Ramai yang tanya, berapa harganya lesen MIBO ni? Bagaimana caranya untuk mendapatkannya? Sekiranya berminat, apakah langkah seterusnya?
MIBO adalah sejenis peluang perniagaan yang yang dipakejkan produk-prduk ICT terkemuka Malaysia. Sebelum anda mengetahui harga lesen MIBO, tahukah anda berapa harganya untuk menjadi “Authorized Reseller” kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya dibeli secara individu?
Bagi yang tak pernah tahu, mungkin akan terkejut oleh kerana untuk memiliki hanya satu lesen “Authorized Reseller” akan memakan belanja sehingga RM100,000. Itu pun baru satu produk/perkhidmatan sahaja. Bagi yang inginkan kepastian, boleh hubungi syarikat2 tersebut…
Untuk memiliki lesen MIBO pula, ianya amat rendah sekiranya dibandingkan dengan cara memiliki lesen individu (sebab ini juga lesen terhad kepada 1,000 sahaja dan kini tinggal 750).
So, bersedia untuk mengetahui harga? 🙂
Harga sebuah lesen MIBO untuk membolehkan anda menjadi “Authorized Reseller” kepada produk dan perkhidmatan ICT tersebut adalah: RM25,000
Of course, ramai yang tersesak nafas membacanya 🙂
Di situlah kekuatan MIBO #5:
J & C Pacific dan Public Bank telah bekerjasama untuk menyediakan micro-financing tanpa risiko kepada usahawan-usahawan MIBO!
Seperti sekiranya anda ingin menjadi “Authorized Reseller” secara individu, mungkin anda perlu mengeluarkan modal RM10,000 dan RM90,000 anda mengambil pinjaman bank. Jangan lupa, punjaman bank secara konvensional, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, anda akan diblack-listkan sehingga bankrupt…
Melalui MIBO, anda hanya perlukan modal RM2,500 sahaja untuk pendaftaran dan RM23,000 adalah pinjaman daripada Public Bank Berhad- tanpa risiko.
Berikut adalah klip berita di ASTRO PRIMA sempena MOU MIBO bersama Public Bank Berhad.
Maksudnya, sekiranya anda tidak dapat membayar balik, atau perniagaan anda sampai separuh jalan (harapnya tidak dengan bantuan training MIBO), J & C Pacific akan mengambil alih pinjaman anda dan anda tidak perlu lagi membayar pinjaman tersebut. Maka, anda juga tidak akan di black-listkan oleh bank negara Malaysia atau anda tidak perlu risau lagi kereta kena tarik… atau rumah kena tarik.
Jadi, dengan erti kata mudah, dengan hanya RM2,000 sahaja anda sudah boleh memiliki lesen MIBO dan mula menjadi Authorized Reseller kepada produk-produk ICT yang disebutkan. Kalau nak diikutkan, melalui MIBO, anda berjaya mendapat hak reseller dengan tidak perlu membayar beratus ratus ribu ringgit oleh kerana kesemuanya telah di pakejkan!
Tapi ingat, sebab itu hanya 750 lesen sahaja yang tinggal! Ramai usahawan veteren telah nampak peluang perniagaan di sini… kalau habis semuanya, memang J & C Pacific tidak dibenarkan menambahkan lesen.
*Nota tambahan: Ingin saya kongsikan, tahun lepas, antara rancangan syarikat saya (IKSB) adalah untuk menjadi reseller kepada Streamyx. Oleh kerana, saya fikir, saya buat workshop dan buat talks mengenai Internet diserata Malaysia, boleh saya dapat side income (back-end product) melalui menjual semula Streamyx.
Pada ketika itu, apabila ketahui untuk menjadi reseller streamyx sahaja memakan belanja RM100,000, terus saya kuburkan rancangan tersebut.
2 bulan sudah, apabila kali pertama MIBO menghampiri saya, saya amat terkejut apabila melihat kesemua produk ICT telah dipakejkan dibawah MIBO pada harga RM25,000 dengan pinjaman bank tanpa risiko! Satu bargain yang amat hebat untuk usahawan-usahawan ICT!
Bottom line, ada banyak lagi yang boleh diceritakan mengenai MIBO. Ada usahawan MIBO yang baru bermula, kini telah mendapat dalam lingkungan RM30,000 sebulan! MIBO juga mempunyai killer produk dan killer strategi untuk memastikan usahwan mereka berjaya. Semua maklumat tambahan, sekiranya anda berminat dan berkemampuan, boleh datang ke pejabat kami untuk pelajari lebih lanjut.
So, sekiranya anda benar-benar berminat dan dapat lihat peluang perniagaan ICT melalui MIBO:
- Langkah pertama, perlu mampu bermodalkan RM2,000
- Langkah kedua, untuk mendapatkan Public Bank loan, J & C Pacific yang akan uruskan, anda hanya perlu membawa salinan IC anda sahaja – tak perlu bank statement atau pendapatan anda kini dan sebelum ini- antara kekuatan MOU MIBO & Public Bank!
Sekiranya anda berkemampuan 2 langkah di atas, maka lebih mudah untuk kami ceritakan lebih mendalam kekuatan-kekuatan MIBO. Takut saya tulis di blog ni, tak sesuai pula sebab bukan semua orang minat menjadi usahawan ICT kan?
Tip satu minit hari ini:
Seperti apa jua perniagaan, ingin saya tekankan, mereka yang dapat melihat peluang perniagaan awal, sering kali adalah mereka yang mendapat pulangan paling tinggi. Bayangkan sekiranya di kawasan perumahan anda, anda seorang sahaja memiliki lesen MIBO- betapa banyaknya peluang untuk mendapat keuntungan seperti contoh-contoh sebelum ini!
Sekiranya ada soalan, boleh tanya di sini dan saya akan jawab apa yang termampu 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
kalau RM25,000 kurang berkemampuan bagi saya yang bekerja bagi sektor awam sekarang..
Tq kini baru saya faham corak perniagaan MIBO ini macam mana. Tiap hari berkunjung ke blog untuk info lebih lanjut mengenai MIBO ini.
satu soalan mengenai produk jualan tersebut. Adakah bayaran pendaftaran RM25000 kita hanya diberikan pakej jualan dalam bentuk form sahaja? Macam streamyx saya nampak bentuk keuntungan dalam bentuk orang nak daftar streamyx tersebut. Bagaimana untuk maxis atau celcom? Adakah melalui jualan topup atau pendaftaran line maxis atau yang seumpamanya? Kalau jualan topup adakah melalui pakej ini diberikan topup tersebut? atau just diberikan lesen dan topup lain harga? Aduh pening.. 🙂
Soalan nampak merapu sikit 🙂 . Tapi ni yang bermain kat kepala saya la ni. Berminat juga nak join. Tq
Assalamualaikum Irfan. betul ke rancangan jutawan malam semalam jumaat malam sabtu. tapi kenapa takde ye ke saya yang silap ni.
slmt mlm ,
terkejut juga bila tgk rm100,000 tu…hehe
bila tgk rm25,000 beru lah tenang sikit hati ni…
di terengganu tak terima ke?
saya ni tinggal kat terengganu…saya berminat nak beli lesen tu…tapi mcm mana ?
han
ops…tertinggal satu soalan…
,
boleh saya nak tgk website dia dan plan dia?
han
Assalamualaikum Irfan…
Tq for all the info…:-) Tak tau nak tanya apa dah. Interesting sungguh!
Insyaallah, sy akan jumpa Azran pd off day minggu depan.
Harap2 biz yg ni akan berjaya…
Taqiyuddin > betul tu, tak semua yang mampu. mungkin belum rezeki lagi. On the other hand, sebab itu juga, Public Bank memberi pinjaman flexi tanpa risiko. memang ramai yang tak mampu keluarkan RM25,000 sekali gus!
Jebat> Yup, streamyx kirakan signup, begitu juga Maxis & Celcom… semua signup termasuk perkhidmatan yang baru2 ni glamer, Celcom Broadband… or maxis 3 G. Kira kesemua perhidmatan yang ditawarkan oleh setiap syarikat…
Cuma bab top-up, saya tak pasti.
Maizul> takde ya? Saya pun tak pasti sebab saya lakukan rakaman pada Khamis bersama Chef Li. Nanti saya check (saya pun jarang dengar bila on air)
han> Kalau berkemampuan dan berminat, saya cadangkan daftar awal2 sebab memang di Terengganu tak silap saya belum lagi ada usahawan MIBO. Kalau kena dengan strategi, market Terengganu Han dapat (besar potensi tu!)… tapi pastikan betul2 berminat dan berkemampuan. Juga, kalau berminat, saya nasihatkan datang ke KL buat appointment sebab wang pelaburan bukan kecil. So, baik jumpa kami and bincang betul2 supaya 100% faham…
Website dia is http://www.mibo.com.my tapi, kalau ikutkan, apa yang saya tulis kat blog ni lagi lengkap berbanding dengan situ. http://www.GoMibo.com pula untuk sebarang update 😉
Bagi sesiapa yang betul-betul berminat, saya syorkan jumpa face-to-face. Call 016-6966644 bercakap dengan Mr Azran untuk appointment!
,
kalau nak daftar dan bayar rm2000 dulu macam mana?
boleh daftar dan bayar kat website dia tak?
training dia pula mcm mana?
Wow! Dengan RM2k saja dah boleh jadi reseller? Hebat sungguh!!!
Tapi financing utk balance RM23k tu berapa lama ye? Kalau 5 tahun, saya rasa bulan2 kena bayar RM550. Kalau 3 tahun – RM1.5k rasanya.
Sesiapa yg suka buat sale atau marketing, memang tak de problem to make it big! 😉
Han > takleh bayar kat website. Contact shah 🙂 regarding training, training offline memang ada dalam bentuk seminar (percuma). Sebagai tambahan, saya dipertanggungjawabkan membina “online training system” untuk GoMibo.com so, dari mana-mana boleh on going training. Tapi, pada mula kalau signup, dimestikan hadir offline training terlebih dahulu untuk manfaat anda.
Benjol > Minima bayar bulan-bulan is RM400 (tak silap saya 6 tahun). Kalau tengok RM400, sebulan dapat 1-2 streamyx signup pun dah cover sebab melalui MIBO dapat 100% komisyen (tak termasuk multiple source of income yang lain lagi tu).
Menarik, peluang hebat.
Boleh ke buat part time atau ambik pekerja uruskan bisnes tu.
Saya agak sibuk dgn mengembangkan program ‘bisnes pengguna bijak di hujung jari’.
wah…..memang mahal rupanya nak jd reseller streamyx!
slmt pg ,
saya dah daftar kat gomibo.com tu…
utk offline training tu, dia buat masa bila?
saya masih bljr lagi…tapi kalau kena dgn masa yang ok, saya boleh pergi…tu takde mslh…
RM400 kena bayar setiap bulan?
kalau streamyx baru rm88 je …
mcm mana jual 2 streamyx boleh bayar?..?hehe
han
,
saya baca kat http://web5.bernama.com/client/mecd/newsbm.php?id=276513 dia kata pinjiman 60 bulan dan bayar adalah 50% dari pendapatan kita…
saya kurang faham lah …
rasa lepas 8 jan 750 lesen tu akan habis tak?
cuz saya berminat sangat tapi dalam beberapa hari ni ada exam… so nak ke KL pun tak boleh…
han
Han > tu la… kalau streamyx under MIBO usahawan dapat 250%. Kira 2-3 bulan harga subscribtion 🙂 kalau BUKAN MIBO, cuma dapat 100% sahaja… ada banyak lagi kekuatan MIBO yang tak kesempatan saya cerita di sini. Tu yang saya katakan, bagi yang dah berminat dengan apa saya ceritakan, nanti time appointment jumpa face-to-face memang ada macam2 lagi yang akan menarik minat anda. Yang kat blog ni kira sikit je 😉
bab pengiraan, memang MIBO kalau boleh nak anda bayar bank cepat, so, lagi banyak anda untung- takde lah bayar duit interest banyak. sebab itu bab pengiraan, baik buat appointment- ada pembahagiannya.
8 jan insyaallah masih ada lesen lagi… boleh turun KL.
dah membara semangat ni…
dah tak sabar tunggu 8 jan…huh huh…
thanks …
kalau appointment dgn YM Azran layan tak?hehe
dah tak sabar nak tanya ni…
han
Nampak menarik peluang melalui MIBO ni..Mcm2 produk yg boleh dijual. Tapi saya nak minta kepastian, betul ke nak dpt pinjaman RM23k tu cuma perlukan ic je? Statement lain mcm mana?
tak perlu statement lain 🙂
Cuma saya diberitahu, kalau nak dapatkan loan Public Bank, pemohon tak boleh ada record muflis. kalau takde record muflis je, kira on… dengan IC dah boleh apply.
Bila lagi akan jumpa peluang camni kan? 🙂
walaupun kita tak mampu bayar dan MIBO ambil alih hutang pada bank, tapi nama kita turut terjejas sebab pernah ada rekod tak mampu bayar hutang, ke camne?
Bila lain kali mohon pinjaman dengan PB atau bank lain, rekod kegagalan pinjaman yang kita buat untuk MIBO pasti ada tak?
Boleh terangkan lagi pasal risiko ini.
RM25,000, cantik tu.. dan menarik.. Susah juga nak buat keputusan ni..
Rushdi > MOU MIBO & Public Bank mengatakan J & C Pacific akan menjadi gerentor kepada pinjaman pembeli lesen MIBO. Public Bank juga telah menyediakan “pre-approved” loan kepada J & C Pacific untuk pembeli lesen-lesen MIBO.
Sebab itu:
1: Anda tidak perlu menunjukkan income statement anda, pendapatan, slip gaji dan sebagainya… sebab loan yang diberikan oleh Public Bank dan pre-approved, dibawah tanggungan J & C Pacific
2: Sekiranya tidak dapat bayar balik, kat sini lah yang ramai inginkan kepastian banyak kali 🙂 Memang J & C Pacific akan mengambil alih bayaran loan anda oleh kerana mereka telah menjadi guarantor anda. Ini adalah kali pertama di Malaysia dan setakat ini, MIBO sahaja memberi pinjaman perniagaan “risk free”. Nama anda tidak akan di senaraikan sebagai black-listed oleh mana-mana bank oleh kerana rekod kegagalan bayaran tidak ada. Dalam erti kata lain, nama anda langsung tak terjejas.
infact, slogan MIBO adalah:
“Malaysia’s First and Only Risk Free Entrepreneur Programme”
Dua perkara…
(1) Bagi yang ingin sedikit lagi maklumat, boleh download brochure MIBO di:
http://www.gomibo.com/images/brochure/Flyer_inside_small.gif
http://www.gomibo.com/images/brochure/Flyer_outside_small.gif
(2) Saya baru sahaja dapat maklumat terbaru, pendaftaran MIBO 2008 adalah RM2,500… bukan RM2,000 seperti yang saya sebutkan. Harap maklum!
Askm Irfan,
Saya amat berminat. Cuma kemusyikilan saya, ada pinjaman yg ditawarkan oleh public bank sebyk RM23,000 itu adalah pembiayaan secara islamik?. Ini utk mengelakkan seblh mungkin dari terlibat dgn riba. Boleh ke saya memohon pembiayaan islamik dari bank2 lain? Terimakasih di atas penjelasan
Salam sejahtera…
MIBO agak menarik sebab saya memang nak buat marketing utk Mastercard AmBank Al Taslif. Saya tidak mempunyai masalah untuk membayar RM2,500. Cuma nak bertanya adakah loan RM23,000 tu berasaskan perbankan islam?
ada beberapa option anda boleh gunakan:
1: Pembiayaan dibawah skim MIBO partnership dengan Public Bank. Saya diberi tahu pinjaman ni dibawah “Special Micro-Financing Loan” khas untuk MIBO sahaja dan bukan seperti pinjaman pakej loan biasa, dengan base lending rate +1.25. Untuk kepastian kaedah, saya cadangakan buat appointment.
2: Anda juga boleh mendapatkan loan dari institusi kewangan/bank lain. Tetapi, cara ini J & C Pacific tidak memberi jaminan atas pinjaman anda. Ertinya, kalau anda tidak dapat membayar balik loan, maka, itu tanggungjawab anda berdasarkan perjanjian dengan bank tersebut- mungkin kena black list/bankrupt.
3: Anda juga boleh membayar cash. Sekiranya berkemampuan, pembayaran cash adalah RM20,000 sahaja. Bagi yang berkemampuan, saya syorkan cara ini sebab lebih cepat, mudah dan keuntungan maksima! Tapi, saya faham, tak ramai yang berkemampuan tambah2 baru hendak berjinak-jinak memulakan perniagaan.
*Atara killer produk dibawah MIBO juga adalah TM SmartCall di mana anda boleh mendapat residual income selama 3 tahun. Yang ni pun, panjang cerita, mudah diceritakan secara face to face. Ini alamat GoMibo:
GoMibo.com
84A Second Floor
Jalan SS 21/35
SS21 Damansara Utama (Up Town)
47400 Petaling Jaya
*Terletak di atas TM Clickers.
Sila buat appointment terlebih dahulu sebelum datang- 016 6966644
slmt ptg ,
ramai juga yang berminat ni…
sempat tak saya 8 jan ni…?hehe
han
Han, jangan lupa ya..
Askum Irfan…
Sy nak tanya, blh tak jika within these few days I pay RM1500, then, blh tak u reserve 1 lesen MIBO utk sy.
At around 1st or 2nd feb sy akan byr RM1000 lg
sebelum mendpt lesen tersebut.
Blh ke?
Tq.
han > sempat! kalau tak sempat, saya mintak staff saya book kan untuk han 🙂
shasha > untuk booking/deposit sebenarnya RM500 sahaja (non-refundable). Nanti bila bayar penuh, tinggal lagi RM2,000 sahaja. Call Azran.
ok.. thanks …
Abuya,
apa yang jangan lupa tu?
MIBO memang mempunyai potensi besar untuk melahirkan usahawan berjaya dalam bidang ICT. Bagi mereka yang tergolong dalam 750 orang terawal amat bertuah kerana dalam margin terawal yang besar!
Sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang IT dan Communication/Marketer, saya ingin mencubanya.
Kalau di Blaklist oleh CTOS rasanya tak ada can lah kita untuk mendapat loan tersebut.Betul tak .
Assalamualaikum Irfan :)…
Saya memang sangat berminat. Dah berkobar-kobar dah ni nak call shah..
Cuma saya kat pahang, jauh nak turun kl…
Sabtu n Ahad bukak ke office Go mibo tu ?
kalau buat loan rasanya kena bayar > 30k. so cash 20k memang yg terbaik + untung maksimum. cuma, kalau bisnes tak berapa bagus boleh ke jual balik lesen tu dan dapat balik 20k. saya tinggal di taiping so susah sikit nak turun KL utk buat appointment. tq
Aslkum, WHAT A PRESTIGOUS PROGRAM!WOW!!!!! ( I’M SPEECHLESS RIGHT NOW )…
TO FAHMI > ONE MINUTE AFTER U READ THIS AND U STILL KEEP ON ASKING OR ‘KALAU-KALAU'(LIKE PREVIOUS MSG)I GUARANTEE U WILL STILL LIVE YOUR LIFE LIKE NOW! SO,STOP THINKING NEGATIVE. STOP STOP STOP STOP!!! COME ON BOY! JUMP UP & GO FIND SHAH !
ada lagi ker tawaran mibo ni. sy baru jer dapat info ni. tq
CTOS elegible or not?
saya ade masalah dengan modal permualaan..
ade x care2 ataupn kaedah2 lain yg boleh saya lakukan..??
assalamualaikum irfan,
saya pernah dengar psl MIBO melalui newsletter yang dihantar.buat masa skang saya memang kekurangan modal.agak2 dalam masa sebulan dua lagi ada tmpt lagi tak utk MIBO ni.saya dkt pahang dan bekerja plak.utk turun ke kl hujung minggu takder masalah cuma buat ms ni constraint of time.
pls advise…
wassalam
Sebarang pertanyaan MIBO, hubungi Azran di 016-6966644 atau Azran di 014-6633311
Saya tak sempat menjawab soalan2 di sini… harap maaf! 🙂
Salam IK,
Saya dah menjadi ahli MIBO…
Kalau rasa tak sempat jumpa Azran, jumpa saya pun boleh, saya boleh sembang-sembang dengan anda pasal MIBO.MIbo is great, and risk free too.
Senang cerita, email me at
haniskamis@gmail.com
Currently i’m living in KL, and my sister in Penang.Email me ye…kesian IK sibuk, tak menang tangan dibuatnya..
Tumpang promo ye IK… 🙂
———————–
http://mymamalovesme.blogspot.com/
saya yati dari sabah… saya berminat nak join bisnes MIBO ni.. macam mana peluang saya masih ada ke… masih boleh buat loan di public bank di Kota Belud, Sabah….