Bootstrap: Modal memulakan perniagaan

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat recommend menggunakan pendekataan Bootstrap!

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan (termasuk saya sendiri 🙂 ). Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti anda dalam menguruskan perniagaan anda– mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 – RM50,000? Jangan lupa bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Semalam belajar bahasa Jepun, hari ini belajar bahasa Inggeris :)…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

30 thoughts on “Bootstrap: Modal memulakan perniagaan

  1. terima kasih..kerana saya dapat byk saranan supaya mengambil loan,kawan-kawan etc..saya teruskan plan asal saya .. money rolling..from small growing to big

  2. wahh……..mmg btul ape kata ni.wat per nk meminjam sdgkan pulangannya belum tentu..kalo dgn kaedh bootstrap ni kita akan lebih hati2 dlm membuat sesuatu..konsepnya mcm ni ler..kita biasenyer akan lebih sygkan harta benda sendiri harta benda org lain..btul tak?tepuk dada tnya iman;)..bootstrap..erm…funny jgk yerk…esok lusa kita blajar german plak yer …..:)

  3. yeah, saya pun berpendapat sama seperti irfan. invest sedikit, kalau jadi apa-apapun taklah teruk sangat nak recover balik.
    anyway, ari ni saya telah praktikkan sedikit demi sedikit petua kaizen tu….hope esok semakin bertambah baik lagi…

  4. Saya amat bersetuju dengan pendapat irfan. Sebelum inipun saya pernah mula berniaga dengan menggunakan duit pinjaman. Bila perniagaan tak jadi sampai sekarang masih membayar hutang bank…

  5. pssstt irfan,
    boleh saya beri tips kat student saya? kalau ia dapat mempositifkan diri saya, saya berharap ianya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling saya ini.

  6. setuju bebenor le saya dgn sarankan,bior modalnye kecil…asalkan tak dibelengu hutang spnjang hidup.

  7. berniaga menggunakan modal sendiri adalah satu jalan yang baik. Macam mana nak mulakan suatu perniagaan sekiranya madal yang ada terlalu kecil?

  8. Saya paling suka topik ni. Jika belum pandai berniaga, guna wang sendiri paling ‘selamat’sebab memang kita akan berhati2 dgn setiap sen yg kita laburkan. Ape yg terangkan memng saya sokong 100%. Sikit2 lama2 jadi bukit. Pendapat saya je. Saya cuma bermodalkan RM200 utk belajar berniaga dan PC kat ofis (he he he)..untung pun sikit je tapi cukup utk saya pelajari cara menjual brg secara online.

  9. Alhamdullillah..saya telahpun mempunyai kompeni saya sendiri walaupun usia br mencecah 24thn. Baru-baru ini saya mendapat satu projek perniagaan secara online.
    Betul, masalah kewangan akan membebankan kita. Namun ada cara yang boleh kita berjimat.

    Melalui buku saudara Irfan, saya mendapat beberapa tips berguna. Insyaallah, jika tiada sebarang mslh sy akan ‘lauch my first project’ tak lama lagi. 2006 thn bertuah sy.

    Tips yang diberikan saudara irfan merupakan sesuatu yang berharga. Terima kasih.

  10. Betul kata Irfan. Satu lagi nasihat yang berguna, jangan sesekali keluarkan cash advance dari kredit kad utk buat bootstrap. Ini pun kes bahaya juga, walaupun kadar byran 5% utk byran minimum tapi kalau tersangkut byr… buruk padahnya. Tengok ler pulak interest yg bank bagi… memang haru-biru.

  11. saya dah attend kursus jutawan internet dan saya bersetuju menggunakan pendekatan bootstrap. Saya sedang menggunakan pendekatan ini… berharap tidak lama lagi website pertama saya akan lauch dan berjaya, insyaallah.

  12. saya pun setuju..

    tapi macamana dgn seseorang yg tak ada duit? macam saya.. duit saving pun takda.

    so terpaksa kah saya pinjam??

  13. kesian SU…

    Kalau nak belajar dari pengalaman saya pun boleh juga. Selepas habis SPM, saya langsung tak berduit tapi ingin cari duit sendiri. Saya pinjam dari ayah RM50, beli benang & jarum kait, dalam tempoh 3 bulan, saya jual hasil kait tadi kepada jiran2 & rakan2, keuntungannya mengkagumkan. Saya pulangkan duit ayah RM25 selebihnya saya pusing modal. Maknanya saya buat installment dengan ayah saya dengan jumlah yang kecil. Begitu juga ketika saya berniaga kuih-muih semasa cuti semester, buat loan dengan ayah, dapur, gas,air & periuk FREE!(masa dulu lom ada PTPTN… guna FAMA je…) 😉 akhirnya hasil keuntungan buat kuih boleh bayar yuran semester….

  14. Ya..Banyak dari kalangan kita lebih gemar meminjam wang untuk berniaga.sebenarnya kaedah ini memang dibolehkan,tak salah dengan syarat anda ada jalan untuk melangsaikanya.modal daripada simpanan wang sendiri dalam memulakan perniagaan adalah amat digalakkan.seperti saranan IK.Sekiranya mempunyai modal simpanan yang kecil mulakan dengan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu ada untung lebih sikit nanti barulah kita kembangkan.Tiada apa yang hendak dimalukan, kebanyakan syarikat besar pada hari ini bermula dari perusahan yang kecilan sebagai contoh Mark & Spencer yang bermula dari gerai yang dinamakan Penny Stall dan berkembang menjadi gedung membeli belah yang terkenal di seluruh dunia pada hari ini.

  15. mmg benar kata Saya mempunyai pengalaman yg menakutkan bila saya memulakan perniagaan dengan menggunakan credit card. Bila bisnes tak menjadi skrg nie tengah sibuk membayar hutang credit card. Terpaksalah mengggunakan duit gaji. Saya mmg minat berniaga.. Jadi kali ni saya nak mulakan semula dgn menggunakan wang simpanan saya.. Thank you for your tips… sangat berguna dan menyedarkan saya…

  16. saya pula memanfaatkan kad kredit saya utk menjana modal dan keuntungan.Saya guna idea dan kreativiti saya sendiri utk menukarkan konsep /pandangan org lain yg mengatakan bahaya guna kad kredit.Percaya atau tidak kad kredit saya hanya limit rm3000 sahaja tetapi urusniaga yg saya buat setiap bulan melebihi rm9000 sebulan dgn kad krdit saya ini!Setiap hari saya buat bayaran kad kredit!Setiap hari juga saya membuat urusniaga saya dgn kad kredit ini!Tiada masalah langsung.Yang paling pentingnya setiap bulan tiada faedah dikenakan keatas kad kredit saya!Malah jika transaksi saya terlebih dari had limit,transaksi tersebut masih berjaya dan tiada declined!Semuanya idea bisnes yg saya dpt dan pelajari serta saya praktikkan selepas terbaca satu artikel berkenaan 100 idea bisnes.I luv my credit card-Ambank!!!

  17. benar tu lebih baik pakai duit sendiri pinjaman, kita mana tau untung nasib akan datang. tup..tup..rugi, nak byr hutang dgn apa? tp usaha kena juga spya dpt untung.

    kalau takda modal besar, buatlah bisnes kecik dulu. kalau dah kecik untung pun mungkin kecik gak. tp lama2 jd bukit, yg penting tau strategi utk jd lebih besar dan bijak mengurus kewangan.

  18. Saya sangat setuju dgn idea boostrap tu.tapi skrg ni pun keje gaji ckp makan je.saving setakat RM50/bulan pun tak tentu bleh ke tak.ada gak buat part-time menjahit baju,tapi bape sen sgt dpt.kalu save RM50/bulan,5 thn lagi le baru bleh dpt 1 komputer nak buat online biz.masa tu,org lain semua dah spai ke bulan,saya baru nak terhegeh2 :).

  19. salam,

    tak semestinya mula awal dia berjaya.. yang penting kita kena usaha, usaha tangga kejayaan (^V^)

  20. Assalamualaikum

    Modal untuk berniaga boleh didapati daripada kredit kad sekiranya kita gunakan teknik pengurusan penggunaan kredit kad dengan betul.

    Apa yg penting kita tahu tarikh yg sesuai untuk membeli produk atau bahan mentah produk kita. Sekiranya kita berupaya menjual semula produk kita dalam masa 30 – 50 hari, modal pusingan daripada kredit kad tadi tidak akan dikenakan sebarang “interest” daripada pihak bank.

    Sekian

  21. salam..boleh tolong berikan tips atau idea2 bisnes?? sy ade modal 5K..perniagaan ape yg boleh dibuat??

  22. saya ibu kepada 4 orang anak. saya selalu dibelenggu masalah kewangan.lebih lebih lagi kalau salah seorang ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan.saya pun tak tahu bagai mana nak menambahkan pendapatan keluarga.memang saya berminat untuk membuka perniagaan sendiri tetapi apalah daya saya langsung tidak mempunyai modal untuk permulaan.dengan itu, tolong berikan saya petunjuk bagai mana nak menjana pendapatan demi anak anak saya.tolonhlah saya……

  23. Org berkata-kata memang senang…Setiap org ada kelebihan dan kekurangan sendiri dan setiap org ada cara tersendiri untuk mulakan bisnes..sebagai contohlah, sy punya idea bisnes adalah sangat berbeza dari org lain, sebab saya mengkaji teknologi dan fungsinya. Tp apakan daya saya tiada modal yang besar utk mulakannya.. Mana ada org nak wat bisnes dengan teknologi ni pakai modal yang kecil.. Lain la kalo ada bank sanggup bg saya pinjam, sy sanggup tanggung risiko tu sume.

    saya bukan golongan kaya yg punyai harta, yg saya ada hanya segulung Ijazah Masters je. Malaysia ni sungguh susah nak buat biz, kalo negara lain gov bg support kalo golongan cerdik pandai nak buat biz.

    So cuba bagi tau saya siapa yang mampu tolong saya dapatkan modal permulaan yg saya perlukan.. Kalo saya bg idea saya ni pada Cina, percaya la tak sampai setahun pasti dia kaya-raya.. So lebih baik saya simpan idea saya ni.. Saya berani jamin idea saya ni mampu memenopoli industri di Malaysia pada suatu hari..Banyak sektor yg bakal menggunakannya… Tp siapa yang sanggup bantu saya..Saya kecewa kecewa kecewa dengan semua ni..

  24. salam…sy masih belajar. berminat utk buka perniagaan bila tamat belajar..berapa anggaran utk buka perniagaan coz sy nga kumpul duit utk modal future bisnes sy ue….nk bkak kedai yg jual peralatan utk buat kraftgn such as hotglue, buttons, bead, colour,etc. need ur advice. tQ..

  25. salam, saya oku pekak, dah gagalkan bayar hutang bank dan lainlain. saya minta bagaimana selesaikan hutang? sekarang dah buka mbudi enterprise tapi tak ada wang untuk modal,,cuci kereta dan jahitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.