Minggu ini terdapat 2 sesi bicara perniagaan bersama saya, dan 2 lagi mentor jutawan, Abang Abu & Billi Lim. Sekiranya pada tarikh tersebut anda free, di jemput sertai bersama. Keduanya sponsored event, so, tiada bayaran dikenakan.
Biz Talk bersama Billi Lim
“GAGAL Menjual, Berani Menjual” khas bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, gagal dalam jualan, malu dalam jualan, takut hendak menjual dan sewaktu dengannya, sesi yang lepas Pakar Pemasaran Billi Lim berkongsi Rahsia berani menjual kepada peserta. Atas permintaan yang ramai, pada minggu ini Peoplepreneur Business School sekali lagi menaja Bicara Niaga dengan membawa Pakar pemasaran Billi Lim sekali lagi khusus kepada mereka yang ingin menjadi pakar dalam perniagaan.
“GAGAL Menjual, Berani Menjual” oleh Billi Lim
Rabu 31hb Mac 2010
8.00 malam – 10.30 malam
Cititel Hotel, Midvalley, KL
Masuk: PERCUMA
Ditaja oleh PBS
Pendaftaran: SMS name, email, contact number kepada 017-6072100
*********
Bicara WANG & PERNIAGAAN
Bersama Irfan Khairi
Speaker jemputan; Abang Abu
“Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK” oleh IK
&
“Kompas Wang – Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda” oleh Abang Abu
Ahad 4hb April 2010
2.30 petang – 5.30 petang
Hotel Singgahsana Petaling Jaya (belakang PJ Hiltion)
Masuk: PERCUMA
Ditaja oleh StormReaders2U
Saya akan sampaikan topik yang sedang hangat diperkatakan, iaitu “Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK”. Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda boleh menggunakan kaedah yang saya sampaikan ini untuk perniagaan anda. Kaedah yang guarantee akan melipatkali gandakan pelanggan anda dengan cara automatik- tak kira perniagaan apa yang anda jalankan.
Mentor Jutawan Abang Abu juga sebagai speaker jemputan akan menyampaikan talknya yang cukup santai & mencuit hati “Kompas Wang – Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda”. Ramai yang bekerja & berniaga untuk wang, tetapi, ramai juga tidak dapat menyimpan wang yang diperolehi. Sebabnya? Kerana tidak mengikut petunjuk Kompas WANG!.
Sekiranya anda ingin menyertai sesi bersama Irfan Khairi dan Abang Abu secara percuma, sila email kepada sales@rahsiainternet.com
TAJUK EMAIL: “PERNIAGAAN AUTOMATIK KL 4/4”
Serta kan di dalam isi kandungan email:
* NAMA
* Nombor HP
* JUMLAH PESERTA
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
saya berminat nak dgr bisz talk nie..nak kena register ke? harap dapat beri tunjuk ajar.TQ
Say berminat tetapi how to register?
Saya juga berminat nak pergi lagi. Dulu pernah pergi. Biasanya register kat pintu masuk sebelum start.
Alangkah bagusnya kalau saya dapat hadirinya bersama… Tapi, apa kan daya… 🙂
Mari teman berteman bersama saya..
Satu talk yang menarik tapi bagaimana nk register yerk tuan IK banyak juga pertanyaan mengenai register nie..
Tq..
bestnye..klu kat JB, saya sure pegi nye..
bila agaknya nak terbang ke KB tak sabar nak tunggu ni
Saya tolong jawabkan yer..Untuk sessi Billie Lim: SMS name, email, contact number kepada 017-6072100 atau register online at http://www.peoplepreneur.net
Sessi IK & Abg Abu:
Email kepada sales@rahsiainternet.com
TAJUK EMAIL: â€PERNIAGAAN AUTOMATIK KL 4/4″
Serta kan di dalam isi kandungan email:
* NAMA
* Nombor HP
* EMAIL
* JUMLAH PESERTA
Assalamualaikum IK,
Saya pasti datang sekali lagi untuk mendengar taklimat IK walaupun pernah attend kat Hotel Vistana tempoh hari. Mungkin ada tips2 baru yang IK boleh syorkan untuk dipraktikan dan memajukan lagi perniagaan internet ini.
Pada rakan-rakan semua yang ada kesempatan jemputlah datang kerana anda akan mendapat ilmu yang berharga untuk mempertingkatkan daya saing perniagaan internet anda. Bagi saya anda tidak akan rugi kerana ilmu yang dicurahkan amat berharga sekali buat saya.
Shamsul
http://www.kilauankerongsang.com
http://www.mentorjutawanebook.com
http://www.rahsiastormreaders.com