Istilah mat salleh berbunyi “Stop Living In The Past… Start Living in The Future”
Maksudnya, sering fikirkan masa hadapan. Abaikan apa yang telah berlaku semalam, minggu lepas, bulan lepas dan tahun lepas- walaupun ianya adalah kejayaan.
Segala yang lepas, bukannya anda boleh ubahkan lagi. Tetapi, anda boleh ubahkan masa hadapan anda.
Saya sering abaikan pencapaian saya yang lepas. Sebab itu sering saya usahakan pencapaian yang baru!
ps: Malam ini, Khamis 31hb Januari, terdapat taklimat MIBO “MIBO Discovery” akan diadakan di Hilton KL (KL Sentral) jam 8.00mlm – 10.00mlm. Bagi anda yang berminat untuk mengikuti taklimat MIBO, jangan lepaskan kali ini… (2 hari lepas diadakan di Klang, ramai yang hadir & join MIBO- walaupun hujan lebat!)
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Atau dalam bahasa melayu nya..
“Yang Berlalu Biarlah Berlalu”
Tapi bunyinya agak sedih sedikit sebab di petik dari ama di tv.(Sering kedengaran bila seseorg menyesal)
Pada pendapat saya, seseorang itu bukan di ukur pada pencapaian dia pada masa lampau, tetapi apa yang berjaya dia peroleh pada masa sekarang dan perancangan dia pada masa akan datang.
Tetapi masyarakat kita suka memandang serong terhadap mereka yang mempunyai sejarah yang tidak baik. Adakah sifat ini sesuatu yang baik demi mengelakkan orang melakukan sesuatu yang buruk ataupun ia adalah sesuatu yang tidak baik kerana tidak memberi peluang kepada org lain yang ingin memulihkan kehidupan dia.
Walau apa pun keadaannya, jangan jadikan ia satu alasan untuk berhenti dari mencapai apa yang kita impikan ^^
Memang mentaliti masyarakat kita jarang mahu melupakan perkara-perkara yang lepas,baik yang baik mahupun yang buruk.
Jika yang baik ,masih terawang-awang kenikmatannya…memanglah kadang-kadang kejayaan yang di kecapi itu memang jerih untuk dicapai….penuh keringat malah air mata juga.
Manakala perkara yang lepas pula,kekadang itu masih menimbulkan prejudis masyarakat..jadi jika yang tak ‘kebal’ mudah luntur perasaan dengan tohmahan malah kritikan juga.
So,nak selamat…pendirian harus teguh dan hati kena keras.Jangan sesekali memandang ke belakang lagi.Kegagalan mahupun kejayaan tak semestinya berulang kalau kita sendiri tak memikirkan dan cuba mengubahnya hari ini seterusnya esok….dan esoknya lagi….
Irfan setuju ker??Kalau setuju saya buat blog motivasi ye…
Setuju..!!! barang yang lepas usah dikenang..kalau dikenang tentu menangis.. (kata lirik lagu P Ramlee)
Cuba lihat masa depan dari sudut minda perniagaan internet.
Cuba fikir perniagaan internet apakah yang laris pada masa depan.
Fikir perkara seperti ini adalah lebih baik daripada anda bersedih kerana kegagalan perniagaan internet yang lalu.
Kaji kenapa anda gagal pada masa yang lalu…dan baikinya.
-TakLaku.Com-
Menarik istilah mat saleh ni. Sentiasa meningkatkan prestasi diri dari hari ke hari.
Salam kasih sayang,
Yang lepas tak boleh diubah lagi, tapi ia boleh menjadi asas pencapaian lebih baik di masa depan.
Bersyukurlah apa saja pencapai yg lepas, pasti Allah akan gandakan yg lebih baik lagi.
Banyakkan berdoa semoga apa jua kegagalan atau kesedihan supaya diberi ganjaran pahala dan digantikan yg lebih baik lagi SEKARANG. Ia benar dan pasti berlaku. Kita pasti akan memperoleh apa jua yg kita percaya, hanya masa menentukan cepat atau lambat.
PANTUN ” Berhenti hidup dalam masa lalu!”
Kalau tuan pergi ke Tanjung
Kirim saya sehelai baju
Kalau tuan menjadi burung
Saya menjadi ranting kayu
Kalau tuan pergi ke Tanjung
Belikan saya pisau lipat
Kalau tuan menjadi burung
Saya menjadi benang pengikat
Kalau tuan pergi ke laut
Pesan saya ketam jantan
Kalau tuan menjadi pulut
Saya menjadi kepala santan
Kalau tuan pergi ke laut
Carilah saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi bunga cina
Kalau tuan pergi ke laut
Carilah saya ketam bertelur
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi bunga melur
Kalau tuan pergi ke Kelang
Saya hantar sampai ke Linggi
Kalau tuan menjadi helang
Saya menjadi kayu tinggi
Kalau tuan pergi ke Langat
Saya mMenanti di batu sembilan
Kalau tuan menjadi mayat
Saya menjadi air sembilan
Jikalau tuan mencari buah
Saya pun mencari pandan
Jikalau tuan menjadi nyawa
Saya pun menjadi badan
pendapat saya…sejarah silam atau pencapaian semalam tak boleh dibiarkan begitu sahaja,tetapi haruslah di kaji untuk mencapai kejayaan di kemudian hari
Saya ada baca buku rahsia minda jutawan. Disitu ada mengatakan minda seorang jutawan sering fokus pada masa hadapan mereka manakala minda orang miskin pula hanya tertumpu pada kisah-kisah lampau yang mana tidak memberi 1 pun manafaat kepada mereka.
Jadi apa yang dikatakan oleh Abg Irfan tepat, peristiwa lalu hanya tinggal kenangan yang tak boleh kita ubah.
Pada pendapat saya, yang lalu biarlah berlalu dan bersedia mengharungi masa depan kerana disitulah kebahagiaan kita berada.
Terdapat 3 golongan diatas muka bumi ini iaitu orang yang berjaya, terpedaya dan rugi. Orang yang berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Orang yang terpedaya pula adalah orang yang hari ini sama seperti sebelumnya dan orang yang rugi adalah orang yang hari ini lebih teruk dari kemarin.
Fikirkanlah dimana kalian tergolong daripada 3 golongan ini…
betul kata-kata anda..yang berlalu tidak boleh berpatah kembali. yang lepas biarlah lepas..
Jadikan semalam sebagai kayu pengukur kebolehan kita, kalau semalam kita dah capai sesuatu yang membanggakan, pastikan esok dan seterusnya kita akan mecapai lebih baik dari itu.Jangan leka dengan satu pencapain sahaja…keep improving yourself….
p/s: Nota Jutawan Nota Motivasi (NJNM)dah pun diterima. Thanks! NJNM memang menarik dan terasa nak baca lagi even dah baca beberapa kali 🙂
smlt pg irfan,
bagi saya, kalau nak lupakan terus memang sukar…
apatah lagi kalau kegagalan…
memang perit…
tapi memang betul…buat apa nak kena-kenakan benda yang lampau…
yang penting, hari ni lebih berjaya dari kelmarin…
han
Assalammuaalaikum, Sy pergi dgr MIBO kat KL Hilton.. Memang best.. Tapi sedihnya Irfan tiada pula.. Rasanya ada interview kat radiokan??
â€Stop Living In The Past! Start Living in The Futureâ€
Pada pendapat saya, berhenti menjalani kehidupan seperti mana hari semalam dan jalanilah kehidupan yang lebih baik untuk hari ini dan masa hadapan.
Saya bersetuju sangat dengan ecaros yang menulis pasal yang kesimpulannya menjurus kita menjalani kehidupan yang lebih baik untuk hari ini, esok dan akan datang.
ustaztajwid
Betul! Perkara dah berlalu. Tapi pd pendapat saya KADANG-KADANG `Regret`-penyesalan atas kesilapan atau kegagalan lalu tu perlu utk `Review` balik kesilapan kita untuk tujuan `Rebuild` cita-cita,usaha kita..barulah kita jadi lebih menghargai pengalaman…
Assalamualaikum Irfan..
Tq for the tips above, memang tepat sekali.
*Sy tak pg ke Hilton (walaupun hanya di sebelah hotel tpt keje sy je) semalam sbb dgr Irfan kat radio ikim…:-)
Betul
Tak guna kalau terikat dengan perkara yang dah berlalu
kalau kita terlupa makan nasi bungkus semalam
sampai nasi tu jadi basi
tak guna kita dok susahkan hati ingat perkara tu
bukannya dapat balik nasi tu
jadikan pengajaran
agar terus makan nasi yang baru dibeli
jangan sampai basi
nanti rugi RM1.20
betul tu. yang berlalu tu biarkan ianya berlalu. jadikan ianya sebagai kenangan. apa yang boleh kita boleh baiki or upgrade kita baiki. yang tak boleh tu kita jadikan sebagai pengalaman yang boleh di jadikan kenangan. yang pasti pekara past tense ni kita dah takleh nak ubah balik dah.
saya tak dapat hadir taklimat MIBO Discovery sebab ada interview di Radio IKIM 🙂 Terima kasih kepada Ustaz Zamri kerana menjemput di radio IKIM.
aisieyy..terlepas nk gi sekali…:(
okeyh.. selamat maju jaya bro irfan :p
Selepas dah cukup 1000 ada lagi tak tawaran ini
bole tumpang kot? mana tau ada bersesuaian sikit dengan topik ni: antara yang boleh dgambarkan bersama2:
Those who cannot remember the past are condemned to repeat it, (the best prophet of the future is the past and at the same time 1 tell u the past is a bucket of ashes,be smart! ), (they never die, who have the future in them) ,(as long as I have a want, I have a reason for living. Satisfaction is death)