Bersihkan pendapatan perniagaan Internet

Assalamualaikum,

Cuma peringatan buat usahawan Internet beragama Islam, bersihkan pendapatan dari perniagaan Internet (dan juga bukan Internet) anda dengan membayar zakat pendapatan tahun ini. Dah nak masuk tahun 2007 ni azam baru mungkin hendak menambahkan pendapatan… tetapi, pendapatan tahun 2006 jangan lupa untuk bersihkan! 🙂

… ingatlah baik-baik tidak berkurang harta disebabkan zakat & sedekah… ~Hadis Nabi

2 kaedah mengira zakat pendpaatan:

  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun jika pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab… atau
  • 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu jumlah pendapatan kasar daripada semua sumber setahun ditolak perbelanjaan perbelanjaan asasi setahun dan bakinya melebihi daripada nisab.

Insyaallah, pendapatan 2006 menjadi berkat, pendapatan 2007 pula berganda.

ps: Malam nanti kita sambung minggu memulakan perniagaan internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Bersihkan pendapatan perniagaan Internet

  1. Assalamulikum semua,
    Ya betul tu . Apa yg kita ada di dunia ini adalah hak Allah s.w.t. dan jangan kita lupa bayar zakat supaya rezeki kita diberkatiNya. Jangan di pandang ringan bab membayar zakat, lihat saja kedudukannya dalam rukun islam iaitu tempat ke 3 dalam rukun islam yg 5, didahulukan dari mengerjakan haji. Bayarlah zakat pendapatan, simpanan, perniagaan, dlln)apabila melebihi nisabnya.

    Semuga kita umat islam semua dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

  2. Bulan ni memang pusat zakat sebok sket.. ramai sgt org nak bayar zakat.. member saya sampai terpaksa overtime buka kuanter… dah tutup pintu pun org dok datang lagi bayar zakat…

  3. Benar .

    Kita kena faham bahawa dalam pendapatan kita terdapat hak2 orang lain iaitu zakat. Zakat itu sendiri bermaksud ‘membersihkan’ dan ‘bercambah’.

    Semoga tahun 2007, perniagaan kita lebih berkat dan berkembang maju selepas berzakat. Berilah pada yang hak!

    Alhamdulillah, Syukur!!!

  4. saya dengan 100 % sokong dengan berzakat kita dapat menyucikan harta kita dengan jalan yang betul dan allah akan memberi kita keberkatan dalam melakukan setiap pekerjaan
    insyaalah…

  5. Salam

    Niat zakat x boleh sebab nak kurangkan cukai pendapatan. Mesti kerana Allah swt.

    Tertanya-tanya, apa rukun zakat atau syarat sah zakat ni? Boleh sesiapa kongsi…

Leave a Reply

Your email address will not be published.