Zaman dulu, di kawasan gurun (bukan Gurun kat utara nun… gurun macam sahara) untuk berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah agak jauh.. sehingga beratus kilometer perlu berjalan. Ianya sesuatu yang amat sukar dan mengurangkan motivasi bagi seseorang… sehingga ada yang tidak berjaya dan give up!
Apa yang dilakukan kemudian adalah setiap 5 kilometer perjalanan di gurun tersebut, orang2 sana meletakkan tong minyak yang besar. Apabila tiba di satu tong minyak, kalau lihat nun jauh di sana, nampak tong yang seterusnya… apabila tiba ke tong minyak yang itu, nun jauh di sana nampak tong minyak yang seterusnya… setiap 5 kilometer.
Apa yang jadi adalah, tong minyak-tong minyak itu memberi motivasi kepada pejalan kaki gurun untuk mencapai matlamat satu demi satu. Apabila satu nampak… boleh nampak yang seterusnya. Bila tiba yang seterusnya, boleh nampak yang depan sanan nun pula.
Anda juga perlu melakukan yang sama. Anda perlu meletakkan “tong minyak” anda sendiri. Iaitu, milestone yang boleh anda lihat dalam mencapai matlamat besar anda 🙂
Untuk mencapai matlamat besar, seperti berjalan kaki beratus-ratus kilometer di gurun adalah amat sukar. Tetapi, dengan meletakkan pengukur atau milestone yang lebih kecil dan boleh dilihat dan “appreciate”, ia memudahkan kita untuk mencapai matlamat.
================== Pengumuman ==================
Saya akan berada di PWTC sempena Pesta Membaca 2008, hari Jumaat 4hb Julai. Saya akan berada di sana dalam lingkungan pukul 3.00 petang untuk memberi sokongan 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
3-Jul-2008 hari Khamis. Pesta membaca tu hari Khamis ke Jumaat?
Jumaat, 4hb… silap! sudah diperbetulkan. tq.
jumpa di sana lepas sembahyang jumaat nanti 😉
-ik
Menulis matlamat2 kecil memang sesuatu yg amat penting untuk mencapai matlamat yg besar.
sesiapa yg ada masa ptg ni lepas jumaat bole la jumpa irfan kt sana
Pada pandangan saya tong minyak tu ibarat target atau sasaran. Jika kita target jualan bulan ni 100 jualan dan telah capai sasaran, bulan depan kita target pulak 200,bulan seterusnya 300,400 dan seterusnya.
Saranan saya, kalau di gurun letak tong minyak, di Malaysia kena letak papan tanda kilometer yang dibuat drp plastik. Kalau dibuat dari besi nanti jadi sasaran pencuri sbb besi mahal. Kabel tel pun dia curi….ARB Dagang
ouh, jadi utk menjayakan sesuatu matlamat, kita kena jayakan dulu matlamat yg kecil2 untuk capai pula matlamat yang besar.
nice tips IK! ^^
betul tu..saya setuju.:-) Kita memerlukan target yang kecil untuk mencapai sesuatu yang besar. Sebab itulah apabila menulis matlamat kita perlu penulis matlamat kepada 3 bahagian. Matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.
Memang benar, sebagai insan yang biasa- biasa mana mungkin kita dapat mencapai segala impian yang besar dengan begitu mudah..
“Pasti ada rintangan dan cubaan yang pasti menghalang..”
Saya pernah membaca posting IK yang lepas berkaitan dengan Matlamat ni.. Berkaitan dengan menetapkan Deadline untuk sesuatu matlamat.. Kalau tak letak deadline sampai bile2 pun takkan tercapai..
Salam Cinta dan Kejayaan, 🙂
A.Fahd
Menarik juga perkongsian tips ini.
Saya sendiri dalam tak sedar turut melakukannya dalam kehidupan. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan. Bermula dengan untung dua-tiga ringgit…
Kebetula, dalam entri di blog saya hari ini ada saya kisahkannya…
http://www.afyan.com
Abdul Rashid, tergelak saya membaca komen saudara. Apa taknya, pagar besi rumah kakak saya pun kena curi orang! 😆
Hehe kena buat semua dengan plastik lah kan… hope kita punya maklamat jangka pendek untuk capai yang besar tidak berteraskan plastik lah 😉
meletakkan pengukur yang lebih kecil bukan sahaja memudahkan kerja malahan memberikan sifat yang positif di dalam diri…
Setiap matlamat perlu ada milestone yang perlu dicapai…
Begitu juga dalam pembangunan perniagaan..selepas selesai satu projek,then…what next?
Ia adalah kesinambungan keatas usaha yang kita buat.
Salam alaikum Tuan,
Bersyukur dapat bertemu Tuan di Festival Membaca 2008. Sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripada Tuan hari ini.
Moga Allah permudahkan urusan dan perancangan Tuan. Insya Allah.
Gambar sekitar program Festival Membaca 2008 di sini http://motivasimindamu.blogspot.com/
ZAMRI MOHAMAD
ah. Semalam. Terlepas nak pegi..
Inilah yang dinamakan kejayaan-kejayaan kecil..sebelum menikmati kejayaan yang besar
Salam kekayaan
-THINKERICH-
setiap orang ada matlamat kan??? tapi apa yang penting ialah sejauh mana kita berusaha untuk mencapai matlamat kita tu..tanpa usaha matlamat hanya tinggal anagan2 sahaja…
askum saudara,blh sy bertnya….apa bezanya biz saudara dgn MONSUN yg tgh sibuk d perkatakn skrang ini? ini kerana sy dah join malangnya saya tk dpt pertolongan apa2 drp diaorang,nk contact susah,nk atend class tkde.saya takut pisang berbuah dua kali.pls help me.
hahah titan..terlepas ke? takpe nanti2 ko pergi lah lagi…ehehehe
ko tak ajak aku pegi pun shahraduan..:(
Memang benar, untuk mencapai matlamat jangka panjang kita perlu ada matlamat jangka pendek. Tiada jalan pintas untuk mencapai matlamat. Untuk sampai ke destinasi
kita perlu melangkah satu demi satu. Setiap pencapaian matlamat yang kecil akan memberi motivasi untuk kita meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi yang telah ditetapkan. Kesabaran, disiplin dan keazaman adalah kunci utamanya.
Assalamualaikum, saya sebenarnya sedih dgn keadaan ekonomi saya sekarang, walaupun saya ada ijazah, diploma & sekarang saya bekerja sebagai Interior designer yg hanya gah pada title, tp hakikatnya poket teruk, gj semata2 untuk bayaq bil, utang & saya pasti saya x akan dapat capai impian saya kalo kehidupan saya mcm ni berterusan. Saya ada menjalankan kecilan2 biz melalui internet, saya jual jersi2 manchester United yg original. Tp saya sgt2 memerlukan nasihat & tunjuk ajar saudara IK untuk saya menjadi seorang yg berjaya mcm saudara. Saya amat berminat dgn biz. Saya amat2 berharap saudara IK dapat membantu saya…
Terima kasih
Yang memerlukan Bantuan