Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?
Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:
- Lebih fokus
Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan. - Enjin pencari
Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian “perniagaan”, “kewangan”, “slogan perniagaan” dan banyak lagi di google… dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya! - Jenama sendiri
Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti www.irfankhairi.com. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV
Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja… malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!
ps: Ingin mempelajari bagaimana Internet dan Media Sosial boleh membantu anda & perniagaan? Klik di sini untuk Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, di Open University Malaysia – IPD
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya setuju blog masih satu platform yang sangat penting & berkesan walaupun ada banyak platform lain. Untuk perniagaan, seeloknnya mesti ada 🙂
Saya sependapat dengan IK. Kerana saya sendiri masih menggunakan aktiviti blogging untuk menjana pendapatan secara online..
Saya mesti ingat 3 kata kunci itu. Dan Amalkan
memang tak di nafikan media sosial seperti facebook dan twitter telah menenggelamkan sedikit sebanyak pengaruh blog. Buktinya, saya pun dah jarang masuk ke blog sebab sibuk berfesbuk. huhu
Salam Tuan IK,
Saya Saufi dan sangat berminat dengan cara bisnes tuan IK,
saya telah menghasilkan ebook pelaburan hartanah tanpa modal dan hobi saya mmg suka jual beli rumah dan menganalisa rumah.
saya ingin mendapatkan nasihat Irfan. Kalau boleh nak jadi mentee irfan. Boleh ke?
Salam.
Saufi Karim (SK)
Blog memang sangat diperlukan selain dari media sosial yang lain. Pandangan saya blog merupakan perkara pertama yang harus dimiliki dalam dunia perniagaan internet kerana blog memberikan maklumat terperinci mengenai sesuatu perniagaan.
Salam..
Saya setuju dengan info yang dikongsikan oleh Saudara Irfan Khairi..
Apabila kita mencari sesuatu maklumat dekat Google, kebanyakan maklumat yang kita berjaya perolehi biasanya datang daripada blog..
Ini menunjukkan blog sangat penting untuk membantu kita memasarkan perniagaan di internet..
IK, saya nak minta tips macamana nak terus kekal berada di page pertama google?
Terima kasih..
Salam,
Info berguna untuk saya yang baru berkecimpung. Moga terus memaparkan tips-tips yang berguna.
saya mencari rakan niaga, boleh x saya guna kaedah ini?
Terima kasih Saudara Irfan untuk tip blog dan perniagaan yang dikongsikan. Saya sedang usahakan beberapa tip yang tuan kongsikan ini. Alhamdulillah mmg ada perubahan yg baik. 🙂
Khaidir
YA! Saya setuju, penggunaan blog semakin popular bagi proses penjenamaan. Blog adalah wang bagi perniagaan internet.
Kini saya juga mempunyai blog sendiri selepas menghadiri workshop Perniagaan Internet Irfan Khairi. 🙂
Hanaffi Idris
hanaffiidris.com
Blog Usahawan Dan Perniagaan
terus terang blog byk membantu bisnes online saya. Alhamdulillah skrg dah dapat beli rumah dan keta dari hasil bisnes online..
Ya! setuju sangat bahawa blog masih belum mati. Malah masih tetap berguna dan mendatangkan hasil yang baik untuk perniagaan