Berubah dalam perniagaan

Berubah dalam perniagaan ada baiknya, ada buruknya…

Baiknya…

Kita lihat perniagaan-perniagaan besar seperti Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola… dan lain lain. Daripada lebih 50 tahun dulu, perniagaan-perniagaan ini x ubah pun dari konsep asal. Maka, jenama mereka sehingga kini menjadi jenama paling utama di dunia…

Buruknya…

Sesetengah produk, perlu diubah mengikut permintaan pasaran dan juga trend.

  • Kalau dilihat dibarat sebelum ini ada kedai video “Blockbuster” (Menyewa VHS di kedai), tetapi, atas permintaan sudah berkurangan & perniagaan Internet meningkat, maka “Netflix” (Menyewa DVD online) telah berjaya mengambil alih jenama tersebut.
  • Cuba juga kaji berapa kali “Pepsi” mengubah jenama dan logo mereka… tetapi, masih tidak dapat mengatasi Coca-Cola.
  • Bagaimana pula konsep realiti TV popular Malaysia, AF… dari 5-6 tahun dulu sehingga kini banyak perubahan telah berlaku, tetapi, permintaan semakin menurun.

Dalam perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang MESTI dilakukan hanya sekiranya PERLU. If it works, don’t change it.

Ada juga usahawan yang tersilap strategi/teknik dalam perniagaan kerana hanya melakukan perubahan perniagaan dengan alasan “to keep it fresh” atau “nanti pelanggan bosan”. Sekiranya ini alasannya, maka, perubahan tidak PERLU.

Ini kerana, dalam membina jenama dan pengikut, sesuatu jenama itu perlu setia pada diri sendiri. Tidak perlu berubah. Seperti jenama-jenama besar di dunia, kita lihat berpuluh-puluh tahun tidak melakukan perubahan.

So, fikir berkali-kali sekiranya anda ingin mengubahkan sesuatu dalam perniagaan anda. Adakah ianya sesuatu yang MESTI?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Berubah dalam perniagaan

  1. Salam IK.

    Pada pandangan saya,banyak faktor yang perlu dilihat untuk mengubah sesuatu perniagaan.

    Ia bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan, permintaan pasaran dan banyak lagi faktor-faktor lain.

    Dalam perniagaan internet,perubahan yang berlaku(pandangan peribadi saya)semakin ramai otai IM mula melibatkan diri dengan mengadakan seminar untuk memberi atau berkongsi ilmu dengan masyarakat di negara kita tentang perniagaan internet.

  2. AlhamdulilLah, syukran Ab Irfan..

    Hmm, saya terfikir, sebab apa usahawan terpaksa ubah brand/produk ikut trend/permintaan pasaran?

    Di mana silapnya..?

    Hmm, saya tercari-cari jawapan.. 🙁

  3. Pandangan saya plak Hisyamden

    Terkadang saya rasa itu ialah tingkatan ilmu, pertama kita belajar, kedua kita buat berjaya, ketiga kita buat lagi..berjaya dan lagi..sampai satu tahap kita rasa kita buat berjaya maka eloklah kita kongsi ilmu yang ada supaya orang lain pun boleh buat dan berjaya macam kita juga.

    Tentang tajuk perubahan ni subjektif juga kengkadang kalo dah terlalu lama tahap perniagaan kita masih kat takat tu jugak..elok lah kita berbuah sikit cth kalo selama ni kita buat offline cuba buat online…dan kalo kita asyik buat online cuba try offline…itupun perubahan jugak selain dari yang Dr bagi tu

  4. Salam penuh ceria IK,

    Perubahan dalam perniagaan adalah kemestian.Tidak kira berubah dari konsep,cara pemasaran dan paling penting produk yang dijual.Keperluan manusia sentiasa berubah.Mahu tidak mahu perniagaan perlu berubah selari dengan keperluan pengguna/manusia. Berubah ke arah perniagaan online.

  5. Yup, kadang-kadang tu bimbang juga jika terpaksa ambil keputusan untuk berubah. Manalah tahu keadaan akan jadi lebih buruk. Tapi yang terpenting kita mesti tahu mengapa dan apa tujuan kita berubah. Dan sebelum berubah, kena buat kajian mendalam pro dan kontra nya..

    TQ IK

  6. Salam,

    Saya lebih berminat kita tetap dengan strategi perniagaan bagi satu tempoh yang tertentu supaya pelanggan dapat mengenali jenama kita dan perubahan boleh dibuat secara minimum dan lebih kepada pemasaran daripada core business.

  7. Salam,
    Produk yang diniagakan perlu berubah samada dari segi kualiti, harga, iklan, pemasaran dan sebagainya sesuai dengan kehendak pelanggan dan suasana semasa.

  8. Salam…salam…

    Orang berubah ke arah yang lebih baik.
    Berubah maknanya tinggalkan yang lama dan berpegang pada yang baru.

    Tapi sanggup ke kita tinggalkan yang lama kalau yang lama tu masih menjadi dan terus menjadi untuk bisnes kita?

    Bukannya apa…takut-takut nanti bila kita ubah, tak sama macam kita terlajak perahu.

    Dah tak boleh nak “undo” 🙂

  9. Salam bro IK,

    [Quote]Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola! dan lain lain[/Quote]..

    Hmm, saya kelaskan kebanyakkan produk yg bertahan lama ni kebanyakkan consumer product.. contoh mudah.. Nestle, Macdonald, dll.. termasuk dalam keperluan asas (makanan, tempat tinggal, perubatan, dll)..

    Tapi IT related majoritinya memang kerap berubah contohnya Amazon.com dari segmented market buku.. terus open kepada home appliances, dll.. Crowd sourcing tools, twitter, dll.. terlalu banyak teknologi baru..

    Mungkin antara sebab, bila banyak kilang-kilang besar di M’sia transfer ke China (retrenhment)… kilang yg segmented market keperluan asas nih masih dapat bertahan kukuh..

    ** Contoh mudah Intel tutup kilang di Penang & running 1 di Kulim..

    p/s: Tak terkejut kalau kilang di China guna konsep ‘dropshipping’.. seller everywhere, tapi supply barang kilang based di China..

    ~ Sekadar pendapat ~

  10. kita yang berniaga ni…kalo nak berjaya dalam perniagaan hati mesti nekad nak buat kerjaya..sebagai niat..jangan cakap tak serupa bikin…jangan hangat2 tahi ayam..di samping buatlah sesuatu yang sentiasa menarik pelanggan dengan apa jua cara asalkan ia halal…

  11. Salam Motivasi dan Salam Berkenalan.

    Walaupun kita telah membina jenama dan dapat bertahan lama tidak semestinya kita perlu melakukan perubahan yang drastik tetapi perubahan perlulah mengikut keadaan yang sesuai dan mengikut keadaan semasa.

    Tq..

  12. Salam.. pada pendapat saya.. perubahan tu kita perlu tengok.. perlu atau tidak.. contoh KFC.. walaupun tetap sama.. tapi kadangkala menunya di kurang dan ditambah.. perlu ikut keperluan semasa..

    Pada sesiapa berminat nak belajar tentang Emas dan Hartanah bolehlah berkunjung ke blog saya..

    Wida
    EmasdanTanah.com

  13. rsanya perlu…

    saya yakin IK sndiri selalu ke sri pentas dan sri pentas akan slalu ada mood baru untuk para kakitangan dan penonton..

    so bila mereka buat perubahan seolah2 mahu bangkitkan satu aura baru..

    bagi saya perubahan itu perlu..mungkin tak banyak…tapi ada sikit laa..

    cuba tgk google..slalu je tukar design pic masa kita nak search..xde je letak huruf GOOGLE statik setiap masa..dan tidak pula
    guna design hruf yg sama dari tahun ke tahun.

    yg penting service yg mantap jgn diubah! 🙂

  14. Dalam Islam, konsep perubahan disebut
    sebagai Hijrah. Pointnya, mesti berubah
    dari yang kurang baik kepada keadaan yang
    lebih baik.

    Setiap bisnes mempunyai naturenya yang
    tersendiri. Kita harus pandai menilai
    bila perlu berubah agar tak tenggelam
    dari pasaran.

    TQ

  15. Salam Bro Irfan,

    Sudi jadi ‘mentor maya’ saya..? Insya-ALLAH, kalau tiada halangan saya nak bermula balik dari sifar.. Dah resign kerja.. nak belajar balik buat perniagaan ‘online’ & ‘offline’

    Mudah-mudahan ALLAH beri petunjuk dan dipermudahkanNYA..

    p/s: Takut juga kalau separuh jalan, or hangat tahi ayam.. Naudzubillahiminzalik..

    p/s: Hmm, ramai rupanya ek, commenter yg dah start biz online.. Kena jump dari offside ke insider, insya-ALLAH..

    ~ Tunjuk ajarku sifoo ~

  16. Bagi saya perkara yang perlu di ubah adalah cara approach itu sendiri.

    Pelbagaikan cara approach…

  17. Salam semua,

    Selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga dengan keberkatan hari maulidur rasul ini kita akan berubah menjadi lebih positif.

    Mengenai artikel yang ditulis bro irfan, Kita lihat contoh jenama adidas. Jenama tidak berubah dengan design garisan 3 line. Apa yang mereka ubah ialah design logo adidas tapi masih mengekalkan konsep 3 line.

  18. untuk melakukan perubahan, perlu mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti waktu sesuai atau timing yang betul. ini kerana timing yang silap juga boleh menyebabkan perubahan iut menjadi sesuatu yang merugikan sesuatu bisnes. anda juga yang berubah dari segi niche, dari skop ebay, kearah MLM “palsu”…ini menyebabkan ramai yang akan mula “bosan” dan mula mempertikaikan kredibiliti mereka.alangkah ruginya. jika ia berlaku..

  19. Terima kasih atas info yang sangat berfaedah. Tidak dinafikan ilmu internet sangat berguna bagi generasi sekarang. Saya pun baru berjinak-jinak dan baru mula mendapat income dari internet. Tak banyak pun takpe, InsyaAlla saya akan berusaha dan menjenguk blog encik Irfan untuk ilmu-ilmu yang lebih berguna.

  20. Pada pendapat saya la kan, ada sesetengah perkara yang perlu diubah dan ada sesetengah yang tak perlu diubah. Sebagai contoh yang perlu diubah, kita mesti mengubah konsep pernigaan kita mengikut teknologi semasa. Kita mesti selalu up to date untuk memudahkan pelanggan membeli-belah di kedai kita seiring dengan perubahan teknologi.

    Manakala yang tak perlu diubah pula, kita mesti kekal dengan jenama kita sampai bila-bila. Mungkin kita rasa tak puas hati dengan jenama kita. Tetapi kita tak tahu yang ramai orang sedang mengenali jenama kita.

    ikhlas,
    DahanRapuh
    http://www.rentakwanita.com

  21. kadang-kadang kita memerlukan juga perubahan minda kerana apa yang kita buat,kadang-kadang dipandang sinis & remeh…Perubahan Perniagaan boleh di buat dan tak semestinya perubahan itu didasari oleh kehendak manusia,pasaran & keperluan…jika menggunakan satu pendekatan sahaja,bermakna tiada lagi penghormatan!!Oleh itu,berubahlah demi kejayaan bersama….

  22. ringkas saja tip drp dr tapi mendalam maksudnya.

    Bg saya, kekadang kita perlu berubah tapi ada masanya kita tidak perlu berubah. Yang penting apa sebab kita nak berubah. Dalam perniagaan, jgn lakukan perubahan hanya kerana terikut orang.

    Mungkin kaedah pemasaran perlu disesuaikan mengikut keadaan tapi keunikan produk perlu dikekalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.