berhenti kerja

Bila masa terbaik untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan?

Salah satu soalan cepu emas yang sering ditanya pada saya mengenai kerja dan berniaga adalah, bilakah waktu terbaik untuk berhenti kerja dan mula berniaga? Adakah patut berhenti kerja sekarang dan terus mulakan perniagaan?

Pilihannya di sini ada dua sahaja:

  1. Sama ada berhenti kerja dan mulakan perniagaan
  2. Mulakan perniagaan sambilan sebelum berhenti kerja

Untuk menjawab soalan ini, suka saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam menjawab soalan ini lebih 15 tahun lalu.

bila nak Berhenti Kerja untuk berniaga

Ketika itu saya bekerja makan gaji sebagai konsultan multimedia di sebuah syarikat di UK. Gaji bulanan saya boleh tahan juga, maklumlah, baru lepas grad dan mendapat rezeki gaji tinggi oleh kerana kebolehan yang saya ada dalam bidang multimedia.

Ketika itu kalau ‘diconvert’ kepada duit Malaysia, adalah dalam lingkungan RM10,000 juga. Memang hidup pun terasa selesa kerja dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Namun, minat saya dalam bidang perniagaan sungguh mendalam di mana saya ingin menjalankan perniagaan dari rumah supaya lebih flexible dan tidak lagi terikat dengan waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam waktu yang sama itu, saya memulakan perniagaan Internet secara separuh masa. Waktu kerja, memang fokus pada kerja, tetapi balik rumah, dari petang hingga lewat malam menjalankan perniagaan dari rumah.

Memang penat, memang tiada masa. Tetapi, untuk mencapai kejayaan, perlukan pengorbanan. Kalau semua senang sahaja, pastinya semua orang dah lakukan sebab kerja senang itu mudah.

Itulah rutin saya selama 2 tahun, bekerja, dan menjalankan perniagaan dari rumah melalui Internet. Sehinggalah pendapatan saya di Internet Alhamdulillah mencecah RM20,000 sebulan, barulah saya berasa yakin untuk berhenti kerja makan gaji yang memberi bayaran RM10,000 sebulan – dua kali ganda!

Mulai tahun ketiga, saya letak jawatan di pejabat untuk memberi fokus kepada perniagaan di Internet. Maka, cita-cita saya tercapai untuk menjalankan perniagaan sendiri pada waktu yang lebih fleksibel. Bukan itu sahaja, apabila berniaga, maka pendapatan tidak mempunyai had lagi.

Jadi, nasihat saya kepada bakal usahawan terutamanya yang masih bekerja, sebaiknya cari pengalaman terlebih dahulu. Pelajari bidang perniagaan yang ingin dijalankan dan mulakan kecil-kecilan secara separuh masa sambil bekerja.

Tidak perlu tunggu 2-3 tahun seperti saya, tetapi memadai untuk anda timba pengalaman sehingga diri sendiri terasa yakin dengan perniagaan yang dijalankan dan yakin untuk berhenti kerja makan gaji.

Pengalaman dan ilmu amat penting untuk berjaya dalam perniagaan. Bukan itu sahaja, cara ini juga akan mengurangkan risiko pendapatan anda.

Memang tidak salah untuk terus berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Namun, sebaiknya, carilah ilmu dan pengalaman dahulu. Dunia perniagaan tidak semudah yang disangka.

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai daripada mereka yang bekerja makan gaji untuk mula mendapat pendapatan sampingan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

5 thoughts on “Bila masa terbaik untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.