Bila kena kutuk, apa nak buat?

Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.

Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

  1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! 🙂
  2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
  3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang  akan dapat lihat sendiri).

Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

65 thoughts on “Bila kena kutuk, apa nak buat?

  1. Assalamualaikum..

    Saya rasa bila kita kena kutuk, kita buat je muka biasa. saya rasa itulah rahsia bisnes mamak.

    dulu pernah jadi cashier,kebanyakan indian and mamak yang bayar kat kaunter susah nak jumpa yang cerewet.them made it simple.

  2. biarkan apa yang orang lain mahu katakan pada kita. kadangkala, kata-kata orang menyebabkan kita jatuh, maka biarkan saja asal kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan mengikut landasan yang sepatutnya. tapi ad satu perkara yang memang patut kita kutuk bersama. isu anak yang abai orang tua. tinggal depan sekolah lah, tak mengaku ibu bapa lah. anak-anak yang macam nie memang sepatutnya kita kutuk dan rejam. Peristiwa ini mengingatkan kita pada cerita dongengan rakyat iaitu†Si Tanggang”. Si Tanggang (atau dieja “Si Tenggang”) ialah sebuah cerita dongeng masyarakat Melayu yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhakai ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul Tuhan. Sesungguhnya dalam islam ada menyatakan syurga itu terletak di bawah kaki ibunya. Dalam isu ini kedudukan syurga bukanlah hina tetapi ia menggambarkan betapa tingginya darjat seorang ibu itu. Kemuliaan seorang ibu diangkat sehingga syurga pun boleh berada di bawah kedudukan seorang ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah sabda Baginda Nabi Muhamad SAW. Apapun yang terjadi, ibu tetaplah seorang ibu yang harus dimuliakan dan dihormati oleh anak-anaknya. Sekalipun ibu berbuat salah terhadap anaknya, sang anak tetaplah harus menghormati ibu. Dengan cara yang santun bila ingin mengingatkan ibu bila melakukan kesalahan (Agus Syafie 2009).

  3. sekarang ni kutuk mengutuk dah bukan trend lagi..orang lebih suka mempamerkan kebaikan untuk tidak dipandang serong atau sebgainya..bila berlaku benda ni seolah-olah kita di kutuk sebab x ikut kebaikan dia..sedangkan kalau kita x sebaik dia pun da dikira xpe..x perlu nak terlalu sempurna dlm idup ni..sbb klu nk sempurna sgt pun xyah la nk org lain ikut ssempurna mereka..inilh trend kutukan sekarang..lebih kpd mkn hati..klu sakit dalaman lebih pedih drpd dalaman yang luaran..lebih seni la katakan..

  4. saya memang selalu kena ktuk.. dia owg kata saya bapok lah apala..jual bdan lah.. sebanar tidak… saya tak boleh nak fokus bila belajar.. macam mane yea nak tutup mulut mereka ini yang bodoh sbb suka kutuk owg

  5. kita kena banyak bersabar…kita plir + jngan pkir – bile downg ktuk kita kta just diam..sebap ape yg dwang ckap kdang2 ade btul nye…

  6. Saya selalu ken ejek , diorg kata saya itam ,xcntik tpi saya xkesah , mulut org kan . Tapi saya still leh sbar dengan diorg

  7. Salam semua .
    Kenapa saya selalu kena kutuk apa salah saya ? Kenapa saya dilahirkan di dunia ini , Ya Allah ape salah ku ? 🙂 saya selalu kena kutuk dengan budak kelas say , tapi saya tak boleh nak buat ape2 , saya hanya bersabar allah akan membalas . Mulut org kan biar lah die nak ckp ape psl saya , jnji die puas ? Tpi diorg ejek saya gelap . Ade tak cara2 nak putih kan kulit kat sini ?? Kalau ade pm saya boleh

  8. Salam semua,
    Saya ni jenis yang tak kuat bila di kutuk di tegur.
    lepas di tegur atau pn di kutuk mesti nangis.
    mungkin sebab tak matang lagi dengan dunia luar.

  9. Betul yg saudara irfan khairi katakan,orang yg tidak berjaya memang suka kutuk orang dan orang berjaya tidak mengutuk orang.sebb mereka sibuk tingkatkan kemajuan diri.bila dah senang mulalh kata orang itu ini,macamlah ada d waktu sush dan senang kita.bila d waktu kta tak mampu,cakap itu ini,bila dh mampu,lagi berangin lh hasad dengki diaorg.cakap melebih lebih.ingatlah tuhan dh berikn rezki masing masing,apa yg korg ada,aku takda,apa yg aku ada korg tk da.syukurlah apa yang ada.kejayaan dan kebahagiaan bukn seng nk dpt.usaha tnpa brhnti.janji sedekah di amalkn dan jgn sesekali manusia lain mengetahui.itu lebih afdal.

  10. biarlah apa orang nak cakap nak kutuk nak perli nak hina…yng penting klu kita tk terima segalanya kita kemblikan saja kesemuanya…kita kan punya hak untuk tidak menerima walau sepotong kutukan

  11. BIARKAN…apapun kutukAn o perlian atau kata kata negatif yang dilemparkan jangan disambut biar dibawa angin lalu,kita tahu apa yang kita buat…selgi tk sAlah just teruskan…

  12. nnt Allah swt akan tunjuk kt dorg yg buat kepada kita mcm tu. sabar dan tggu.doakan yang baik2 sahaja kepada mereka walaupun mereka mengutuk kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.