Sekiranya anda menjalankan perniagaan (tak kira perniagaan Internet atau bukan Internet), berapa peratuskah keuntungan anda dilabur balik untuk promosi perniagaan?
- 10%?
- 20%?
- 30%?
Menurut J Conrad Levinson, pakar perniagaan ‘Guerrilla’, sebaiknya anda melabur 20% keuntungan perniagaan anda kembali kepada promosi. Kalau untung RM5,000 terus laburkan RM1,000 untuk tujuan promosi mengembangkan perniagaan.
Anda bagaimana?
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih. Satu ilmu baru saya dapat pelajari hari ini. Ramai usahawan kita hanya memandang keuntungan semasa berbanding pelaburan untuk masa hadapan.
Ahmad Azal Afarok
http://www.binausahawan.com
saya selalunya 10% je…
10% lagi simpan
Selalunya saya akan memperuntukkan 20% ke arah pemasaran.. Ia secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap keyakinan pembeli untuk mengenali jualan kita.. Pemasaran juga terlalu penting bagi saya..
salam IK. bercakap mengenai promosi dan pelaburan, secara umum, peniaga Melayu amat kurang menitikberat aspek promosi dan melabur utk tujuan promosi. Bahkan, pelaburan terhadap perkembangan diri (spt hadiri kursus/membaca) juga bukan menjadi keutamaan. Pernah saya bertemu SME Bank, kata mereka, kursus percuma yg disediakan bank juga tidak menarik minat peniaga (apatah lagi yg berbayar).Spt pepatah, kita akan dapat spt mana kita beri. Masa serta pelaburan yg dibuat akan memberi pulangan pastinya(samaada segera ataupun dimasa hadapan).
salam.Syamsul.
Saya akan laburkan 20-30% utk promosi kerana promosi yg berkesan akan meningkatkan lg keuntung perniagaan kita berlipat kali ganda. 🙂
Ada strategy dia… pada permulaan perniagaan, memang perlu laburkan banyak kepada promosi terutama untuk bagi orang ramai kenal perniagaan kita.
makin lama, makin kurang RM dilaburkan pada promosi.
tapi, jangan sampai ada penurunan perminataan… maka kena tambah balik promosi 😉
Antara 15%-25% adalah baik untuk turun naik…
-IK
Saya reinvest 30%-40% utk promosi..Perniagaan di peringkat permulaan memang kena banyak invest untuk promosi..kalo tak, bila nak maju..
Salam,
kalau begitu pd permulaan memang perlu byk keluarkan modal ditambah dgn istiqamah dlm melakukan kerja, gud tips..tq bro IK
Salam kasih sayang,
Tq,
Tip amat berguna untuk peniaga semua. Dan jgn lupa juga, 10% utk sumbangan amal jariah serta 10% utk ibu bapa..
Semoga diberkati. Amin
dalam konteks perniagaan yang kecil..promosi di kalangan rakan- rakan terdekat amat penting. Rekemen member-member. Sekiranya company besar..bugjeting mesti dilakukan terlebih dahulu.. 😀
Salam IK,
Terima kasih kerana berkongsi strategi ni.
Saya sering terbaca yang promosi berterusan amat perlu.
Tapi baru hari ni saya tahu berapa peratus pembahagian untuk promosi diperlukan:)
Selama ni saya tak pernah terfikir nak labur balik duit keuntungan saya.Rupa-rupanya ni lah faktor pendorong kejayaan. Saya akan praktikkan selepas ini 🙂
Ya.. sy amat bersetuju dengan statement tersebut. Itulah yang sy amalkan dalam physical business sy dari masa penubuhannya hingga ke sekarang ini (sejak 3 tahun lalu). Pada sy pelaburan kepada iklan atau promosi amat penting. ia merupakan ‘life blood’ kepada satu2 perniagaan. Salam
Terima kasih, ilmu yg amat berguna. Tapi jarang sekali dipraktikkan, termasuklah saya …..
TQ Irfan… Tips yang sgt bijak. Sy akan praktikkan…
saya amat gemarkan promosi pengiklanan di internet dan saya melaburkan 15% dari keuntungan kembali kepada promosi.
Promosi penting dalam perniagaan. Berapa? 10%-20% adalah terbaik tetapi bergantung kepada kemampuan dan jadual promosi secara berkala berdasarkan produk atau perkhidmatan yang kita sediakan. Ianya juga bergantung kepada bentuk promosi sama ada aktif ataupun pasif. Kita tentukan sendiri mengikut keadaan semasa.
kekadang rasa macam rugi nak gunakan duit buat promosi… tapi rupanya itulah penyumbang kejayaan perniagaan, so mulai sekarang saya perlu ubah persepsi yang salah tu.
ermm… memang baik
cuma saya sendiri tak tau berapa peratus
yang dilaburkan balik
takde perancangan
itu kelemahan saya
duit disimpan beku
atau beli stok saja
Saya biasanya laburkan keuntungan saya untuk promosi.Walaupun tidak ada angka yang khusus, tetapi promosi mesti saya buat.Walaupun kurang pembeli,tetapi opt-in list yang saya dapat semakin bertambah… ianya pelaburan jangka panjang 🙂
Tips ini memang menarik, sebelum ni memang saya tak tau pun pasal berapa peratus dari keuntungan utk. di laburkan semula untuk tujuan promosi.
Pendapat saye, antara 15-25%.
Kalau perniagaan sgt2 menggalakkan, sampai 25% adalah lebih baik. Pulangan pun berganda2. Sebab mase untung la ade rezeki lebih nk tambah pelaburan.
salam…saya lagi la teruk.x pernah masukkan dlm bugget.main hentam saja.last2 semua apa yg saya usahakan sederhana saja feedbacknya.terima kasih kerana maklumat yang berkesan ini.insyaallah saya akan ikuti program anda di astro dan radio 24
Walau apa yang terjadi, iklan dan promosi untuk perniagaan mesti ada terutama mereka yang terlibat dalam bisnes internet..
orang takkan tahu tentang product kita kalau kita tak iklan.
Sham
http://www.PanduanAdwords.com
15-20% utk marketing gitu.
tapi jangan tiada target market.. susah juga
macam contoh :
menjual torchlight kepada org buta…rugi juga…
kalau jual tongkat pada org buta.. baru kena gaya 🙂
Saya pula masa mula2 dulu, saya laburkan kesemua keuntungan pada pemasaran.. sekarang ni saya laburkan 50% untuk pemasaran..
Marketing dan promotion is the big chuck in all business dan business internet pun begitu juga.
Banyak masa kita selalunya ditumpukan kepada marketing dan promotion.
Ambil saja mcdonald sebagai contoh. sebuah syarikat yang besar dan semua orang tahu mcdonald tetapi mereka masih ketepikan $8 juta setiap tahun untuk promotion dan advertisement.
Kalau mereka berhenti membuat advertisement, semua orang pun mesti masih ingat mcdonald tetapi mereka tidak mahu competitor seperti burger king atau lain lain to take over the market.
Bagi saya, 25% to set aside untuk promosikan product kita adalah yang baiknya. The more your promote, the more you will gain if you do it correctly.
Zacky
10-30 percent untuk promosi. Sebab apa? Kita akan tahu bahawa biasanya keuntungan akan melebihi 200% jika promosi kita berkesan. So, takde masalah nak kuar duit lebih untuk promosi..
Pelaburan..pelaburan…pelaburan…Untuk berjaya kita mesti melabur.Tapi melabur biarlah kena pada tempatnya.Kalau kena gaya pelaburan kita akan menghasilkan pulangan yang lumayan dan berbaloi.Tahniah.Anda adalah idola saya.
saya mengeluarkan +rm1000 untuk mempromosi peroduk saya diakhbar(jika anda perasan)berkenaan manual membaikpulih hp dan berkenaan perniagaan telekomukasi.serta membina web(blog sahaja)http://ecomdynet.blogsport.com.Alhamdulillah untuk minggu pertama tempahan yang saya terima dari kedua-dua promosi ini hampir mencecah RM10000(mcm x percaya tapi itu benar berlaku).jadi jangan takut untuk mengeluarkan budget untuk promosi produk kita.tapi paling penting persediaan yang kemas dan rapi.
thanks utk semua..sebelum ini pn sy kurang arif tentang hal ini
10-20% promotion
10 % sodaqoh ,donation
Baru saya tahu…promotion+promotion+promotion
patutla bisness saya tak berjalan.
+
Setiap harta yg kita ada ada seditkit bahagian untuk orang lain -maka jgn lupa bersedekah.
syamsul
pernah pegi kursus keusahawan di SME bank ke?? saya bukan staff sme bank tapi dulu kami sama bwh MECD…
org2 kita mmg kebanyakan nya gitu le. malas membaca- tip 1 minit pun free tapi mesti ada org yg tak nk gak ambik peluang ni :D, pegi kursus.
sama gak klw kita jual sesuatu produk,diaorg tak nk ambil tau psl produk sgt – baca detail kat flyer, blog dll. tapi nk kita yg terangkan segala2nya kat diaorg. sbb tu ada sesetgh mudah tertipu.
sesuatu perkara baru yang sya pelajari.. sy amat meminati usahawan internet.tapi tak tahu nak mulakan dari mana.. ada sapa-sapa bole membantu tak??