Berulang kali saya sering sebut untuk “jangan putus asa”. Kejar impian anda sehingga tercapai.
Namun, ada kalanya, kita perlu berhenti melakukan apa yang kita lakukan. Bak kata Donald Trump:
Part of being a winner is knowing when enough is enough. Sometimes you have to give up the fight and walk away, and move on to something that’s more productive.
Sememangnya kita jangan putus asa mengejar impian kita, namun, ada kalanya kita perlu pertimbangkan bahawa kaedah yang kita lakukan tidak menjadi. Sekiranya itu terjadi, enough is enough. Tidak mengapa untuk putus asa oleh kerana kaedah yang lain mungkin lebih produktif.
Di sinilah anda perlu menggunakan instict anda atau naluri anda sama ada enough is enough.
Experience taught me a few things. One is to listen to your gut, no matter how good something sounds on paper. The second is that you’re generally better off sticking with what you know. And the third is that sometimes your best investments are the ones you don’t make.
Personally, saya juga pernah give up dan walk away dari beberapa usaha perniagaan walaupun telah laburkan sejumlah wang dan tenaga. Namun, semuanya menjadi pengajaran untuk lebih perihatin dalam mencapai impian π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul tu..saya banyak terlibat dalam banyak perniagaan..kadang-kadang kita perlu give up dan buat bisnes yang lebih baik. Pertimbangan akal perlu dan jangan berusaha dan confident apa yang lakukan secara membabi-buta
http://usana4all.com/?ref=mybiz
Untuk memotivsi diri dari perasan putus asa terlebih dahulu kita perlu “Hapuskan gambaran kegagalan”. π
Sebaliknya gambarkan kejayaan, perkasakan diri dengan semangat juang. Bandingkan prestasi diri kita dengan kejayaan orang lain. Bagaimana mereka merangka sesuatu, melaksana dan menjayakannya dan bagaimana pula mereka bercita-cita mempertahankannya pada masa hadapan. π
Hisham;
“Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri”. Baca Tip 14 Hari Motivasi Diri P2..DotCom di http://www.p2dotcom.blogspot.com – **pesanan penaja** π
Hi semua,
Saya sokong apa yg cuba diketengahkan oleh Irfan pada hari ini.
Sememangnya,bagi para usahawan online atau lebih2 lagi offline,pengunduran diri lebih merujuk kepada kegagalan atau tewas dalam medan perjuangan.Tapi,saya teringat lagu yg dinyanyikan oleh Aswad dalam dalam konsert mingguan AF5 minggu ke-8(kalau tak silap)..antara baitnya ialah”mengalah bukan bererti kalah”Mungkin maksud keseluruhan lagu tersebut lain dgn apa yg saya fikirkan sekarang.Mengalah mungkin berundur dahulu dan melakukan pertukaran strategi atau terus give-up dan buka buku baru.
Walauapa pun,saya memang pernah juga mengalami situasi ini.Ia memang perit dan mencabar maruah diri.Org kita sering mendefinasikan mengalah itu ialah tewas.Berbanding dgn bangsa lain yg menerima kekalahan itu sebagai satu pengalaman.Bagi saya,dalam bisnes,tiada kekalahan maknanya tiada pengalaman.Faktor kematangan dan ketajaman dalam bisnes dipengaruhi juga oleh elemen kekalahan dan sejarah buruk.Bagi saya,tiada bisnes tanpa kekalahan.Takkan asyik nak untung ajer..kengkadang kenalah rugi jugak… dan selalulah amalkan konsep “Try & Error.
eeemmm… betul jugakan walaupun tak pernah dengar tapi memang betul pun.. saya pernah buat macam tu dulu. pada asalnya saya jaul prodak pelancongan, tapi oleh sebab ianya tak berjaya saya pun beralih ke perniagaan yang lain dan sekarang ini saya beruntung sangat sebab dah ada perniagan yang maju.. ni pun dengan menggunakan idea . irfan juga.. t. kasuk irfan…
http://www.mudahnya.com
Tajuk ini memag agak sensitif utk dibincangkan.Lebih2 lagi kepada sesiapa yg baru gagal dalam perniagaan.Tak kira online bisness atau offline bisness.Tapi,saya rasa keperitannya ialah kepada yg berniaga offline.Maklumlah,pernigaan kita org sekeliling dah nampak,tengah elok2 berniaga,tiba2 datanglah pulak masalah…masalah besar yg membabitkan kegawatan ekonomi atau masalah kewangan yg kritikal.Jadi,untuk mengelakkan lebih banyak kerugian lebih baik mengundur diri.Daripada rugi banyak baik rugi sedikit.Bak kata peribahasa-Biar setitik daripada tumpah semua.
Sebenarnya,secara peribadi saya pernah mengalami peristiwa ini.Berniaga offline dah lima tahun,siap diversified dan tambah cawangan.Tapi,malang tidak berbau,apakan daya.Perniagaan terpaksa ditutup.Malu?ehmm..jgn cakaplah.Tuhan saja yg tahu.Bagi saya,setiap kegagalan pasti ada kekurangan atau kesilapan di mana2.Sama ada faktor luaran atau faktor dari dalam diri kita sendiri.Contohnya,mudah alpa bila dapat untung lebih ,mana tahu esok tak untung pulak,kegagalan menguruskan kewangan juga menjadi faktor penyumbang yg.utama.
Walauapa pun,seorang usahawan sejati pasti melalui peristiwa ini dan akan mengambil pengalaman ini sebagai pengajaran dan bekal di hari esok.Kebiaasaanya,kegagalanlah yg akan menjadikan kita lebih matang dan lebih berjaya.Percayalah pada diri sendiri.Kita bukan Superman yg selalu nak menang,Superman pun ada masanya kalah dan ada kelemahan.
Berundurlah buat sementara waktu,susun strategi dan serang semula.Lihatlah bagaimana soldadu Inggeris suatu masa dahulu menyerang Melaka.Bukan sekali serang terus menang.Tapi,ada caranya,berundur dahulu susun strategi.Tak dapat cara kasar,kita buat cara yg lebih diplomasi.Misalnya,hantar utusan dan tawarkan perjanjian yg nampak menguntungkan kedua belah pihak(Walaupun Inggeris sebenarnya telah menwarkan perjanjian yg berat sebelah)
Begitulah adanya,Taiko2 business pun pernah mengalami kegagalan.Jadi,janganlah risau π
–Dare to Fail–
Saudara/ri sekalian,
Putus asa ibarat kanser kepada impian dan matlamat anda. Ianya akan membunuh dan menamatkan riwayat impian dan cita-cita anda. Justeru itu, never,never,never…give up.. sebaliknya, berfikiran kaya lah sentiasa..
http://thinkerich.blogspot.com
yup, berundur juga bukan bererti kita mengaku kalah bukan dan juga bukan bererti kita bodoh..tapi itu salah langkah bijak untuk menjadikan kita lebih matang dalam dunia perniagaan….. tapi terdapat sesetengah org tak berani untuk gagal…. ada tips tak untuk org2x begini?
berhenti seketika utk menilai, itu memang penting utk mngelakkan pembaziran masa dan kos. kita perlu sentiasa perbaiki atau ubah teknik atau strategi, bukan ubah bidang kalau memang itu yang kita serasi.
Macam mana untuk menilai, bila sepatutnya kita berhenti? Ada tips?
Ya. Betul tu.
Bagi saya, yang penting, saya boleh capai matlamat saya utk menjadi jutawan sebelum umur saya 30 tahun. Whatever the medium, affiliate marketing, blogging atau apa-apa saja akan saya cuba, sehinggalah saya jumpa cara yang serasi dengan stail saya.
Good tips today Irfan!
Maksud Irfan bukanya supaya mudah berputus asa cuma jika apa yang kita usahakan tidak ada potensi untuk berjaya lebih baik “putus asa” dan buat yang lain yang lebih baik.
Dr Mahathir Mohammad pernah berkat “Perkara yang saya yakin pada hari ini tidak bermakna saya akan yakin pada masa depan”
http://usana4all.com/?ref=mybiz
Assalamualaikum…
Kalau dah mula kemudian nampak tanda-tanda kegagalan dan berundur sementara saya tak kisah tapi kalau tak cuba dan cuma melihat kegagalan terus tak cuba,ini saya tak berminat langsung sebab bagi saya kegagalan adalah kunci kepada pintu kejayaan.Tukar strategi dan bangun semula.Agi idup agi ngelaban.
Wassalamualaikum, semoga sentiasa dalam petunjuk Allah.
Betul tu…tak semestinya gagal dan akan terus gagal..Mungkin kita gagal dalam satu aspek tetapi tak semestinya kita akan terus gagal..
walaupun berkali2 gagal mungkin akan ada waktunya kejayaan menanti kita jika kita terus berusaha…
seperti cogankata sekolah saya
” Usaha tangga kejayaan “
satu topik menarik. apa yg saya nampak putus asa di sini dalam 2 kategori. pertama terus tukar bidang lain. kedua, masih dalam bidang sama tapi putus asa atas kaedah A dan nak tukar kpd kaedah B. mana-mana pun tak jadi masalah. kita tak tahu rezeki akan datang dari cara mana. setiap orang berbeza. yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.
bagi saya tak salah nak putus asa dalam erti kata nak tukar strategi. Nabi SAW pernah berkata bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah dipatuk oleh ular yang sama di tempat sama dua kali. jadi, kalau kita dah cuba perkara sama berulang kali tak dapat, ubah je lah strategi. akhirnya pasti akan jumpa.
kata orang di mana kita bermula tak penting, yang penting di mana kita berakhir…
asmkm Irfan, how r u?
shueqry here..
bagi saya, kita jangan berputus asa, cuma ubah strategi. Keep the fighting spirit, nilai semula mind set kita dan beranikan diri utk gagal.
Tip dari Irfan kali ni memberi inspirasi buat saya, personally.. i’ve failed many times π
Dengan itu, saya bertekad mahu membantu orang lain bangkit dari gagal dan share dengan tips untuk tidak berputus asa.
shueqry
Blog Yang Berkata Tentang Minda dan Motivasi
http://shueqry.blogspot.com
tul kata azizmansor…..ubah strategi…teringat la pulak topik sebelum ni antara teknik ngan strategi…. jom la praktik plan X…
hehehe, saya masih tak tau plan X tu apa?
Irfan, very good points stated there today.
I agree with azizmansor, Hakimi b Sulaiman, du.it, yuzafi and many others about “Tukar Strategy”
If a business shows no sales, and its unproductive, I believe its better to pursue on but change the business strategy and bring in innovative ideas.
I had this experience in selling advertising space to Malaysians, but somehow our local market have many doubts on Online advertising.
However I never gave up, but instead changed strategy to foreign market. and it sure did worked very well.
So my advice to everyone before giving up is, try new strategy, try new market, try innovative ideas.
If all fails, then enough is enough.
God Bless
Lance
“kadangkala kita pertimbangkan kaedah itu tidak menjadi”.. Betul tu Doc, terima kasih doc.
teringat dalam cerita “persue of happyness”
seorang lelaki menyebut perkataan “time Machine”
andaikata lelaki itu nak buat software ” time machine” tetapi takda modal macammana?
.. mungkin begini keputusan.
1. mula-mula buat website info tentang time machine, jual la iklan dalam tu, buat alasan daripada iklan itu nak kumpaul modal nak buat software..ni kira main emosi sikit. kalau tak berjaya
2. buat ebook berkaitan dengan machine ker berkaitan dengan masa ker, menggunakan TEASER begini…” daripada seorang pengasas time machine.””.
3. tak berjaya lagi..jangan bimbang banyak lagi cara, last-last sekali tuhan pun makbul, tuhan pun kesian jugak kepada hambanya..
Perkara inilah yang paling saya takut sekali… saya pernah mengalah dan berundur diri, saya pernah jatuh dan starting all over again…tang nak start all over again ni lah yang paling payah pernah saya rasa… sampai sekarang ni, saya masih belum berjaya, saya masih belum mencapai tahap di mana saya berada dulu.
Sedih…tetapi perjuangan mesti diteruskan! Pelan-pelan kayuh laaa… slow but sure!
p/s : Maafakan saya kalau tersalah bahasa. Tetapi, kebelakangan ni saya tengok komen-komen di blog IK sekarng ni banyak lebih kepada “FREE IKLAN” lah… Baik betul memberi free meal kat mereka ni. Cuma pendapat saya, ianya not working lah kawan-kawan. Nampak mcm tak profesional! Saya rasa ini bukan maksud Irfan dalam 101 cara promosinya, mungkin saya salah.
Hmm… Cuba fikirkan dua nasihat Bob Parsons (pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GoDaddy, syarikat penghosan web dan pendaftaran nama domain terbesar dunia, berkali ganda lebih besar daripada pesaing lain termasuk syarikat-syarikat yang didagangkan di bursa-saham saham):
1. Never Give Up (Jangan Sesekali Beralah!). Tak jadi bukan sebab tak leh jadi, tapi cara anda mungkin tak menjadi. Cuba lagi dengan cara lain.
2. When You’re Ready to Quit, You’re Closer Than You Think! (Bila nak berhenti, anda sebenarnya semakin dekat!). Orang Cina juga kata, “keinginan untuk berhenti paling besar ketika anda hampir berjaya”. Ingat Thomas Edison!
Irfan, saya rasa Donald Trump bukanlah model yang terbaik untuk kita sebab beliau:
1. Cukup aktif dalam perniagaan perjudian. (haram untuk orang Islam). This guy gambles too in his life decisions!!
2. Dalam dunia hiburan yang penuh kekeliruan. Ada naik, dan ada turun. Beliau juga sudah banyak kali bankerap!
Lebih baik kalau kita tanamkan keyakinan diri, dan memaksimakan ilmu untuk terus menuju kejayaan tanpa perlu berpatah arah. Think Steve Jobs. Dah jatuh pun, tetap bangun dan cuba lagi dalam bidang yang anda ada “passion”. Jangan cepat menyerah dan bertukar bidang kerana orang lain nampak lebih selesa di bidang lain, dan anda menyiksa diri. Insya Allah, anda boleh mencipta kejayaan sendiri di bidang yang orang lain tak nak terokai.
Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Gagal itu memberi pengajaran supaya kerja lebih keras.
I agree dgn tips hari ini. I sendiri pun dah byk kali give-up sebelum mula bisnes n selepas tu.. tp satu yg i belajar setiap kali i give – up…. ada perkara lain yg lebih menarik patut i buat. Cuma kkdg kita x perasan kerana terlalu memfokus pd satu2 perkara. mcm falsafah yg tulis, “is that sometimes your best investments are the ones you donΓ’β¬β’t make”.
to Razzi Rahman, mayb betul x profesional.. tp kebanyakkan diaorg yg hantar comment kat sini adalah org yg sama. Mcm ada community lak.. tp x salah sesekali memperkenalkan produk pd mereka yg baru nak berjinak2 ngan IK blog ni.. atau sbg tanda terima kasih mereka kepada kerana membuka minda dan ilham mereka untuk menjalankan bisnes di internet…? ..dgn menyokong blog ..
Memang tak salah kalau sekali… tetapi kalau setiap kali komen, asyik iklan sahaja itu dah melanggar syarat2 blogging. Kan dah ada garis panduan kat front page tu.
Buat Free iklan sebagai tanda terimakasih kepada Irfan?
Adakalanya kita terpaksa berubah kepada sesuatu yang lebih baik.Memang agak perit juga bila jalan yang kita harapkan untuk berjaya akhirnya menemui kegagalan.Apa yang penting jangan lah berputus asa.Teruskan usaha, untuk berjaya terdapat 1001 cara, jadi pilihlah jalan atau cara yang paling terbaik dan ada kalanya juga kita terpaksa mengubah cara kita walaupun kita sudah selesa dengannya kerana suatu hari nanti cara tersebut mungkin tidak lagi relevan.Pengunjung tips satu minit boleh la membaca panduan dari buku “who moved my cheese”.Bagus buku nie.saya rasa kena dengan topik nie.
Hi,
Bagi saya,terlalu banyak iklan pun boleh menyebabkan tujuan asal tips satu minit perniagaan gagal.Memadailah kalau kita dapat klik kat nama si penghantar artikel utk melihat sendiri website beliau.Kengkadang kita akan rasa teruja secara sendiri utk megetahui siapakah si penulis artikel dan secara automatik akan cuba mencari sendiri seberapa banyak maklumat mengenainya.Mungkin begitu maksud En.Razzi Rahman.Tak perlu secara langsung meletakkan URL kat sini π
P/S:Hanya Pendapat-Saya sendiri pun secara automatik rasa teruja untuk mengetahui siapakah Razzi Rahman dengan meng-klik pd nama beliau..dan barulah saya tahu..Razzi Rahman nie boleh di kategorikan mcm Love kat sini.Beruntunglah kita kerana ada kelainan produk/service di sini π
Kita tunggu apa kata Irfan tentang pautan Ads pada ruangan komen tip 1 minit…
Harap Doc. dapat Jawab? π
tajuk kali ni membuatkn sy utk memberi respon
sekali bace,membuatkn seseorang itu berasa ragu2/tk yakin dgn apa yg ingin dicapainye.
bg sy,sy ada satu bende yg nk dicapai,tp masih lg tktercapai2.
apa masalahnye?maybe CARA/JALAN utk mencapainye itu yg tk betul.
so sy cube mencari jalan lain utk mencapainye.
.—doakan ku wahai sahabat2 sekalian—.
bagaimana nak tahu bila tibanya masa “enough is enough”?
Jawapan terbaik adalah menggunakan naluri. naluri datang dari pengalaman & ilmu. jadi, bila tiba masanya, memang memerlukan gut instict dalam perniagaan. itu yang dinamakan business sense π
regarding iklan pula…
saya tidak apa untuk mengiklan, tetapi, sebaiknya biarlah iklan tu berkaitan dengan topik. contoh, kalau topik berkaitan dengan “putus asa dalam perniagaan”, mungkin sesiapa yang mempunyai laman web penyelesaian masalah ini, boleh iklan laman web mereka. kalau tajuk topik “putus asa dalam cinta” baru la “Dr Love” kita iklankan lamannya…
kalau takde kena mengena, tak berapa molek lah katakan. takkan tajuk tip “putus asa dalam perniagaan” kita nak iklankan Love pula… takde kena mengena.
kalau tidak ada kena mengena dengan topik, maka, ketika nak komen, memadai dengan ruang URL yang disediakan yang akan dilink pada nama. iklan secara halus & efektif juga tu. lebih kredibiliti oleh kerana anda membantu dengan memberi input-input positif. tak nampak sangat macam iklan. orait? π
Thank you Doc. untuk penjelasan dan jawapan. Saya harap kita semua ‘clear’ dengan apa yang Irfan maksudkan tentang pautan Ads di ruangan komen Tip 1 Minit.. π
TQ Doc. sekali lagi
Ya, saya juga pernah give up di dalam perniagaan. Bukan kerana tidak untung, tetapi masalah-masalah yang sukar untuk dielakkan. Pada masa itu, sekiranya saya teruskan, ianya mungkin akan bertambah kritikal.
So, setelah beberapa hari, saya membuat keputusan untuk give up dari perniagaan tersebut dan beralih kepada perniagaan lain.
Sekarang, saya fokus kepada perniagaan yang ada tanpa ada masalah (kalau ada pun boleh diselesaikan) dan tidak perlu risau seperti dahulu. π
Saya akui,sebelum berjaya di dalam perniagaan di internet.Saya telah menanggung kos kerugian tanpa sebarang pulanggan,saya pernah tertipu dengan skim cepat kaya dahn saya telahpun berputus asa untuk meneruskan tujuan saya untuk bebas keewangaan.Allhamdulillah,sekarang saya mampu tersenyum apabila perniagaan e-book yang saya ikuti membuahkan hasil.Terima kasih sdr irfan di atas tips-tips motivasi yang banyak membuat saya berfikir.
Saya bersetuju…dgn give up ni…mulakan dengan semangat baru..untuk lebih berjaya dan berkeyakinan
Saya adalah antara pelanggan Irfan Khairi dan pemilik Daya Glokal Enterprise. Saya juga berjinak-jinak dalam dunia penulisan dan menjalankan perniagaan mail order. Saya sudah give up dan kesal dengan sikap dari ramai diantara kita lebih berminat melaburkan wang untuk mendapatkan keuntungan segera tanpa berusaha dari membeli buku2 motivasi perniagaan yang akan menguntungkan mereka dikemudian hari. Takkan kaya tanpa berusaha dan bersusah-susah dulu beb!
Hm..btol ape yang irfan khairi katakan..
kdang2 situasi yg membuatkan kita terpaksa mengundur diri dari perniagaan kita dan mencuba kaedah yang produktif pada masa akan datang..
Tp jgn la terlampau awal nak mengalah?
maksud saya disini, baru bukak perniagaan internet x smpi 2 bulan dan masih tiada pelanggan. anda terus mengalah…
sepatutnya anda berusaha sehabis baik dalam perniagaan anda dahulu..
pastu kalau masih tidak dapat pelanggan, barulah anda perlu fikir alternatif untuk beralih ke perniagaan yang lain
=)
salam..
sonok jumpa semua orang kat IK blog ni.saya bukan usahawan ,tapi seorang pelajar tahun akhir perubatan…jika ada usahawan2 yang inginkan nasihat saya tentang produk2 berkaitan kesihatan,boleh lawat blog saya…alamak bukan iklan ni..tapi just nak berkongsi2 pengalaman OK….blog saya http://www.azmawahidaalias.blogspot.com…..
saya….give up dah…macam2 dah buat….ntah ape-ape abu pun tarak