Sejak tahun 2016 tahun lepas, seperti mana ramai followers saya di Facebook dan blog tahu, saya telah menubuhkan sebuah business school di Dubai iaitu Irfan Khairi Institute of Business.
Mulai awal tahun ini, saya telah menubuhkan satu lagi perniagaan iaitu sebuah software company, FLOW yang berpusat di Dubai Marina, yang merupakan antara lokasi termahal di Dubai.
Sejak itu, ramai yang bertanyakan pada saya bagaimana hendak membawa atau menubuhkan perniagaan di luar negara?
Perkongsian saya kali ini saya akan jelaskan beberapa langkahnya berdasarkan pengalaman saya, tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan di mana pun di dunia.
1. 2-3 bulan untuk selidik di Internet
Sebelum melakukan apapun keputusan, pastikan anda melakukan penyerlidikan dulu mengenai negara yang ingin anda tuju. Undang-undang dari segi menjalankan perniagaan berbeza mengikut negara. Begitu juga mengikut industri. Sesetengah negara akan memakan perbelanjaan yang besar untuk memulakan perniagaan, berbandingkan dengan negara lain.
Kini penyelidikan boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Google sahaja dan anda akan mendapat pelbagai jawapan. Luangkan masa beberapa hari atau minggu atau bulan hanya untuk penyelidikan oleh kerana lebih banyak informasi yang anda perolehi, akan menyiap sediakan anda untuk membuat keputusan yangi negara terbaik kelak.
Selidik juga kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negara tersebut. Seringkali seperti Malaysia juga terdapat kemudahan dan peluang yang dibuka untuk warga asing (kita!) memulakan perniagaan mengikut skim-skim tertentu.
Tak lupa juga, hubungi kementerian-kementerian tertentu di Malaysia untuk mendapatkan bantuan atau sekurang-kurangnya maklumat. Walaubagaimanapun, saya tidak menggunakan cara ini.
2. Lawatan sambil belajar (seperti di sekolah dulu-dulu)
Apabila telah lengkap dengan maklumat, lawati negara tersebut. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Di sinilah kemampuan dari segi kos amat penting. Penyelidikan secara online sememangnya banyak membantu, tetapi dengan menghadirkan diri di negara tersebut dan memantau dengan mata sendiri pastinya akan memberi pengalaman yang berbeza.
Bukan untuk makan angin tetapi hadiri program atau ekspo yang berkaitan dengan industri anda untuk memahami simpang siur perniagaan yang akan dimulakan. Oleh kerana anda telah melakukan penyelidikan secara online berbulan sebelum ini, lawatan anda akan menjadi semakin mudah oleh kerana anda tidak datang dengan tangan kosong, tetapi dengan minda yang penuh dengan maklumat.
Maklumat yang telah diperolehi dan lawatan ke program/aktiviti/expo/seminar mengenai industri anda akan membuatkan anda lebih rapat dan memahami industri anda di negara tersebut.
Sebelum menubuhkan perniagaan di UAE, Dubai, sekurang-kurangnya saya telah melawat Dubai 5 kali.
3. Bina hubungan, kenalan, contacts dan sewaktu dengannya
Ketika lawatan, kenali dengan ‘players’ atau mereka yang teratas dalam industri anda. Tak semestinya paling atas, tetapi usaha semana yang mungkin untuk mendapatkan contacts yang berkualiti- bukan kuantiti. Tak penting berapa banyak kad bisnes yang anda dapat edar atau kumpul. Apa yang penting adalah untuk anda bina hubungan dengan beberapa orang yang terpilih.
Bagaimana anda tahu hendak membina jaringan dengan siapa? Itulah pentingnya penyelidikan di langkah (1) tadi. Penyelidikan bukan sahaja untuk perniagaan anda, tetapi juga untuk mengenali orang-orang yang penting dalam industri anda, bakal pesaing anda, perniagaan yang anda ingin bekerjasama dengan dan pelbagai lagi.
Ketika lawatan saya di Dubai sebelum memulakan perniagaan, saya telah membina jaringan kenalan dengan ramai usahawan-usahawan di Dubai. Kini mereka saya tidak menganggap rakan perniagaan, tetapi rakan yang baik yang sering berjumpa dan bawa keluar mengeteh (di Dubai pun ada juga mengeteh. tapi kami minum teh Karak… bukan highway Karak di Malaysia!)
4. Cuba, try, test 3x
Sememangnya setelah kita melawat sesuatu negara itu, dan berkenalan dengan orang-orang mereka, kita pun bersemangat untuk mulakan perniagaan. Jangan tergopoh. Kerana memulakan perniagaan di sesuatu negara yang lain banyak sungguh cabarannya. Sekiranya perniagaan kita di Malaysia kelaut, nasihat saya jangan lagi fikirkan membawa perniagaan kita ke atas laut (oversea). Inilah namanya lawak antarabangsa. (krik… krik… krik…)
Apa yang anda perlu lakukan kini adalah, dengan kenalan yang telah dibina, cari peluang untuk memulakan sesuatu yang kecil bersama mereka. Ertinya, lakukan JV yang kecil supaya anda dapat “merasa” berniaga di negara orang. Peluang ini juga diambil untuk mengumpul pengalaman praktikal daripada segala bacaan penyelidikan anda.
Mulakan sesuatu projek kecil berkaitan dengan perniagaan anda dengan bantuan rakan niaga di sana. Mat salleh kata “test the waters”. Dan lakukan ini bukan sekali dua sahaja, tetapi 3-4 kali atau lebih kerana anda ingin betul-betul faham dengan pasaran anda sebelum melaburkan wang yang lebih besar!
5. Masa untuk keputusan
Setelah menyelidik, melawat, mengenali dan mencuba, tiba masanya untuk lakukan analisa. Tiba masanya untuk membuat keputusan adakah berbaloi membawa perniagaan anda ke negara orang? Mampukah anda dengan kapasiti tenaga dan modal anda untuk memulakan empayar perniagaan anda di negara orang yang jauh dari Malaysia sebagai orang asing? Adakah syarat dan peraturan sesuatu negara itu dapat memudahkan perjalanan anda memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Sanggupkah anda berjauhan dari kenalan dan keluarga di Malaysia untuk memulakan perniagaan yang anda sendiri belum pasti akan berjaya di negara orang? Dan seribu satu lagi persoalan…
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ke luar negara, tidak semestinya di Dubai. Oleh kerana kos hidup di UAE, Dubai adalah sangat tinggi (Nasi goreng di Food Court pun harga RM50) tetapi terdapat negara-negara lain yang lebih mudah dan murah seperti Indonesia (pasaran Muslim yang sangat-sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Dato Vida dan Dato Alif Syukri) dan 195 negara lain di Dunia. Dunia sangat besar sekiranya kita membuka mata, minda dan peluang untuk diri kita sendiri.
Namun, setelah berkongsikan pengalaman saya memulakan perniagaan di luar negara ini, teringat saya bertahun-tahun yang lalu. Tahun 2000 ketika perniagaan saya hanya bermula seorang diri dari rumah. Iaitu perniagaan di Internet.
Betapa pantas masa berlalu kini saya telah menjalankan perniagaan selama 17 tahun. Dari zaman bujang trang tang tang hingga kini berumah tangga dan 4 orang anak. Walaupun perniagaan saya menjangkau ke luar negara, tetapi keputusan saya 17 tahun lalu untuk memulakan perniagaan Internet dengan cara yang betul telah membawa saya ke tahap saya kini.
Satu ketika dulu, saya juga seperti anda yang membaca tulisan saya ini. Tidak kira tahap mana pun anda berada. Sama ada baru hendak memulakan perniagaan, melakukan perniagaan seorang diri, mempunyai beberapa pekerja, gagal dalam perniagaan atau perniagaan telah berkembang pesat di Malaysia. Alhamdulillah saya telah melaluinya. Mudahan, apa sahaja matlamat dan cita-cita perniagaan anda akan tercapai pula. Saya doakan!
–Irfan Khairi
KL – Dubai
PS: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula dalam masa terdekatĀ ini. Maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tips terbaik Tuan Irfan Khairi
Terima kasih atas tips yang bermanfaat ini tuan Irfan Khairi =)
Alhamdulillah, terima kasih info yg tn berikan. Setakat ni saya cuba menguasai pasaran Malaysia dulu….teringin juga ingin menembusi pasaran luar negara. Harapnya adalah rezeki saya nanti.
p.s : saya anak murid tn dr kelas 2006 lagi di marriot hotel kl, dulu…huhu
Semoga di permudahkan urusan IK . saya selalu mengikuti penulisan ik dan menjadikan sumber inspirasi.
Terbaik satu perkongsian yang cukup inputnya
Memang tips yang sangat bags