Untuk perniagaan kecil-kecilan, seringkali kita lakukan segala-galanya sendiri. Dari pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan juga kerja-kerja promosi perniagaan. Seringkali juga, perniagaan kecil-kecilan yang kita jalankan, tak berkembang-kembang. Tetap pada satu tahap sahaja.
Mengapa ini berlaku?
Sebabnya adalah sindrom tak mahu “lepaskan” dalam perniagaan! Ertinya, sebagai usahawan kecil-kecilan, kita hanya yakin bahawa segala-galanya perlu dijalankan sendiri, baru perniagaan kita sempurna. Tak mahu “lepaskan” kerja yang kita lakukan kepada orang lain untuk membantu perniagaan. Jadi, apa yang berlaku adalah, perniagaan kita yang “one-man-show” tetap menjadi “one-man-show”.
Mungkin kerana rasa “takut” kalau upah orang lain buatkan, kerja tak menjadi sempurna. Ataupun “risau” kalau ada pekerja, nanti pekerja tipu kita. Atau “tak berani” tambah pekerja sebab fikirkan perlu tambah juga perbelanjaan untuk membayar pekerja.
Berbagai-bagai sebab dalam perniagaan kita tidak mahu “lepaskan” sesetengah kerja kepada orang lain, dan ingin melakukan kesemuanya sendiri. Akibatnya, perniagaan kita tidak akan berkembang oleh kerana masa kita seornag adalah terhad.
Belajar untuk “lepaskan” beberapa kerja kepada orang lain. Kembangkan perniagaan anda dengan mengagihkan kerja. Outsource kerja-kerja yang orang lain boleh lakukan untuk anda, supaya anda dapay fokuskan tenaga dan minda anda kepada perkara yang lebih penting dalam perniagaan- iaitu mengembangkannya.
Sekiranya kita tidak belajar untuk “lepaskan” perniagaan kita, maka, sampai bila-bila perniagaan kita akan terperangkap dalam satu keadaan sahaja. Perniagaan terperangkap, masa kita juga akan terperangkap.
So, learn to let go! Belajar untuk “lepaskan” dalam perniagaan 😉
ps: Satu cara untuk “lepaskan” sesetengah kerja kita dalam perniagaan adalah menggunakan strategi perniagaan Internet di mana kita boleh gunakan medium internet dan perisian internet untuk menjalankan sebahagian dari perniagaan kita secara automatik- seperti promosi perniagaan! Ingin tahu caranya? layari http://www.OpenEdu.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
tepat skali apa yg IK kata. saya sokong 100%
Memang benar tu, kadangkala rasa macam nak buat semua kerja dan sikap ingin pulun semua benda dan jarang nak agihkan kerja pada orang lain. Terima kasih di atas tips yang berguna ini ,diharap saya akan lebih maju pada tahun ini dan cuba untuk mengagihkan kerja supaya dapat fokus pada kerja tertentu sahaja.
Bagaimana dgn bisness yang melibatkan bakat,contoh penyanyi…pelukis.Macam mana nak outsource bisness begini?
saya lebih suka outsource perkara yang saya kurang mahir tentangnya dan saya sendiri fokus perkara yang saya mahir.
Hai Geng,
dengan memberi upah kpd org lain dgn mengikut jadual yg kita tetapkan ini menyebabkan kerja-kerja kita berkurangan dan dapat menghasilkan keuntungan berlipat ganda.. Sebagai contoh yg diberikan oleh Tuan IK iaitu Perniagaan Internet…
saya rase ada betulnya,
tak kira ape jua jenis bisnes,
kecik atau besar, sifat ini perlu
diterapkan..
betul. kita kena belajar cara untuk melepaskan..
Salam IK,
memang betol apa yang diperkatakan tu, saya sendiri dah 4 tahun dalam bidang photography, rasa tak berkembang! mungkin sebab saya one man show.
Terima kasih diatas perkongsian ini. TERBAIK! =)
yours
SH
Betul jugak, tapi kadang kala org perlu experience untuk “lepaskan” kerja bagi org lain….really depends.
Salam Dr Irfan..
memang betul pun. selain dari membantu, perniagaan kita akan bertambah mudah, teratur dan kita makin bersemangat untuk maju.
Terima kasih atas info ni. Betul tu, belajar untuk lepaskan agar kerja menjadi lebih mudah dan sempurna.
Salam IK,
Saya setuju sangat jika kerja diagihkan kepada orang lain.
Membuka peluang pekerjaan untuk golongan penganggur 😉
betul, selain dapat income lebih kita juga dapat pahala sebab tolong orang dapatkan kerja. itu Ibadat namannya
kita kena yakin. jgn asik berada di tampuk lama je.
setuju sangat dengan apa yang dikongsikan oleh Tuan IK. Tetapi memang susah nak buang tabiat genggam semua ni… perlu berlatih
salam bro.nak lepaskan xjadi masalah,kalu kehidupan bujang,xde anak.tanggungjawap suami istri pada anak2.anak2 dibentuk daripada acuan mak bapak,bukan datuk nenek.kalu istri nak berjaya,bleh bincang baik2,bukan menyalahkan suami,buat prangai pelik.maaf,ini cuma pendapat saya,saya rasa Allah beri kita masing2 akal untuk buat apa yg trbaik utk diri masing2.sanggup ke kita gadai nasib anak bangsa?
Terima kasih atas panduan berguna. Nasihat yang begitu bernas dan amat berguna untuk perkembangan bisnes.
Betul tue IK, sokong sesangat… Be open minded.
“Lepaskan” kepada individu yang tinggi graf taqwanya.
Sokong 100% tp dah try outsources..ramai lak customers yg complain..x cam owner wat…ini yg pening.
Bukan x nak lepaskan..cuma peniagaan masih ditahap yg minimum…nak gajikan pekerja pun x lepas modal….
Betul juga apa yang Dr. IK cakap kan. Perniagaan sy kecil saja tapi baru-baru ini sy bercadang untuk outsource sebahagian kerja yang tak mampu sy buat sendiri. Dalam hati rasa tak yakin juga. Yalah, sebab nak yang terbaik apatahlagi perniagaan sy jenis servis, buruk mereka maka buruklah imej perniagaan sy kelak. Tapi dalam jangka masa panjang, seperti yang Dr. kata sy memang harus belajar untuk lepaskan. in sya Allah, semua perniagaan sy boleh berkembang lagi selepas ini 😀
YA Betul… Alhamdulillah… Perniagaan jahitan saya sudah sepatutnya diberi tugas operasi kepada org lain.. Berkongsi rezeki… Masih dlm menuntut ilmu utk mndptkn team utk bisnes sy..
Ezwan Sahwan
http://www.RahsiaBajuKurung.com