Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

Bermula 2009, slot saya di Astro Awani dinamakan “Bersama Irfan Khairi” (sebelum ni namanya Wanita & Wang) pada setiap hari Khamis jam 10.30pagi. Dalam slot ini, anda!. YES, ANDA! boleh bertanyakan apa sahaja soalan kepada saya mengenai perniagaan, perniagaan Internet, kewangan, kekayaan atau motivasi. Open table :)Sekiranya anda mempunyai soalan, tinggalkan soalan anda di sini!

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan?

Sebaiknya, jelaskan soalan anda dengan terperinci supaya ianya dipilih untuk dipaparkan di WW Astro Awani, “Bersama Irfan Khairi”.

Stay tune to Astro Awani channel 501 untuk jawapan. Ataupun dapatkan jawapannya apabila saya uploadkannya di You Tube irfanTV!

Anda boleh tinggalkan soalan anda di ruang comment sini atau email info@rahsiainternet.com… 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

  1. First of all, sy mengucapkan tahniah atas satu lagi usaha murni IK((IK-Coaching)untuk membantu ramai lagi usahawan especially org melayu kita untuk berjinak2 dgn perniagaan Internet,really good idea..dan program bersama Awani ni juga tidak kurang hebatnya..Saya berbangga kerana telah mengikuti workshop Internet IK pd 2 Ogos Lepas.
    Dan dikesempatan ini saya ingin bertanyakan beberapa soalan kapada IK,dan jika tak keberatan,saya harap IK dapat mjawabnya di email saya aida6907@yahoo.com. T.kasih

    Soalan : Seperti yang saya nyatakan diatas, saya telah mengikuti Workshop Jutawan Internet IK pada 2 Ogos lepas, sehingga ke hari ini selama 5 bulan (walaupun agak lembab) saya masih study dan study disamping mengikuti Tip 1 minit IK, dan bmcm2 idea datang dan sehingga ke hari ni saya telah dapat 1 idea yang saya rasa benar2 ingin lakukan dan rasanya pasaran pun ok,sy ingin menulis satu e-book dimana saya akan interview somebody(ala2 mcm mentor jutawan), tapi mcmmana caranya untuk nak berurusan dengan tokoh tersebut untuk buat appoinment dan apakah soalan2 yang patut saya tanya? saya sebenarnya sudah ada soalan,ttp saya bimbang soalan saya tu tak sesuai untuk ditanya, maybe it’s something secret, cth mcmmana strategi yang beliau lakukan untuk mdapat ramai prospek? dan Mcmmana saya nak memperkenalkan diri saya, cth: “Saya aida dari________? saya ingin menulis sebuah buku…… jadi saya mahu menemubual tuan/puan untuk di masukkan kedalam buku saya.” mcm ni ke?

    Saya harap IK dapat mmberi sedikit idea dan bantuan untuk saya melaksanakan idea saya ini. T.kasih sifu..

    http://www.aida6907.blogspot.com

  2. Maaf, lagi satu soalan saya, Jika saya hantar penulisan saya ke publish cth, Azizi Ali,dan setelah dipasarkan, boleh ke saya jadikan penulisan saya tadi mjadi e-book?
    T.Kasih

  3. Abg Irfan memang best ah abang kat astro.siara yg abang ckp tu saya akan tgk kalau abang kuar je.kalo org lain saya tak tgk pon..haha.ape2 pon
    tahnih ya abang irfan.semoga banyak lagi yg abang akan hasilkan.

    satu lagi..abang tak nak berlakon ke?napelah pengarah tak terfikir nak ambik abang jadi pelakon.cuba tengok cerita Awan Dania dekat astro.crite tu dapat ranking tinggi tau.pasal kejayaan jadi pramugari dan Scha pelkon utama pon merupakan pramugari dulu.

    so saya yakin ade nyer cerita sal jutawan tenet by abang irfan mesti meletup2 jugak dan ini akan lebih beri kesedaran tentang org ramai sal perniagaan internet ni.

    kan?kan?abang setuju tak?alah skg dah ade band nyanyi ti slow2 lah jadi pelakon lak.cayalah!

    p/s:abang irfan saya ade hantar pertanyaan dekat info@rahsiainternet harap dapat blas nanti.
    thanks! 🙂

  4. Assalammualaikum IK,
    Saya Faizi dari Batu Pahat, Johor dan juga dari rahsiasoho.com ingin meminta pandangan IK, apakah dorongan motivasi yang boleh IK berikan kepada para usahawan sama ada yang baru atau sudah lama bertapak dalam arena keusahawanan agar mereka dapat mengharungi keadaan ekonomi yang dijangka sukar akibat daripada tempias kelembapan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang?

    Yang kedua, Adakah IK optimis dengan masa depan perniagaan dari kediaman atau SoHo memandangkan kos sara hidup yang semakin mencanak naik tambahan pula gaji tak naik-naik?

    Ketiga, berkenaan perniagaan internet dan produk digital. IK ada menyatakan bahawa produk informasi merupakan produk digital yang terhangat di pasaran seperti e-book. Adakah ini bermakna produk-produk digital yang lain seperti e-novel, e-zine, e-comic, software-software or online game tidak akan mendapat sambutan hangat terutama sekali untuk pasaran Malaysia? Sekian, terima kasih.

  5. Assalamualaikum IK,

    Saya seorang surirumah sepenuh masa, menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dirumah atas rasa minat yang mendalam dalam bidang ini. Saya bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri dalam bidang perkhidmatan tersebut.

    Soalan saya ; Apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan dalam mencapai cita-cita tersebut?

    Terima kasih.

  6. Wah, menarik ni. Irfan akan jawab secara percuma je. Dapat masuk astro awani lagi.

    Saya juga ada satu soalan di sini. Pernah tak Irfan menjalankan perniagaan produk fizikal melalui internet? Maksud saya seakan-akan ebay. Atau pun ia masih dalam perancangan untuk masa hadapan? Dan bagaimanakah cara yang betul untuk menjalankan perniagaan tersebut? Tq.

  7. soalan macam ni boleh tak?
    Saya seorang yang buta IT.Saya tinggal hulu kampung dan boleh juga di katakan tempat jin bertendang.Selama ini perniagaan tangkap gambar saya hanya di lakukan melaui pemasaran mulut ke mulut.Dimana saya patut bermula jika saya berminat menggunakan internet sebagai medium perniagaan.

    photographer amatur
    http://fotoharian.blogspot.com

  8. Wah.. ini satu lagi berita baik buat pengunjung tip 1 minit. saya nak beberapa tanya soalan:

    1.Apakah langkah yang perlu saya ambil untuk memulakn blog sendiri?

    2.Biasanya nisbah pengunjung yang datang dan yang sudi berkongsi pendapat adalah dalam 1:10.
    Jadi bagaimana nak menarik pengunjung supaya berminat memberi pendapat di blog kita?

    3.Bagaimana nak buat supaya pengunjung selalu datang ke blog kita dan tidak berasa bosan dengan blog kita.. maksud saya pengunjung sentiasa berasa ternanti-nanti sesuatu yang baru di blog kita..

    http://www.buatlamanweb.com

  9. Wahh.. Tahniah IK sbb dpt lg bt siaran di TV. Senang la para usahawan yg br nak naik lepas ni. Wish u all the best 🙂

  10. Ok! 4 soalan telah di pilih untuk program sebentar nanti 🙂

    Kalau ada lagi soalan, jangan malu jangan segan… untuk program2 akan datang pula. Soalan yang tak dipilih, bukan bermakna tidak dipilih langsung… mungkin akan digunakan juga untuk episod2 akan datang 🙂

    Terima kasih,

    -ik

  11. saya telah mendengar ik pada ww mengenai potensi pniagaan pada tahun 2009 ini salah satu saranan anda adalah produk kesihatan. Saya adalah pengedar produk makanan tambahan dan produk menguruskan badan. Jadi soalan saya adalah :

    Bagaimana saya ingin memasarkan produk kesihatan saya dalam internet sama ada dalam msia mahu pun luar negara?. Saya berhasrat untuk menjadi pembekal jadi apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan dan perkataan atau ayat yang bagaimana dapat menarik pelanggan untuk mengunjungi web kita.

    Ini kerana saya mendapati produk kesihatan terlalu banyak persaingan baik dari produk tempatan mahu pun luar negara tetapi ianya mampu memberikan keuntungan. Buat pengetahuan anda saya tiada kepakaran dalam membuat laman web, portal atau blog.

    tq

    arkuantan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.