Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan juga menambahkan keuntungan adalah dengan membuang “orang tengah”.
Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan “orang tengah”? Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah), bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal? Atau, lebih baik, terus daripada pengilang! Ataupun, mungkin anda adalah pembekal, bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar (orang tengah)?
Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan MLM adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang orang tengah.
Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer dengan membuang “orang tengah”?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam dunia salam bahagia,
Thanks Doc for this great info…
Harap ia dpt membuka mata terutama bagi org yg HANYA NAMPAK APA YANG MEREKA MAHU NAMPAK SAHAJA. (pencemaran oleh pelaburan internet dan MLM skim cepat kaya).
Bagi mereka yg tak cukup modal utk ‘membuang’ org tgh, internet & MLM(tulen) adalah pilihan yg blh ‘difikirkan’
memang langkah yg bijak …ini akan mengurangkan kos yg ditanggung..
good info.
yeaa.. IK, saya guna skill ini dengan terus kepada manufacturer… memang banyak kos dapat dijimatkan. 🙂
Satu strategi yg bagus…menambahkan keuntungan dan yang penting juga sebahagian dari kos orang tengah itu boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti barang tu sendiri
wow…
terbuka minda sy dgn “information” yg Irfan bg…
terima kasih! 🙂
yerp… sememangnya benar apa yang dikatakan itu… nyaris2 tiada keuntungan lansung dibuatnya (pengalaman rakan2 perniagaan)..
memang bagus strategi (sistem) michael dell. produknya hanya boleh dibeli dari kilang sahaja melalui pesanan online.. itulah sebab tiada outlet..kalau terjumpa outlet pun itu semestinya orang tengah 🙂
minda saya juga terbuka
“hidup MLM ‘tulen'”
That is what I’ve been trying to do! I found that it is so difficult to find a supplier who wants to deal directly with small businesses. Every manufacturer I have called so far refused to. Any tips on finding the right supplier/manufacturer?
Sorry la cakap orang putih…sebab geram when it comes to this subject.
Saya berpendapat bahawa ‘orang tengah’ ini berfungsi sebagai ‘marketing agent’ terutamanya bukan saja utk pengilang tetapi juga nelayan, petani dsb.
Konsep MLM sebenarnya tidak membuang terus fungsi ‘orang tengah’ ini. Ahli2 MLM sebenarnya bertindak sebagai ‘marketing agent’ untuk pengilang untuk disampaikan terus kepada pengguna.
Pernah terfikir tak kenapa harga produk2 yg dikeluarkan oleh sykt MLM lebih mahal dari pasaran? Siapa yg telah mengaut margin keuntungan terlebih dahulu?
Fikir-fikirkan lah …
satu masa dulu Dell boleh didapati di kedai.Sekarang Dell menjual secara direct kepada pengguna.Sebab itu juga tawaran yang diberi amat menarik kerana kos telah dikurangkan.
Idea bagus doc, pasti ramai peniaga yg telah & akan melaksanakan cara ni,memang m’untungkan
saya kurang bersetuju dgn “benjol” yg mengatakan produk MLM lebih mahal dari pasaran…
alasan saya ialah simple, kereta BMW dan kereta proton Wira, kedua-duanya adalah kereta,tetapi nilai(kualiti) dan harganya berbeza….
malah sesetenah produk MLM memberikan penjimatan atau nilai tambah kepada pengguna…
sekadar memberi pandangan…
Betul kata benjol.. ada keadaan orang tengah juga memainkan peranan yang penting dalam bisnes.
tahniah , at least pengkritik MLM akan buka mata, tapi yang tulenlah dan yang paling baik ikut pakar dalam muamalat iaitu Ust zaharudin.
Assalamualaikum Irfan..
Tq Irfan, satu lagi idea perniagaan yg sgt bagus.
Sy akan gunakannya seberapa yg boleh,:-)
membuang orang tengah menang boleh mendapat untung yang lebih dan kos yang kurang…
nak jadi jutawan pun senang….hehe…
han
Pada pendapat saya, MLM tidak membuang orang tengah..MLM masih menggunakan orang tengah yang dipanggil sebagai pengedar atau ejen.
Knp saya berpendapat sedemikian? Cuba anda bandingkan harga produk-produk harian MLM dengan harga produk-produk harian yang ada di TESCO, Giant, Carrefour dsbnya maka kita dapat lihat harga di pasaraya besar atau kedai runcit jauh lebih murah berbanding harga produk-produk MLM.
Dalam saluran pengedaran barangan secara konvensional, pemborong membeli barangan dari pengeluar (kilang). Kemudian menjual kepada peruncit dengan margin keuntungan. kemudian peruncit pula akan menjual barangan kepada pengguna akhir seperti kita, juga dengan mengambil margin keuntungan.Tetapi harga produk masih lagi berpatutan.
Manakala melalui MLM, apabila seseorang pengedar membeli produk dari syarikat MLM, syarikat MLM akan mengenakan margin yang tinggi terhadap produk yang dijual.Dan seterusnya pengedar tersebut akan menjual barangan tersebut kepada pembeli pada harga yang lebih tinggi yang lebih dikenali sebagai keuntungan runcit.
So,MLM bukan meyebabkan barang jadi lagi murah, lagi mahal ade lar. Barang MLM mahal sebab nak bayar komisen upline2 yg ada kat atas.
Saya tak bersetuju dengan pendapat eamchaser8878. Yer ker produk MLM berkualiti? Produk2 yang tidak dijual secara MLM pun berkualiti juga dan harga jauh lebih murah dan menjimatkan.
saya bukan cakap kosong…ade satu MLM ne jual abalone dalam tin. Kononnya diimport dari new zealand. harganya RM170 setin kalau tak silap. Kemudian saya pergi pasaraya besar terjumpa sebijik sama seperti yang ditawarkan oleh syarikat MLM ne.Tapi harga cuma RM 110 je. Lebih jimat. Rupa2nya syarikat MLM ne beli dari pengeluar abalone tersebut dan jual secara MLM.
Kalau beli nak pakai sendiri pun tak untung.Nak jual pun takda sapa nak beli.Sebab lebih baik beli kat pasaraya besar daripada beli syarikat MLM kerana lebih jimat. Kenapa wujud jurang perbezaan harga walaupun produknya sama dan dikeluarkan oleh kilang yang sama..
Sebabnya, harga tinggi barang MLM nak bayar komisen upline yang berada di atas.
Ini pandangan saya…bebas mengeluarkan pendapat.
Pendapat saya tentang orang tengah dan MLM:
1. Kalau kita lihat MLM dari sudut syarikat MLM itu sendiri, memanglah pengedar itu merupakan orang tengah syarikat walaupun pengedar sebenarnya adalah juga seorang pengguna akhir. Tapi apa yang maksudkan ialah dengan menjadi pengedar (ejen) syarikat tersebut, kita tidak perlu mencari orang tengah untuk mengedar produk kepada pengguna. Downline kita pula juga bukannya orang tengah bagi kita kerana mereka membeli terus dari syarikat (pusat pengedaran), bukannya dari upline.
2. MLM yang bagus (tulen dsbnya) adalah yang menjual produk yang tidak dijual di pasaraya biasa dan kualitinya jauh lebih bagus. Harga yang tinggi (bukan mahal tapi berpatutan) adalah disebabkan oleh kualiti. Ingat, ini tidak termasuk syarikat MLM yang tidak berkualiti dan menjual produk yang tidak berkualiti dan yang sama dengan yang di pasaraya biasa. Kaji betul2 sebelum join.
asslkm,
orang tengah memang slalu hisab darah orang lain. tgk macam nelayan2. diaorang tangkap ikan, tapi orang lain yang jual. jual berlipat kali ganda. tapi nelayan 2 dapat sikit ja. yang lebihnya bagi kat orang tengah. hidup nelayan terus susah walhal pada hakikatnya diaorang blh senang. orang tengah nak senang saja. ambil keuntungan penat lelah orang lain. klu terus bergantung dengan diaorang, orang melayu tak akan ke mana.
Orang tengah inilah yang menyebabkan harga barangan keperluan naik, orang tengah juga menyebabkan peniaga mendapat keuntungan yang sedikit..
Pendek kata usahawan kecil terpaksa bergantung kepada “orang tengah” sebelum meletakkan harga sesuatu barang.
Usahawan internet pada hari ini cukup bertuah kerana perniagaan adalah secara langsung kepada customer secara online. Tiada orang tengah, maka tiada “kos tersembunyi”.. 🙂
Dr! blh bg saya statistik jualan secara online yg laris di pasaran luar?? Sy kini dlm prancangan mggunakan teknik yg ajarkan..harap2 berjaya.Thankz
salam..pada pendapat n pandangan saya,dlm MLM mmg x da org tengah..jgn rosakkan nama MLM kalu x tau..syarikat MLM akan keluarkan brg2 n hasil i produk diorg sendiri..x da syrikat MLM yang jual brg2 yg dikeluarkan i kilang barangan jenama lain..barangan dijual mngikut kualiti barangan..bukan jual barang nak bayar upline..atas usaha masing2..kalau saudara n saudari rasa mahal,belilah brg2 besa kat psaran..mcm jenama baju jgak,knapa nike n adidas lbih mahal dari jnama lain..sdangkan baju sama jnis kainnya..kalu nak brjimat n syg duit,pakai je lah baju kat pasar malam..setahu saya jugak,syarikat2 MLM kat malaysia ni x ada yg jual barang yang sama dengan pengeluar lain..contohnya CNI,Hai-o,GaNO,rorine,AVon,NPA..mereka mempunyai kilang pengeluaran nya sendiri,knpa diorg nak beli produk dari kilang lain plk..thanx(insan yg lemah)
Saya Sokong pendapat langg..Ramai org tak tau dlm perniagan MLM,sbb tu dorg cakap begitu.Banyk lagi dorang tu kne blajar psl business nie,cari pengalaman dulu.aku pn, budak baru gak.tp maybe aku leB jauh b’beza dari kamu.Prinsip kita dlm p’niagaan begitu b’beza,TAK SAMA…! Thnks to Irfan coz berikan tunjuk ajar kepada mereka yang mahu berjaya.Saya doakan hajat Irfan untuk bina Yayasan sendiri tu.
ya! sekarang ini peluang kita untuk menjana pendapatan lumayan dengan usaha gigih dan semangat yang berterusan. MIBO anti orang tengah!