Beberapa minggu lepas, Facebook telah melancarkan fungsi baru, iaitu “Facebook Mentions” yang merupakan sebuah apps khusus untuk mereka yang mempunyai Page Facebook yang “verified” (telah disahkan).
Oleh kerana Page Facebook saya www.facebook.com/irfankhairi.fb adalah varified (punyai tanda kecil berwarna biru disebelah nama saya), maka mulai minggu ini, saya mencuba salah satu fungsi Facebook Mentions, iaitu Live Video Post yang membolehkan saya berinteraksi dengan followers Facebook saya secara langsung / LIVE!
Dari masa ke semasa, saya akan menjalankan sesi “JOM LIVE bersama IK” yang saya akan kongsikan strategi dan teknik motivasi, perniagaan dan kewangan selama 20-30 minit secara langsung.
Untuk percubaan pertama “JOM LIVE bersama IK”, saksikan video rakaman live di atas yang menjawab persoalan:
1. Cara meramaikan Fans di Facebook
2. Cara membuang perasaan MALU
3. Tip mendapat murah rezeki!
4. Soalan Utama: 3 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri*
*Maaf, Silap sebut dalam rakaman. Bukan “tukang kayu” tetapi “tukang besi”. Maaf… Tu la dianya bila live dan tersasul. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Semoga memberi manfaat dan pastikan anda LIKE Facebook page saya supaya tidak terlepas JOM LIVE akan datang!
PS: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah dibuka! Peluang untuk anda sertai pengambilan program 6-bulan separuh masa ini. Tapi perlu pantas oleh kerana tempat adalah terhad dan sentiasa dipenuhi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dalam bidang marketing dan cara marketing yang benar benar berkesan terutama dalam bidang perbankan@meningkatkn sales.Thanks
Tahniah Dr. Irfan. Suka pada cara untuk murah rezeki yang dikongsi, bagi makan kucing.
Ju memang kurang keyakinan diri bila memikirkan masalah kewangan.Walaupun ju seorang yang berkerjaya.. tetapi ju tidak pandai manage kewangan dengan baik. Bila menonton video irfan. Ju jadi teruja dan semangat untuk memperbaiki kekurangan diri ini… terutama dari sudut keyakinan diri. tq irfan.
soalan ju untuk irfan :
Adakah bentuk / cara yang praktikal yang mudah untuk menambahbaik keyakinan diri seseorang ?