa) 17hb April 2010 saya akan kendalikan satu Mini Workshop bertajuk Promosi Berapi (separuh hari). Khas bagi mereka yang mempunyai laman web, tetapi mengalami kesukaran mempromosinya. Insyaallah saya akan sampaikan kaedah-kaedah yang terkini dan paling efektif bagaimana hendak promosikan perniagaan Internet kita untuk melipatkali gandakan pelawat kita. Khas bagi mereka yang mempunyai laman web sahaja (kerana workshop kali ini bukan tahap asas dan lebih advance)
Sekiranya anda mempunyai laman web, dan ingin melipatkali gandakan pelawat laman web anda, tidak kira tahap kejayaan perniagaan Internet anda, boleh sertai saya, bersama satu kumpulan kecil usahawan Internet lain untuk mempelajari kaedah Promosi Berapi ;). Workshop MINI ini dilakukan bersama group yang kecil (nama pun mini) untuk membolehkan interaksi yang lebih mendalam- mungkin dalam 15 peserta sahaja. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
ps: Ini kali pertama saya kendalikan Workshop Mini Promosi Berapi ini, so, I’m looking forward to it!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya sedar bahawa 3 sebab utama ini merupakan pemangkin untuk memajukan lagi perniagaan internet dan apabila ketiga-tiga ini telah dilakukan maka hasil yang didapati memang yang terbaik. Semangat untuk berusaha lebih bijak makin terserlah apabila perkara yang kita hajatkan telah pun berjaya.
Betul IK. Promosi merupakan satu medium yang sgt penting untuk meningkatkan jualan sesuatu produk.
bagi saya ada 3 cara promosi:
1. Media Cetak
2. Internet
3. Perang secara besaran di karnival
IK Setuju dgn saye?
Salam semua.
Saya masih lagi dalam proses belajar dalam bisnes online dan projek terbaru ialah untuk menjual ikan arowana secara online setelah melihat hasil yang memberangsangkan dalam bisnes cendawan secara online sebelum ini.
Memang 3 perkara yang disebutkan IK amat berguna dalam mempastikan hasil yang diingini dapat dicapai.
Bab promosi mmg ramai yang selalu terkantoi. Kadang2 ada jugak yang sengaja buat promosi secara tak beretika. Suka-suka je hantar email spam kat orang lain.
Tak camtu IK?
re-cycle,re-use,re-publish,re-copy
Sound great.berapi lagi..when u Think bisness, think clients, GOOGLE come first. If you’re not searchable, you won’t be found..
Promosi….jangan tak promosi..bagaimanapun info ini amat berguna sekali.TQ IK
emm..betul..betul..betul
info ini memang berguna untuk mereka yg menjalankan perniagaan internet…
jom promosi!!!!!!!
Sekadar kongsi maklumat.
Untuk idea pemasaran yang hebat, ada sebuah buku terbaru dipasaran KOTLER ON MARKETING Edisi Bahasa Melayu. Keluaran PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Harga pun tak mahal sangat.
Terima kasih atas perkongsian info yang IK berikan.Dengan info tersebut saya akan gunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan saya agar lebih sukses lagi.InsyAllah info yang saya dapat ini akan dikongsikan bersama rakan2 untuk memperbaiki kesilapan masing2.
Tq very much:)
memang mentor hebat kita IK beri idea2 yang bernas dlm memulakan perniagaan di internet..terima kasih dgn idea2 yang diberikan…promote jgn x promote!!semangat tetap kental…
jadilah usahawan bijak…
Salam IK,terima kasih atas perkongsian bermanfaat. Insyaallah akan menyertai bile berkesempatan.
memang..yg penting promosi..kasi orang lain tahu apa yang kita buat..
tips menarik..dan tentunya akan diaplikasi dalam perniagaan internet saya…
assalamualaikum…
memang berapi sangat workshop ni..sangat berbaloi2..rasa bertuah sangat sebab dapat join sebagai group pertama promosi berapi ni.kepada yang serius nk buat online bisnes, sy syorkan sangat2 anda join workshop ni. tanpa teknik promosi yang betul, bisnes lambat nak maju…Dr Irfan memang best!!!tq sudi kongsi ilmu…
Betul tu IK..promosi mmg penting..asal jgn smpi jadi spammer sudah..jadilah usahawan yang beretika..
Assalamualaikum IK,
Saya setuju benar apa yang IK perkatakan. Dari banyak topik, promosi adalah yang paling penting skali. Tanpa promosi perniagaan internet kita tak akan dikenali ramai. Bila tak dikanali ramai, kita akan rasa usaha yang kita usahakan akan selama ini sia-sia sahaja.
Alhamdulillah, kilauankerongsang.com mula dikenali ramai atas nasihat/tujuk ajar IK berikan dalam mempromosikan perniagaan internet ini.
Shamsul
http://www.kilauankerongsang.com
http://www.rahsiastormreaders.com
http://www.mentorjutawanebook.com
Promosi memang penting , cuma kena buat tracking tambah2 promosi yang kena kuar duit 😀 supaya pelaburan berbaloi
Syabas IK!, saya adalah salah seorang peserta Promosi Berapi! memang Berapi!…Informasi yang detail dan sangat berguna untuk diaplikasikan dalam bisnes online. Thanks Doc!
Semoga dapat jadi panduan untuk saya.Terima kasih IK 🙂
Ramai yg fikir mudah untuk menjana pendapatan melalui internet.. tp sebenarnya ia tidak semudah yg disangkakan.. ramai yg mengalami masalah untuk berpromosi.. dh ada produk digital, dh ada laman web yg gempak untuk promosi, tp tak tahu mcm mana nk promosi. kalau tidak promosi, business internet tidak akan jalan.. betul tak IK
Ianya amat bermakna kepada saya yang masih baru alam internet. Terima kasih IK.