Satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri… dan orang lain!
PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, lawati http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Aie/Cik Jay di 03-77292277
Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling ada, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan peting berikut:
- Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain?
- Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
- Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini- lokasi? pasaran berbeza? harga?
- Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakaha halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.
Terbaiknya, selepas berdialog dalam kepala, catitkan segalanya dalam buku idea anda dan bukan hanya berdialog dalam fikiran sahaja. Dapatkan buku khas untuk idea, dan tuliskan idea-idea dan dialog seperti di atas supaya ianya menjadi lebih jelas. Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!
Selalunya, kepala menjadi celaru dan tidak fokus bila kita tidak menulis apa yang difikirkan. Kesemuanya tersimpan dalam kepala sahaja. Kali ini, pindahkannya ke dalam buku idea anda!
Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak- sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri! ๐
Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda- tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain… tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera! ๐
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial juga membantu peserta dalam mencari idea perniagaan Internet yang terbaik untuk andaย – berdasarkan minat, permintaan dan kurangkan pesaingan. Sekiranya anda beminat untuk menyertai pengambilan terbaru yang akan bermula tidak lama lagi, dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran di sini. Atau hubungi 03-77292277 dan bercakap dengan Cik Aie atau Cik Jay. Cepat oleh kerana kelas akan bermula!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
dalam peniagaan saya selalu meletak diri sebagai org ketiga sama ada sebagai pelanggan atau orang ramai. saya akan kenalpasti kelemahan, baik buruk idea saya dan sebagainya dengan cara tersebut
jika anda meletakkan diri sebagai orang ketiga dengan senang anda akan dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan peniagaan anda.
terima kasih untuk tips saudara irfan di atas
Kaedahnya macam menjalankan analisis SWOT ke atas diri sendiri bila hendak memilih sesuatu perniagaan untuk diceburi.
Di antara kelebihan lain jika kita sentiasa bercakap dengan diri sendiri ialah
1) menyebabkan format berfikir dalam akal fikiran kita lebih tersusun dan teratur, mengikut keutamaan untuk kita lafazkan di mulut. Hasilnya, percakapan kita lebih tersusun, jelas dan menyakinkan para pendengar.
Bicara kendiri memang teknik yang bagus untuk perkembangan diri dan apa juga yang kita buat.
Terima atas artikel menarik ini IK.
Saya pernah membaca artikel yang menjelaskan bagaimana Apple mengeluarkan produk mereka – mereka tidak melakukan ‘focus group'(satu pendekatan popular untuk mengetahui kemahuan pasaran).
Mereka percaya dengan idea mereka sendiri dan mahu menentukan sendiri arah tuju pasaran tanpa menganalisanya terlebih dahulu.
Mungkin kaedah ini ada baik dan buruknya tetapi Apple berjaya menggunakan strategi begitu berkesan.
Bagi kita, ada baiknya kita minta pendapat orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana idea awal kita boleh berkembang. Yang penting (seperti ungkapan penutup IK) ialah kita perlu percaya pada keupayaan diri sendiri untuk menghasilkan idea-idea bisnes bernas.
Di antara cara lain untuk berdialog yang terbaik ialah “berdialog” dengan Allah swt, terutama di waktu malam
banyak berfikir itu bagus dan lebih bagus jika melaksanakan apa yang difikirkan secepat mungkin. boleh jadi idea mengarut tu ramai orang suka..
setuju…saya sering jadikan third point of view sbg cara nak dptkan idea untuk menulis di blog dan bisnes online saya..
Kunci kejayaan sesebuah perniagaan terletak pada kepercayaan peniaga itu sendiri terhadap produk yang mereka jual. Pandangan dari pihak ketiga itu penting tetapi yang lebih penting adalah pandangan peniaga itu sendiri terhadap produk yang di jual. Ramai peniaga kita terutama bumiputra yang belum setahun jagung berniaga sudah gulung tikar akibat krisis kepercayaan terhadap produk yang di jual. Akibatnya, mereka beralih ke perniagaan lain dan bermula lagi ‘devil circle’ ini. walahualam.
Daripada pengalaman, nak cari idea untuk jawab soalan ‘nak buat perniagaan apa?’ ini merupakan satu cabaran yang agak sukar sebab terlalu banyak idea melintas dalam kepala dan terlintas depan mata.
Nak kena ada satu teknik filter idea yang sesuai utk diri sahaja diketengahkan…
Terima kasih atas perkongsian di atas. Banyak manfaatnya.
Assalamualaikum..boleh saya tau perniagaan ape yg baik buat mase kini..kebuntuan memikirkan hal ini..mohon bantuan sangat2…