Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!
Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.
Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.
Lihat contoh-contoh di bawah:
- Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
- Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
- Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
boleh jadi popular macam william hung =)
Assalammualaikum,
En Irfan, saya sedang berusaha memulakan perniagaan sendiri melalui internet. Saya pernah menghadiri kursus edagang di nst dan saya juga pernah membeli ebook bagaimana untuk suksess berniaga di internet. Malangnya…setakat ini semua usaha saya tidak menunjukkan hasil yang baik. Saya benar-benar menginginkan agar perniagaan internet saya maju. Saya ingin mula berguru dengan En Irfan. Tolong bimbing saya mengikut langkah-langkah yang betul dari step pertama. Insyaallah, saya akan menjadi murid yang rajin. Tunjuk ajarlah saya dari awal dengan langkah pertama yang betul.
Terima kasih.
Assalam,
Saya berterima kasih kepada Ik kerana daripada VCD langkah 1-2-3 perniagaan internet beliau menjadikan saya memperolehi pendapatan daripada blog bermula pada tahun 2007 sehinggalah sekarang.
Pendapat saya, untuk menjadi popular, perlulah berusaha dengan bersungguh2 dan jangan berputus asa untuk promosikan bisnes kita secara online dan offline.
Lambat laun akan ada pihak yang notice. Cayalah!
Masa perlukan kesabaran dan istiqamah. 2 perkara ini yang membawa kita kepada kejayaan.
IK,
Ini antara post menarik dari IK. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa masa juga menentukan apa yang kita akan dapat kelak.
Cuma yang penting kesabaran yang perlu ada untuk setiap apa yang kita rancang kita buat.
Tempoh IK dari 2006 sehingga ke sekarang memang tempoh yang panjang.
Anyway, Thanks IK. π
Salam IK π
Tak sabar nak ikuti seminar IK. Belajar melalui buku atau ebook ada kalanya agak blur bila apa yang cuba dipratikkan tak difahami.
Mungkin kata saudara ‘Sinaran’ ada betulnya. Bermula lebih awal hasilnya juga cepat
owh, teringat pulak pada kisah seorang Cikgu S yg popular melalui youtube baruΒ² ni…
Ya, betul tu ..IK π
Masa itu emas dan ianya sangat berharga…
Untuk popular kita perlukan tindakan…
Jika mahu POPULAR!
Maka masanya telah tiba,
untuk kita bertindak…sekarang!
Kita kena yakin bahawa apa saja yang kita usahakan bersungguh2 itu akan membuahkan kejayaan. Allah akan permudahkan jika kita yakin pada kekuasaan Allah.
Kalau nak jadi popular, lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Kalau biasanya orang buat A, kita buat B.
Tapi pastikan luar biasa kita tu sesuatu yang positif. Jangan yang merepek-merepek pula, nanti jatuh kredibiliti. =p
Assalam,
Bisnes kita boleh menjadi popular apabila kita bekerjasama dengan pihak yang sudah sedia popular dalam bidang berkenaan.
Contoh, jika anda lancarkan sebuah buku, cuba dapatkan penulis yang popular sebagai penulis bersama, mesti meletup!
apa yg dapat dipelajari dari post ni,kena konsisten dalam melakukan apa yg kita nak capaikan.
Nak jadi popular? Cara senang mungkin ada, tapi lepas tu slop la. Biar pelan-pelan, cam en. irfan ni. Mesti best.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ni IK.
Saya pernah hadiri seminar perniagaan internet anjuran IK pada awal tahun 2007 dan ia benar-benar telah membuka mata saya tentang perniagaan internet, dan seterusnya telah merubah hidup saya.
Sekali lagi, terima kasih diucapkan dan teruskan dengan program-program yang sangat membantu usahawan-usahawan seperti saya.
Ikhlas,
Fadzilah Mamat
Encik Irfan
Ayat dalam blog anda kurang jelas:
“Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.”
Mengapakah anda menggunakan “oleh kerana” dalam ayat ini?
Bagaimana maksud ayat ini dapat diperjelaskan?
Terima kasih
PP
Saya juga sudah mempunyai blog sejak 2008, sekadar mengisi masa lapang kerana masa tu tiada niat untuk berniafa online lagi. Pada tahun 2009 saya memulakan bisness dari London menjual kpd online marketeer pakaian kanak2 dalam kuantiti yang banyak. Dan 2014 blog tersebut saya fokuskan hanya untuk business menjual supplement. Soalan saya adakah ok cara saya ni atau perlukah saya buat blog yg lain untuk spesific product especially supplement. Tq IK.
suka sangat baca idea2 dr IK..mcmna klau kita bisnes produk yg dah popular dan dah ramai yg dah menjadi peniaga menjual produk jenama tersebut?persaingan tinggi antara peniaga
As salam i.k.
saya pernah attend kursus i.k dulu.. mmg agt berguna info n input dlm kursus tersebut. Sampai sekarang saya still nak lihat fb n web i.k sebagai rujukan saya sebagai online biz saya. Jazakallahu khair. Semoga i.k sentiasa beri info tanpa jemu…
Nampaknya tiada jalan pintas untuk berjaya. Segalanya memerlukan pengorbanan demi sebuah kejayaan dalam perniagaan. Mengetahui akan hakikat ini, saya rasa perlukan kesabaran yang betul-betul tinggi kan sifu π
Oh masa, saya kena bertindak sekarang!
Satu motivasi buat saya terima kasih ik
camner nk g class yee?