Bagaimana Mr.A melakukannya?

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A)ย yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan???

Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu. Segala keuntungan perniagaan itu, beliau mengambil 30% sahaja. Namun, beliau tidak perlu mengendalikan perniagaan itu- hanya menubuhkan sahaja.

Ini memberi kebebasan kepadanya untuk membina perniagaan lain dan melantik pengurus & pengarah untuk perniagaan yang lain pula. Perniagaan ini juga beliau mengambil 30%, namun, membebaskan masanya memulakan perniagaan yang lain.

Saya juga bertanya. Mengapa 30%? Selalunya, pengasas perniagaan mengambil sekurang-kurangnya 50% keuntungan. Baru puas hati ๐Ÿ™‚

Beliau berkata, sekiranya mengambil 50% keuntungan, memang puas hati ๐Ÿ™‚ย Tetapiย dimana dirinya tidak terlibat dalam pengendalian, ia akan mengurangkan motivasi pengurus & pengarah perniagaan tersebut. Dengan mengambil 30%, jumlahnya adalah kecil dan berpatutan untuk dirinya tidak bekerja. Masanya lebih efektif di tumpukan untuk membina lagi perniagaan lain.

Amat bijak. Sekiranya masanya bebas dan mendirikan 10 jenis perniagaan, Mr.A menerima 30% x 10 atas keuntungan setiap satu perniagaan yang ditubuhnya. Dan masih tidak memerlukan dirinya untuk mengendalikan walaupun satu perniagaan.

At a larger scale,ย konsep ini juga di lakukan oleh billionaire-billionaire di dunia yang memiliki berbagai-bagai jenis perniagaan besar multi-million-dollar. Perniagaan mereka tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran mereka.

Fikirkan, bagaimana anda boleh membina satu perniagaan, yang tidak memerlukan diri anda untuk perniagaan tersebut dijalankan. Ataupun, mungkin suatu hari nanti anda boleh membebaskan masa anda dari perniagaan anda dan memulakan beberapa lagi perniagaan menggunakan konsep ini.

*Tip bonus Mr.A* Mr. A juga mempunyai konsep yang bijak iaitu kesemua perniagaan yang dimulakan tidak menggunakan wangnya sendiri, tetapi menggunakan pinjaman dari institusi kewangan. Kejayaan perniagaan pertama memudahkan mendapat pinjaman seterusnya dari institusi kewangan untuk perniagaan kedua,ย dan kitaran ini berulang untuk setiap perniagaan dan pinjaman.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Bagaimana Mr.A melakukannya?

  1. Hmmmm….amat menarik. lebih menarik, kalau dapat tahu bagaimana dia start business sebelum dia gunakan model tersebut. Yang penting dlm model macam ni, pada saya ialah TRUST.
    Anyway, pengalaman dia mesti dah mengajar dia camna nak kenal orang.

  2. asmkm Irfan.. how r u..

    Wow! Gitu rupanya Mr. A cipta multiple source of income. Serupa juga dengan bisnes online, bina perniagaan dan kemudian automasikannya, upah orang lain untuk handle dan promosikan. Keuntungan, mungkin boleh pakai profit sharing ataupun precentage sharing.

    Masa yang kita ada boleh digunakan untuk membina bisnes baru dalam niche baru, lepas tu cari orang utk uruskannya. Keuntungan, boleh bagi sama rata.

    Thanks Irfan, saya dapat suntikan inspirasi. Tetiba timbul “idea segera” baca post ni.

    tq ๐Ÿ™‚

    shueqry
    penulis blog minda dan pembangunan diri.
    http://shueqry.blogspot.com

  3. That’s a very SMART way to do business and generate more and more income without having to put yourself (physically) in doing it. Kira macam ahli lelap la nih… So, dia ada byk masa utk set up another business, and of course banyak juga masa untuk enjoying his life and income/revenue ๐Ÿ™‚ So, pengajarannya, work SMART, not HARD and live life to the fullest!

  4. Mr.A memang bijak. Saya selalu teruja bila membaca tip 1 minit ni.

    Perniagaan MLM jugak menggunakan konsep begini. Kerja mula kemudian ajar downline. Bila network berkembang kerja akan jadik mudah. Sbb tu MLM melahirkan ramai jutawan.

  5. Bukan semudah yang disangka untuk ‘copy rights’ ๐Ÿ˜‰ cara Mr.A menjalankan perniagaan. Tidak kira apa perniagaan sekali pun, perjalanannya bukanlah semudah yang diceritakan.

    Saya setuju dengan pendapat ‘vrempire’, says: “Anyway, pengalaman dia mesti dah mengajar dia camna nak kenal orang.” ๐Ÿ™‚

    Hisham;
    “Pengalaman itu pembuka minda kita untuk memikirkan konsep perniagaan yang bijak” ๐Ÿ˜€

  6. slmt pg …

    perniagaan internet adalah salah satu nya…kita boleh automatik kan nya…

    MLM juga salah satu nya…kita boleh guna network utk bekerja utk kita…

    fracais yg digunakan oleh KFC, Mcdonal, 7eleven.. ia juga digunakan oleh perniagaan besar…

  7. Salam sahabat semua..

    Saya pun memang melantik pengurus untuk 2 perniagaan saya..cuma masih kena byk kena monitor sebab masih muda dan kurang pengalaman…

    Sabar melatih dan motivasikan mereka aje la.. ๐Ÿ˜€

  8. Memang nampak cukup mudah dan memberangsangkan. Yang susah dan berat masa nak mula. Saya setuju dgn vrempire “TRUST”. Saya yakin kami pengikut Tip 1 minit yakin dgn kebolehan saya cadangkan kalau ada projek baru, “offerlah” kami sebagai pelabur, jadi “ahli lelap” (kata mazny) jgn asyik kasi bank yg memang dh kaya. Setuju tak geng?…

  9. Macam mana orang biasa macam saya ni dapat jumpa dengan orang macam Mr A tuu… kalau bukan Mr A …Mr B , keee Mr C kee untuk mendapatkan ilmu serta motivasi dari mereka. Benda nii dah lama saya tau tapi sampai sekarang masih makan gaji lagi , busines yang pertama tak berjaya.

  10. wahhhh powernya Mr.A ini..

    saya percaya cara dia bagaimana memulakan perniagaan kerana, saya juga ditawarkan pinjaman oleh pihak bank apabila pinjaman saya yang pertama selesai dengan lancar. ๐Ÿ™‚

  11. Hoho.. Saya sudah apply cara ini di perniagaan2 saya sebelum ini. Kalau tidak, mana saya nak cari masa nak buat bisnes internet. ๐Ÿ˜€

  12. info yg menarik, sebenarnya ramai usahawan dah buat benda ni, cuma kita tak perasan.
    Cth lain ialah pengeluar atau pengusaha mengambil untung yg sikit sj cth 10% tapi memberi persen yg lebih besar kpd pemborong dan peruncit iaitu hingga 40%. Ini krn 2 ppihak inilah sebenarnya yg membantu sales. jika ada sales mass production blh dibua, so pengeluar juga untung long term

  13. Assalamualaikum..

    Saya cuma berminat kepada sikap yang tidak terlalu mengejar kekayaan (kaya cepat) dan suka kepada sikap untuk menggembirakan para pekerja agar suka untuk bekerja keras sebab mereka rasa itu perniagaan mereka dan kita menjadi asas untuk mereka berjaya dengan gembira.

    Wassalamualaikum dan kilang bakery saya dah hampir siap tanpa pinjaman modal dari sesiapa.

  14. Ya.. saya amat setuju dengan ini… cuma cabarannya nak melahirkan pengurus yang berkebolehan mengurus syarikat ini satu faktor yang agak kritikal…. Sekarang ni nak mencari pengurus yang jujur, amanah dan berkebolehan..macam nak mencari jarum didalam semak..

  15. See you this coming Saturday as I will be attending the course.

    Thank you for your registration. We have received your
    payment and your attendance is confirmed.

    Title: Internet Millionaire’s Workshop
    Speaker: Irfan Khairi
    Venue: J.W. Marriott, KL
    Date: Saturday 26th May 2007
    Time: 8.45am – 6.00pm

    We will give you the receipt of your payment on the
    day of the workshop.

    J.W Marriott is located at Jalan Bukit Bintang
    (Bintang Walk) Kuala Lumpur. Parking fee for that day
    at J.W Marriott parking is RM5.00 (per day Flat fee).

  16. bagus pendedahan ini.. itu sebab yang kaya semakin kaya ๐Ÿ˜‰ … so, jika nak kaya, kena ikut jejak langkah yang kaya… saya lihat mereka memang menjana pendapatan dengan bijak… semakin kagum pada mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published.