Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.
Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:
Anda harusΒ BERTERIMA KASIHΒ kerana…
- Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar!Β π
- Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
- Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orangΒ akan dapat lihat sendiri).
Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.
Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.
Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.
Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya.Β Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaanΒ π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Cuba kita tgk, dalam 10 orang, berapa ramai yang kutuk ? 1 atau paling ramai pun 2… masih ada 8 orang lagi yang menyokong anda.
Lagipun, tak rosak pun perniagaan kita dengan kutukan orang.
p/s: Tapi kalau 8 orang kutuk anda, something wrong dgn anda.. π
kutukan n kritikan perkara biasa….kena jadikan ianya sebagai pendorong untuk maju….
Memang pening kalau kena ‘kutuk’ π
Oh ya, nak tanya pengalaman sendiri, apakah kutukan/kritikan yang paling hebat pernah terima sepanjang menjalankan bisnes internet nie..
Harap dapat berkongsi dengan kami π
kutukan pun boleh meningkatkan populariti kita…..Terima kasih bagi mereka yang mengutuk blog saya
http://www.brg2.blogspot.com
btl tu … kutuk, kritik, perli tu perkara biasa. kalu kita miskin, org kritik kita dan kalu kita kaya pun org kritik juga. kan lebih baik kaya dikritik dari miskin dikritik. btl ta ?
bila org kritik tu mmg bt saya tercabar dan hati ni membara-bara….mmg btl kata tu… dikritik ni mmg boleh majukan diri….hehe
Akum
Saya sangat setuju dengan pendapat
Elakkan diri dari orang-orang yang suka berfikiran negatif. Mereka sebenarnya tidak suka melihat anda “melebihi” mereka sahaja. π
Saya biasa kalo org-org kutuk nie saya senyum jer. Malas nak layan. Kalo nak layan kutukkan , perli, umpat, caci, hamun semua nie.. sok kita dah tiada pun orang-orang nie tak habis lagi still kutuk kita. Cara mudahnya biarkan jer. Dah letih esok retilah diorang nak tutup mulut tu π .
mirul > kutukan/kritikan yang paling hebat untuk saya?
mungkin kalau terima kutukan dari orang yang jauh lebih berjaya dari saya, maka, itu akan menjadi kutukan yang terhebat. buat masa ni, tiada pula orang2 berjaya yang mengutuk saya. selalunya orang berjaya tidak mengutuk orang pun.
tetapi sekiranya kutukan/sindiran datang dari mereka yang belum mencapai apa2 kejayaan, maka, ianya tidak perlu effect kita pun.
kalau kutukan melalui online forum semua tu tak aci sebab berat sebelah di mana saya terdedah kepada masyarakat. yang mengutuk, sekadar “nama cyber” sahaja online. macam main nyorok-nyorok je, betul tak? π jadi, tak perlu melayan benda2 macam tu.
jadi, jawapan kepada soalan diatas, susah juga tu sebab rasanya tiada kutukan yang hebat2. masih lagi boleh saya tersenyum kalau ada pun (jadi, tak lah hebat mana) small matter :). juga seperti kata irwan, dalam seribu orang menyokong, sudah tentu ada sorang yang mengutuk. kira halal kanΒ sahaja π
kutukan tu kite kena tolak tepi.
put negative aside.
think positive all the time.:)
http://norakmal.blogspot.com
ASM wr.wb. Kutukan atau kritikan sudah menjadi asam garam bagi diri saya. Dari membina website, mempromosi dan menjual ada aja yang pro dan kontra. Mula-mula pedih juga telinga, tapi lama-lama sudah menjadi merdu. Macam mana pun usaha tetap diteruskan walaupun momentum kadang-kadangkala turun. Ubatnya cari buku atau artikel kat internet macam tips 1 minit,semangat naik membara semula umpama roket yang nak dilancarkan.
Betol tu, biarkan je org kutuk kita. Kadang2 dari kutukan tu kita blh berganda2 berjaya. Saya sendiri pernah alami..
bab beri semangat ni kita perlu ikhlas jgn kerana nak mengampu org @ nak dpt balasan…
p/s: thanks abg razzi for your motivate.
kita buat baik pun org akan kata;
buat tak baik pun org akan kata;
jadi, buatlah apa saja yg kita fikirkan ia
baik utk kita.
saya suka senyum dan mengkaji apa
yg dikritik kpd saya.
jika ianya betul, saya akan baiki kesilapan itu, dan ucapkan terima kasih kpd pengkritik itu.
Kalau saya kener kutuk tak bertempat (kat blog saya) , maka saya akan detect ip commentor tuh dan ban dia selama2nya daripada comments , dan kalau nak kejam lagi, ban terus daripada baca blog saya… wordpress best! π
tapi x pernah lagi saya buat.. hehehe
Just think positive. You got choice: To take it as positive or negative, why should you choose negative then?? π
Untuk menghadapi semua kutukan dan komen ‘negatif’ kita perlu kepada “extra mind”, “extra mild” & “extra mile”, betul tak Doc.? π
Untuk menjadi seorang yang “lebih hebat” anda perlu mengharungi semua ini.
Hisham;
“Jangan Main-Main” π
Saya setuju..berfikiran negatif memberi kesan kepada sikap kita…salah satu faktor penghalang untuk berjaya adalah berfikiran negatif..Thanks
Kalau kena kutuk itu adat la. Manusia bukan sama sifat dia. Kita mana boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, terima kutukan dan perbaiki apa yg patut. Orang macam ni tak boleh di layan, akan membuang masa kita yg. berharga. Terukan dengan usaha kita, satu hari kita akan berjaya.
http://www.jomwebtemplate.com
kalau kita kena kutuk atau ada yang komen -ve terhadap usaha kita, tu maknanya kita dah berjaya atau dalam proses ke arah kejayaan. Orang yang kutuk tu dah awal-awal lagi nampak kejayan kita, so kita patut gembiralah sebab usaha kita dah berbuah. Thanks kepada mereka yang mengutuk dan teruskan kerja mengutuk anda yang ‘bagus’ tu… π
saya juga baru memulakan progrem perniagaan di internet. mmg mcm2 kutukan yg melemahkan semangat di lemparkan. ni yg saya marah ni. sy nak buktikan apa yg sy buat ini adalah betul. tunggu la korang..
Kutukan dan sokongan ni perlu dlm kehidupan dan perjalanan kejayaan kita. Kalau kita dengar yg +ve jer, nanti kita lupa diri pulak. Bila kita dengar yg -ve, at least kita buat penilaian balik. Kena berterima kasih juga kpd pengutuk sbb mereka yg mewarnai kejayaan kita. Taklah nampak sekata jer perjalanan kita kan. lagikan Nabi SAW pun kena kutuk, maki, dibaling batu, inikan pula kita insan biasa, ye tak?
Betul jugak kata SmartZul, kutukan melambangkan status kejayaan kita.
Kalau hidup kita ni tak pernah kena kutuk, maknanya kita sedang tidak melakukan sesuatu untuk kejayaan… π
Pujian semata tanpa kutukan, ibarat makanan yang tiada masin & masam, hanya manis semata. Akibatnya, gula berlebihan dalam darah, dan kita mendapat penyakit kencing manis. Itulah ibaratnya. Segalanya kena seimbang dan sekata, barulah santapan menjadi nikmat, dan hidup dilimpahi rahmat. Alhamdulillah…
Promosi Pakej Foto Perkahwinan
http://zoomer.fotopages.com/
Semuanya bergantung kpd minda/sikap kita nak ambil positif atau negatif terhadap kutukan/kritikan org trhdp kita.
org berjaya always think positif and sentiasa perbaiki kelemahan diri agar sentiasa lebih baik
kalau saya kena kutuk, saya akan terima kutukan itu, ucap terima kasih, ambil sebagai motivasi, maafkan orang yang mengutuk tu dan GO ON.
saya pernah juga kena kutuk.. tapi semua itu tak pernah melunturkan semangat saya.. masing-masing ada pendirian dan matlamat.. jadi lah manusia yang tidak berhasad dengki.
“saya bantu anda.. jika anda tidak bantu saya tidak mengapa.. janganlah anda berhasad dengki dengan saya”
A’kum..Kutuk? Memang banyak kali kena la. Tak kira dari siapa kawan, family..basically manusia memang macam tu. Bagi saya, lagi saya dikutuk,lagi kuat semangat saya. Apa-apa pun good luck to everybody…biarkan la orang dok asyik mengutuk tu…LIFE GOES ON.
Saya suka biarkan org kutuk, saya suka hidupkan suasana supaya org kutuk saya, sebab buat kerja memang perfect siap ikut time dan hasil yang agak baik dari org lain biasanya…saya dah muak dapat pujian. saya bimbang banyak sangat pujian hasil kerja akan merosot. biar 2/10 mengutuk supaya kita dapat tekanan yang mendorong kerja lebih keras dan azam yang lebih kuat.
tapi kena ingat prinsip saya “gosok dulu luku kemudian”
setuju dengan meor shukri tu…kutuk tu kira benda normal la.
” kutukan adalah lesen untuk berjaya”
selagi kita tak kena kutuk, selagi tu la kita takut dikutuk… tapi bila dah kena kutuk, takdelah sakit sangat seperti yang disangkakan..
apabila kita dah tak sakit kena kutuk maka kita dah kalis kutuk.. kita dah dapat lesen kalis kutuk….bila dah dapat lesen,mudah la nak berjaya….
so, kutukan adalah lesen untuk berjaya….
Terima kasih .saya ada mengikuti seminar di Marriot tetapi saya masih kabur tentang barang yang perlu saya jual. Saya juga tak tau nak bukak akaun macam pay pall dan akaun yang melibatkan pembayaran melalui credit card.Harap dapar memberikan tip ini pada saya.
Boleh tak Komen tentang web saya ni..
TQ
Iliyas@binapuri.com.my
jw_malaya@yahoo.com
buat jahat kena kutuk, buat baik pun kena kutuk. itu memamg lumrah manusia selagi ada mulut kalau tak mengata tak sah
emmmm,saya setuju sangat dengan ape yg cakap…..kite kena beri semangat & kata2 positif kepada org lain sebab pada pandangan saya,bila kita beri semangat pada org sebenarnya kita juga memberi semangat pada diri sendiri…….=)
terima kasih & syabas saya ucapkan pada …
sebenarnya sy baru je dapat tahu website ni..tip2 motivasi terutamanya sangat membantu memotivasikan diri saya,tambahan pulak saya masih lagi menuntut di universiti,,,memang sangat membantu…=)
sy amat kagum dgn pencapaian Sy harap satu hari nt pun boleh berjaya & kita semua sama2 berjaya…
Pada pendapat saya kalau ada org kutuk kita buat bisnes nie…kalau dia kita kan …. kita ke mana dia ke mana …. dia susah mesti dia cari kita balik nya ……. dia kalau nak terjun lombong biar dia terjun lombong seorang2 …… org yg kutuk kita tu kita kaji balik mcm mana pula hidup dia hebat sangat ke dia nak kutuk-kutuk orang …….. asalkan kita buat perniagaan yang halal cukup ….. nak kira apa kan ……
kutuk?pedih gak nak hadapi kutukan ni tapi kalau yang kutuk tu pun 2×5 je..lantak je r yang penting kita tau sapa diri kita sebenarnya,,bese nye orang yang kutuk ni dengki je lebih,,so kite jangan ambil pusing n jadikan kutukan 2 satu semangat untuk bawa kita ke depan….
Jgn terpengaruh dgn apa yg org cakap. org kita hanya suka mengutup. jarang yg nak bagi sokongan. tp kadang2 mungkin ada yg memberi nasihat kerana pernah gagal dalam apa yg dia buat. kalu ketogari camtu maybe dia risau kita juga turut gagal. Tapi kita juga mesti tahu. Tak semestinya juga kita akan gagal. Malah kita belum mulakan lagi pun. Jadi bersamalah dengan org2 yg positif. mina kita juga akan turut op[ositif untuk terus maju dalam apa jua yg kita buat.
Bila kene kutuk….. diam je la.. selalunya orang diam tu bukan bererti mengalah tetapi menyimpan satu semangat yang membara untuk terus maju ke hadapan …. Yang mengutuk pula sendiri mau ingat… pagi petang makan pengat….. dunia ni bulat n berputar ….ada kala di atas ada kala di bawah …….. jadi sama2 la berfikiran positif sebelum mengutuk orang….
Hmm.. Kutuk-ngutuk…
Hmm, dah selalu kena dah.. insya-ALLAH, telinga dan saya dah lali dengan kutukan..
Dan rasanya mana-mana sahabat2 kita yg join mlm insurans ke.., bisnes part-time ke.. start buat bisnes online @ offline, kerja sendiri atau bisnes rugi.. Hmm, lagi menjadi-jadi le kutukan..
Tapi, insya-ALLAH, bila dah semakin berjaya nanti.. silap haribulan yg mengutuk pun join sekaki.
Tapi rasanya yang paling bernilai bila nak mula dari 0.. ‘encourage’.. GALAKAN.. ‘desire’..
Insya-ALLAH, ini yg memotivasikan saya.. Tak ramai pun takpe.. yang penting ada galakan..
Hmm.. mm..
Semoaga semakin berjaya sahabat2 sekalian..
P/s: IK, AlhamdulilLah, saya datang semalam. Cititel, part Google External Kywrd tu memang brmanfaat.. AlhamdulilLah.. dah buat 2 free blog.. Saya doakan IK semakin sukses dalam rahmatNYA, Ameen Ya Rabbal A’lamee.
Salam Semua,
Rasanya dah terbiasa sangatkan topik ni tapi masih ramai jugak yang akan bertanya..pada sesiapa yang menceburkan diri dalam bisnes nak nak bisnes MLM yang ajak ajak orang biasanya kutukanlah yang akan diterima. Anggap jer lah mereka ni S.N.O.B atau kerengga dalam kehidupan kalo kita tengok kerengga yang berada dipohon buah buahan apa yang dia buat dia talk makan pun buat tu tapi bila kita nak ambil dia gigit kita hu hu π
acap kali kita bgerak kearah kejayaan, pasti ada saja org yg akn mgutuk,mkritik serta menafikn usaha kita.
Tetapi anda jgn tpengaruh dn lemah semangat, jadikn kutukn mereka itu sbg batu loncatan pbakar semangat utk mgapai kejayaan….
Tips yang baik….
tq IK π
Salam semua,
Setahun yang lepas, saya juga pernah dikutuk, diperkecilkan dan menerima tohmahan dari pihak tertentu. Semuanya gara-gara memulakan blog tentang perkongsian ilmu. Pada masa tu, memang saya rasa ‘down’ dan hampir tutup buku. π
Teringatkan nasihat yang IK pernah berikan,”jangan pedulikan apa yang orang lain kata, asalkan kita tahu yang kita buat tu positif”,jadi saya teruskan juga.
Walaupun dalam hati terasa berat. Orang yang pernah melaluinya sahaja akan tahu bagaimana rasanya apabila diperlekehkan dan diperkecilkan.
Jika saya berhenti dan tunduk pada kata-kata negatif yang saya terima setahun yang lalu, saya tak akan sampai ketahap ini. Daripada tidak tahu menulis blog, sekarang alhamdulillah sudah menjadi kebiasaan untuk saya.
Di mana saya mempunyai ribuan subscriber dan pembaca setia yang sentiasa menantikan update dari saya. Permintaan semakin bertambah untuk perkhidmatan saya. Semakin hari semakin baik.
Cuba anda bayangkan jika saya berhenti kerana tidak tahan dengan kutukan, tohmahan yang negatif setahun yang lalu, pasti blog saya tidak akan berada pada tahap sekarang.
Kepada rakan-rakan di sini, yang ada terasa atau tidak tahan dengan kutukan, abaikan saja mereka yang mengutuk.
Jika kita usaha dan rajin, insyaAllah semuanya akan terbentang.
Kita perlu terus kehadapan dengan memikirkan yang positif!Kita tahu siapa diri kita.
1,2,3…GO!!! π
***Terima kasih IK!
Memang akan ada mereka yang memberikan pandangan yang negatif terhadap apa yang anda hendak lakukan, ini kerana mereka yang yang memberika kritikan itu mempunyai beberapa sebab kenapa ia tidak bersetuju dengan idea atau apa yang anda ingin kerjakan. Jadi kena berhati-hati dengan setiap perkataan orang.
Bila kita dah bagi laluan mereka tak mahu kutuk/kritik secara berdepan. Kadang tu rasa mcm diri ni betul je, takde salah. Adanya kritikan pun bagus juga untuk kita lebih muhasabah diri. Tapi, masalahnya..takde..camne tu?
Salam.
Pendapat saya ialah lakukan yang terbaik, tetap dengan matlamat dan pastikan kita melakukan perkara yang baik dan tidak melanggar undang-undang.
Orang yang berkawan rapat dengan kita juga penting dan dengan itu perlu cari kawan yang berfikiran positif dan bukan sebaliknya.
Yes, cara terbaik adalah ucapkan terima kasih. Kadang-kadang kutukan mereka membuat kita sedar bahawa perjalanan kita masih jauh dan perlu mendapat kejayaan yang lebih besar. π
Orang yang mengutuk dan mengkritik kita mungkin akan bertukar orang yang paling kuat menyokong dan membantu kita. Contohnya apa yang terjadi pada Rasulullah s.a.w. Saidina Umar r.a pada asalnya mengkritik malah mahu membunuh Rasulullah s.a.w. Tapi akhirnya sebaliknya pula berlaku. Apa yang penting kita doakan kebaikan kepada orang yang mengkritik kita.
orang yang suka mengutuk adalah orang yang suka jahanam kan orang lain….
Yang baik jadikan panduan, yang mengutuk KOSONG tanpa isi, jangan peduli dong
Terus fokus pada bisnes…fokus, fokus, fokus
Perlu tahu membedakan kutukan ikhlas atau kutukan yang mungkin ingin jatuhkan..ngomong sket
Fuh…
Kena tanam perkara nieh.. Kekadang memang mereka nak tgk kita jatuh erk..
Apa pun, semangat dan dorongan dari yg TERSAYANG pun memainkan peranan betoi dak?
What people think about us is none of our business.
Salam Motivasi / Berkenalan..
Saya setuju dengan kenyataan Tuan, kerana mereka umpama batu atau dinding dihadapan kita untuk maju ke hadapan. Disini fungsinya akal dan fikiran untuk mengatasi masalah seumpama nie.
Asalkan perkara kita buat tu halal, jalan jer, buat x tau dah laa. Peduli apa orang lain π .