Masa saya muda-muda dulu, saya selalu dapat idea-idea perniagaan. Dan terlalu banyak rasanya perniagaan yang saya nak lakukan serentak, sampai naik pening kepala nak buat yang mana.
Pening kepala, ok lagi… tapi yang tak ok nya, ketika itu, bila macam-macam idea, satu pun tak jalan! Semua nak buat… satu pun tak jalan π
Sampai saya jumpa satu teknik ni. iaitu menyimpan buku idea. Berikut contoh buku idea saya…
Setiap kali dapat idea perniagaan, saya akan tulis dalam buku idea. tak kira, idea yang baik, atau idea yang kurang baik, semua saya tulis.
- Bila menulis semua idea apabila idea datang, sehingga hari ini saya dapat merujuk idea-idea lepas. Jadi, saya tak lupa idea-idea saya!
- Bila menulis idea, dalam kepala ia jadi tak serabut oleh kerana semuanya dah on paper. Satu idea,Β ditulisΒ pada satu muka surat. Kemudian, saya boleh meletak prioriti, nak lakukan idea perniagaan yang mana dulu. Tanpa buku idea, ia akan jadi serabut dan semuanya saya nak lakukan serentak
- Bila menulis dalam buku idea, idea yang biasa akan menjadi luar biasa kerana dari masa ke semasa saya dapat “update” idea-idea tersebut untuk jadikannya lebih baik!
Kalau anda jenis macam saya, ada banyak idea perniagaan tapi satu pun tak jalan, mungkin anda juga perlu sebuah buku idea π
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Buku idea?ye idea yang menarik jugak ni.Saya kalau ada tiba-tiba dapat idea, cuma tulis terus dalam diari saya je.Mungkin kalau buat macam IK mungkin lebih bagus, senang nak refer dan update
IK,
Terima kasih di atas perkongsian idea yang sangat menarik…
Saya percaya ramai diantara kita semua mempunyai banyak idea tetapi tidak terlaksana kerana tidak tahu yang mana nak mulakan terlebih dahulu ..
Buku Idea satu penyelesaian yang baik kepada mereka yang KAYA idea tetapi miskin tindakan..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Motivasi kekayaan, kewangan & Peribadi
Rupa-rupanya dalam bab ini kita serupa… π bezanya irfan dah berjaya… Saya, insyaAllah akan berjaya juga… :).
Terima kasih
hmm bagus jugak kalau buat satu buku idea…
boleh menjana idea^^
bila irfan nak buat ceramah motivasi kat penang??
Tip yg menarik. InsyaAllah, saya akan lakukan. Tiada lagi alasan idea dah hilang atau dah hilang idea.
hohoho..idea bagus tuh…tak terfikir pun sebelum ni..bab idea, banyak betul, tapi camtuh gak,takde pape..kena wat la nampaknya macam irfan…
IK,
Tq, bagi tip tentang buku idea..
Idea ada p kdg2 terlupa.
Dengan adanya tip ini, tiada alasan lagi terlupa.
Moga succes selalu dan doakan kejayaan saya juga.ASRi. Bila nak buat workshop kat Brunei?
Power ah tip ini..Benar sekali..kadang-kadang idea ini banyak sekali dan tidak terurus.
http://www.fadzuli.com
ho3..tq bro IK..sungguh ideal idea ni..cara ni dapat menambahkan ilham sy..
mst jumpa bro IK satu hari nnt..nak dapatkan ilmu2 yg berguna lagi π
IK,
Memang semua org ada idea yg melimpah-limpah..tapi dari semua org2 ni, mayb x sampai 5% pun yg bertindak mengikut idea2 diorg. So,agak2nya, mcm mane kita nak make sure kita boleh bertindak menjana pendapatan dgn idea2 bernas kita sendiri?
1. set date tuk make sure kita laksanakan idea kita.
2. Cari sifu yg berkaitan dgn idea kita. Lg cepat jumpe sifu tu,lg baguss:)
3. ade lg tak??
hurm tips yang baik dr. dr irfan…
saya memang ada banyak buku pasal bisnes sebelum ni. tapi sumenya dirojak-rojakkan…idea bisnes, kewangan, plan, motivasi semuanya dalam satu buku…
nampaknya selepas ni ‘buku idea’ kena di asingkan nih π
Fuh tak tercapai akalku……. π
Dengan perkongsian IK, insyaallah semua akan mula memulakan perniagaan.. Thanks bro IK..
IK: bro, idea semua dah tulis. tapi web belum start lagi. ongkosnya ngak cukup lagi dong. haha… tunggu gaji masuk lagi bulan ni, baru dpt beli hosting n domain. hehe…
Asri: hi geng! regards from kk here. π good luck to us! hehe…
Thanks Abg Irfan..
Tips yang menarik untuk semua..
saya akan cuba lakukan..!
tahniah, perkongsian idea yang bagus.
saya pun mcm bro irfan juga, lepas ni kena buat teknik ni. TQ 4 this smart teknik !
dulu masa saya masih kecil,
ada juga buat buku nota tentang idea-idea ni.
tapi tinggal idea aje.
nak buat tak berani sebab takde buget nak buat.
ingat lepas ni nak buat balik laa.
terima kasih IK
Thanks Dr Irfan…
Idea yg amat bernas. Terkena diri sendiri. mcm-mcm idea dan nak buat tp satu pun x jalan. Lepas ni MESTI ada buku idea.
Boleh tak Irfan ceritakan langkah2 untuk memunculkan idea2 nie. Saya cabaran untuk mendapatkan idea2 perniagaan ini.
compulsory…n good one…
xyah beli mahai2 pun… buku bebudak skolah 7posen …8posen tu pun cun dah….
mula2 mmg rase berat je.. sbb ada “aksesori baru”.. iaitu buku nota (selain hanset)
lama2 terbiasa dah…. mesti ada kawan2 yg kasi komen2 pedas…kuatkan hati yer.. good luck for all.. hahaha.. cayalah!!!! π
Thanks IK!
I love this idea very much!
Guna buku yang takde garisan memang seronok. Idea yg sedang melimpah2 dan tidak teratur, boleh distrukturkan dalam bentuk gambarajah.
odie>> saya rasa, lepas dapat idea, kita kena buat market research dulu. Mana yang benar2 diperlukan orang pada masa itu / menyelesaikan masalah ramai orang..itu yg kita buat.
kalau nak lagi best, sebelum start pilih bisnes, solat istikharah dulu π
menarik tu IK.. boleh la buat koleksi peribadi macam tu. π
thanks IK….great idea! to have buku idea. terlampau byk idea sampai tak tahu nak start yang mana. am quite firm to start on health product first..have to get going while still in high spirit. thank you for sharing all it takes.. tips and ways to have an online business on recent workshop.
i hv better idea and understanding on how to start an online business. thanks again!
sama-sama π
-ik
aku tulis dalam blog terus. bagus ke tak idea tu. tulis je. Senang nak rujuk nanti.
mmg betul tips nie.
saya pun praktikkan perkara sama.Cuma saya tulis dalam buku ada garisan.buku nota 555 je.hehe..
Apapun,tahniah kerana sentiasa dilimpahi idea-idea yang bernas.Selamat maju jaya.
Salam!
Kagum saya dgn ingatan dari IK tentang buku idea ni. Terkenang saya masa menengah dulu, suka adakan buku-buku khas untuk menyimpan bahan-bahan yang disukai – puisi, lirik lagu, gambar footballer, etc…( Beberapa percent ia menyumbang sebagai inspirasi waktu tu).
Kini, buku idea ni memang elok benar. Tapi peranannya sebagai pelan tindakan. Supaya mendatangkan keteraturan dan disiplin dalam tugas bisnes atau seharian. So kuranglah serabut dan tak le tumpo!. Cayalah IK.
Wassalam
Satu Tip yang bagus, tak pernah terfikirpun saya. Selalunya hanya bila ada idea, saya akan menulis pada kertas. Tapi bilaΒ IK cerita pasal buku idea, rasanya saya perlu bermula daripada sekarang!
nak kene beli satu buku untuk idea macam irfan jugak ni.
Salam,
Saya rasa tip ni memang mudah dan berkesan.
Mesti praktikkan terus ni. π
Terima kasih IK.
salam IK,
thanx 4 this smart tip..x tcapai dek akalku..huhuhuuu..anyway, dh start curah idea dlm buku idea π thanx again..
good idea…buku idea n selalu jadi ilham bila bersembang time sekolah2 dulu.so that,xde la terlupa peristiwa2 penting.hhaaha….kira kita boleh melukis,buat gambar rajah,carta alir dll.
cuma ni ada sedikit idea utk dikongsi.selalunya,kami debaters ni guna kertas2 utk extract data2 dan nota2 semua.semua kertas2 ni di compile dalam i buku guna ring (ala,boleh beli kat kedai buku).jadi bila dah banyak tu mmg tebal la buku kita nnt.ni bagus untuk sesiapa yg suka guna kertas untuk menulis macam saya.
*yg penting….mesti rajin compile.kalau tak,nnt semua kertas tu jadi pembalut kuih atau jadi pekasam je kn.
korang ada idea x cmne nk dpt duit sampingan dgn internet dari rumah? sy pereka grafik di syrkt pcetakan.
lorsah_8303@yahoo.com
Good Idea..Ina serupa dgn Irfan..byk idea..
kena tulis idea kat 1 buku..Thanks for the idea π
hasrol nizam,
Pereka grafik ni banyak cabang biz yang boleh buat kat internet kalau nak list banyak tu… (saya ni tak pandai pasal grafik). Ada yang buat brand sendiri design baju, design grafik webpage, grafik untuk icon2, grafik cover buku, grafik utk pengiklanan dan mcm2 lagilah… not so sure on which graphic line that you specilised.
Then cuba search baju malaya utk biz design baju…. kalau tak pun cuba jinak2kan diri ikut forum kat wangcyber.com … mesti dapat banyak idea nanti… hope this helps
betul juga idea tu saya ni memang banyak idea tercetus tapi takut utk mulakannya,sekarang ni saya cuma perniaga kecil kecilan iaitu jual nasi lemak dan baju tidur wanita,saya ingin menceburi perniagaan bentu perkhidmatan pula saya rasa lebih lumayan pulangannya,apa pendapat cik irfan
wah ..bagus idea nie..thanks,
idea yang sgt menarik…saya pun mcm ni jgk…byk idea yg datang…mencurah2…lps ni nak kne wujudkan 1 buku idea ni..terima kasih bro irfan…
bagus juga buku idea perniagaan awak ye
he….he………
saya rasa awak seorang ahli perniagaan yg bagus
x pe lah sapai di ini aje
erm betullar… sblm ni xtrpikir pn… dh brp byk idea dulu2 yg dh xingat lg..
pe2 pn thnks cik Irfan…(^-^)
Wah! idea yang amat menarik.
Insya’allah saya akan cuba praktikkan.
menarik idea ‘buku idea’ π
Terima Kasih