Bagaimana hendak menjadi popular?

Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan. Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick, Gates & Ray Crock.

Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi “popular” dalam perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer, penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan diri sendiri pemilik perniagaan.

Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku… mengapa saya tak sepopular Irfan yang baru menulis 2 buah buku?

Anda hendak tahu?

1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk monopoly OS sedunia.

3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan mesej “kegembiraan” (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!

Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan (3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.

Sebenarnya hendak menjadi popular dalam perniagaan, tidak jauh bezanya menjadi popular sebagai seorang selebriti/artis. Suka saya memberi contoh antara penyanyi favourite saya kini, Faizal Tahir:

  • Keluar dari mainstream: Apabila ROCK Malaysia (dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan, Faizal Tahir muncul dnegan ROCK SOLO (sesuatu yang tidak baru di US!)
  • Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan: Siapa yang ikuti industri hiburan, pasti ingat stunt “Superman” Faizal Tahir πŸ™‚
  • Sampaikan mesej yang sama: ROCK-ROCK-ROCK-SUPERMAN-SUPERMAN-SUPERMAN

Saya dah agakΒ Faizal Tahir menang besar AIM dan Planet Muzik baru-baru ini.

Dengan 3 maklumat & contoh di atas, bagaimana saya, IK boleh dikenali sejak 3 tahun lalu? Kiranya cuba anda jadikan saya sebagai kes study…

ps: IK pun rock juga! πŸ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Bagaimana hendak menjadi popular?

  1. cayalah rock……, mana dapat idea nak cerita tajuk ni, saya sangat teruja…, tahniah untuk IK.

  2. Assalamualaikum

    secara keseluruhannya saya amat bersetuju dengan pandangan IK
    cuma dalam contoh yang diberi
    kes faizal tahir saya tak kira satu kejayaan
    saya lebih rela popular datang lambat
    daripada menggadaikan maruah
    sebab maruah adalah satu satu daripada 5 tujuan syariah

  3. bak kata dato fadzilah kamsah: “Contoh… contoh… contoh! jangan marah” πŸ™‚ kalau tak nak lihat contoh Faizal Tahir, apa kata lihat contoh Raihan…

    Keluar dari mainstream
    Ketika zaman muzik rock & hip hop di Malaysia, Raihan muncul dengan konsep Nasyid contemporary- sesuatu diluar mainstream ketika itu.

    Sesuatu yang mengejutkan
    Sesuatu yang mengejutkan tidak semestinya negatif. Kumpulan nasyid Raihan melakukan kejutan dengan melakukan nasyid ala acapella pada album pertama.

    Menyampaikan mesej yang sama
    Raihan menyampaikan mesej-mesej dakwah dari dulu hingga kini.

    -IK

  4. As’kum.

    Tip kali ni pd saya amat berguna. Pendek kata boleh pergi peranglah! Maksud saya ‘business war’. Bertambah lg senjata kami pelayar blog ni.

    Saya fahamkan rangkuman tip di atas sbg:

    1) Usaha mencari kelainan/pembaharuan – amat setuju.

    2) Istiqamah dlm niat dan tindakan – amat setuju

    3) Lakukan kejutan untuk raih perhatian – kurang setuju.

    Mengimbau aksi Faizal Tahir yg semua tahu rasanya, pd saya mendatangkan kerugian pd beliau. Saya pun sebenarnya meminati’Mahakarya Cinta’ dendangan beliau dan lagu-lagu yg lainnya. Pd saya, beliau muncul bersama suara dan gaya tersendiri. Ada ‘umph!’

    Namun, saya belajar bahawa mungkin kerana rasa ‘excited’ dah terlampau menguasai. (Maklum manusia – tersilap). Nah! keluarlah aksi yg agak kurang patut. ‘Luckily’ hanya huruf ‘S’ di badan. Tak disuaipadan dgn seluar kecil diluar jeans tu. Keh!2.

    Tanpa aksi ‘superman’ tu rasanya beliau ada tempat dlm Juara Lagu. Ditambah dgn yg diraih dlm AIM dan Planet Muzik tu. Pukul Habis. Tapi natijahnya selain ‘dikuarantin’ 3 bulan dengar tak leh masuk Perlis lak. Namun ‘bakat’ adalah ‘rescue’ utama beliau. Kemaafan dipohon dan patut kita beri. Saya yg melihat pun dapat teladan, apatah lg yg empunya badan. Saya anggap dia ‘tekan brek’, ‘tukar gear’ dan masuk gear lebih tinggi untuk pergi lebih laju. Saya masih minat pd suara dan lagu-lagunya.

    Senario saudara Irfan amat berlainan sekali. Bidang saudara ternyata membenarkan ketiga-tiga tip itu digabungjalin sebaik mungkin. Saudara amat bertuah kerana berada di tempat yg tepat, pd waktu yg tepat dan bertindak secara tepat. Semua ingin menjadi seperti saudara, termasuk saya…. Semoga jgn padam jejak-jejak jaya tu. Ramai ‘follower’ di belakang tuuu..

  5. Salam kasih sayang,
    Tq IK(IK, akan jadi jenama baru?..)
    Satu ‘sistem’ yg mesti di patuhi utk siapa dan apa juga bisnes yg diceburi; D.U.I.T.
    – Doa
    – Usaha
    – Istiqamah
    – Tawakal
    Tahniah IK…
    Syukur, taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin

  6. harapnya topic ni tak jadi perbincangan stunt “faizal tahir” la πŸ™‚ he he he

    ok, ubah topic siapa boleh pecahkan keadaan saya kepada 3 category di atas?

    -IK

  7. membantu usahawan2 muda independant pun boleh jadi lebih popular pada masa akan datang..

  8. Assalamualaikum

    3 kategori IK adalah:-

    Keluar dari mainstream
    IK memulakan perniagaan internet pada tahun 1999, di Malaysia ketika itu internet baru nak membangun dan ramai lagi memandang negatif terhadap internet

    Sesuatu yang mengejutkan
    Salah sebuah perniagaan IK yang beroperasi selama 3tahun telah mencapai RM1 juta.Ketika itu IK berumur 25 tahun, merupakan seorang jutawan internet yang paling muda ketika itu di Malaysia

    Menyampaikan mesej yang sama
    IK menyampaikan mesej-mesej perniagaan internet dari mula berkecimpung sehingga sekarang melalui buku, radio,tv, akhbar, majalah dan seminar yang IK anjurkan

    http://www.ideabisnesluarbiasa.com/agen/idea/2936.php

  9. Assalamualaikum semua,

    IK,

    Saya nak cuba rungkaikan keadaan IK kepada 3 kategori diatas. Kalau salah, tolonglah tegur…

    Keluar dari mainstream:

    Ketika perniagaan internet di Malaysia dibanjiri dengan macam-macam penipuan, IK berani keluar dengan cara-cara buat duit yang halal dan dipercayai di internet. Tahniah IK!!

    Sesuatu yang mengejutkan:

    IK menjadi jutawan bumiputra melalui perniagan internet (tak ramai jutawan internet di Malaysia). Tahniah sekali lagi IK.

    Menyampai mesej yang sama:

    IK masih mempopularkan perniagaan internet sejak dahulu sampaikan sekarang walaupun IK dah jadi popular macam celebrity kat Malaysia skg ni:)

    Yusoff
    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips on effective career marketing.

  10. Biar saya cuba..

    Keluar dari mainstream :
    IK muncul dgn gaya motivasi yg contemporary, lebih cool dan stylo. Motivator lain nampak formal. Lagi satu, rasanya dah ramai internet marketer kat M’sia ni sebelum IK, tapi kalau tak silap IK lah yg pertama muncul kat kaca TV serta pendedahan meluas kat media massa (first sekali kat Maskulin Julai 2005 kan? ..sampai sekarang saya masih simpan satu).

    Sesuatu yang mengejutkan :
    IK mengejutkan satu M’sia dgn memeberikan perspektif baru terhadap bisnes internet, bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan RM1,000,000 tidak lagi mustahil!

    Menyampaikan mesej yang sama :
    Perniagaan internet! Perniagaan internet! Perniagaan internet!

    p/s : McD sekarang bukan dah pakai tagline ” i’m lovin’ it ” ke?

  11. IK, mengambil Faizal Tahir sbg contoh saya rasakan tidaklah begitu sesuai…sgt2 sensitif kpd org Islam…

    IK kpd 3 kategori;

    1) perniagaan internet.
    2) motivasi
    3) motivasi perniagaan

    ok x? πŸ™‚

  12. As’kum.

    Kes study. Bersandarkan pd maklumat yg tiga tu. Untuk saya;

    1) IK berjaya keluar kebiasaan makan gaji (ngan orang putih) kepada mencipta brand IK tersendiri. ‘Booster’nya pasti power habis. Keyakinan yg begitu tinggi.

    2) Saudara memang mengejutkan bila menjadi jutawan dalam usia muda. Kebanyakan kami pd usia tu masih merangkak-rangkak membina hidup. IK ternyata begitu komited dan tak punya masa menoleh.

    3)Mesej yg sama? Tiada lain pastilah berniaga, berniaga dan berniaga….

    Lebih tu, saya lihat IK sbg satu ‘tool’ kurniaan Ilahi untuk rakyat Malaysia belajar jejak2 yg dicipta dan pengalaman2 yg dikongsi.

    Rasa macam siap ‘assignment’ lak. Kalau tersasar – Maaf yeh!

  13. Percayalah…everybody learnt from the mistake. This also same goes to Faizal Tahir. n…he will be somebody in the industry in the next few years coming.

    IK ,
    terima kasih for the idea of how to become popular…

    really looking forward for the next idea.

    ‘Change the Pattern!’

    WanZ

  14. Hampir-hampir tepat kesmuanya… tapi yang paling hampir, saya rasa Khai-Rules dapat tepat (1) dan (2). So, cuba tengok jawapan Khai…

    Yang (3) kurang tepat oleh kerana mesej saya bukan setakat “perniagaan Internet” sahaja, tetapi, mesej yangt saya sampaikan adalah “Kejayaan, Kejayaan & Kejayaan” Tak kira perniagaan, motivasi atau kewangan

    Tapi kira ok la tu… boleh beri tepukan keyboard kepada Khai-Rules!

    Khai dapat tepat sebab Khai follow perkembangan saya sejak 2005 kut! πŸ˜‰

    Ok, topic lain pula, nak saya sentuh kembali mengenai Faizal Tahir. Tapi ini pendapat saya sahaja la. Bagi saya Faizal melakukan kesilapan dan semua orang tak lari dari kesilapan, kawan tu dah mintak maaf secara terbuka, kemudian telah menjalani hukuman- ban dari TV dan juga melakukan kerja amal selama 3 bulan kalau saya tak silap.

    Being the positive person I am, in my book, saya boleh maafkan keadaan tersebut.

    Bagi saya, susah juga kalau seseorang lakukan kesilapan, minta maaf dan menjalani hukuman, tapi, kita masih tidak dapat menerima. Takut keadaan kalau lebih teruk daripada ini, katalah keadaan bekas banduan & masyarakat tak dapat terima, payah juga. But that’s just the “positive” in me. I’m sure masing2 ada pendapat masing2 πŸ™‚

    Apa pun, seperti saya sebutkan, kalau tak mahu terima contoh Faizal Tahir, ambillah contoh Raihan di atas. Atau contoh kes study saya yang ditulis oleh Khai (kecuali jawapan no3).

    Yang penting, anda faham mesej yang saya ingin sampaikan dalam tip hari ini. Bukan gossip selebriti! πŸ™‚

    -IK

  15. Pada mulanya memang akan menjadi kejutan tetapi semakin lama dan menampakkan kesan yang baik akan menjadi ikutan pula.

  16. IK saya ada satu trademark, selalu sebut jawapan yang sama dan konsisten iaitu “Yes, I Can Do It”

    IK, ada juga yang popular dengan buku tetapi tidak mahu keluar media, contohnya

    Ahadiat Akashah yang memecah rekod 100 000 naskhah novel terjual.

    Tamar Jalis, penulis buku Bercakap dengan Jin 1,000,000 naskhah terjual.

    Siri Singapore Ghost Story, Russel Lee memakai (saya pun tidak tahu hendak panggil apa, yang biasa diguna oleh Unit Tindakan Khas, penutup muka warna hitam) sudah lebih 11 buku di Malaysia dan Singapura.

    Populariti dan jenisnya bergantung sama ada mahu popular dengan wajah dikenali atau wajah disembunyi πŸ™‚

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  17. hahaha…tergelak saya baca post IK kali ni.saya dah tahu dari dulu dah IK ni minat rock.tapi xsangka ah plak minat jugaΒ  kat Faizal Tahir.saya pu minat dia tau!hehe..

    ah`ah la…hmmm saya rasa posting kali ni ade kaitan dengan branding jugak.mcm Faizal Tahir tu dia nak brand kan dia sebagai superman!!selalu pakai baju ada lambang superman,tali pinggang superman….so org ingt superman,mesti ingt dia,ingt dia mesti ingt superman.

    ape2 pun..cayalah! πŸ™‚

    http://www.azonta.com

  18. Saya suka dengan ketiga-tiga idea yang IK sebutkan tadi dan bagi saya pula untuk popular dan berjaya, perlulah menjadi pakar dalam bidang yang disertai dan juga tahu untuk ‘menjual’ produk yang dihasilkan.

    Salah satu caranya ialah dengan mengadakan kerjasama (partner) dengan pihak yang telah terkenal, sedikit sebanyak tempiasnya akan terkena kepada kita. Contohnya boleh dilihat pada IK sendiri!

  19. salam,,

    saya tak henti2 senyum membaca komen2 diatas!

    anyway saya nak ambil contoh both; rock & nasyid

    bagi saya, saya anggap rock itu ‘subject academic’ dan nasyid itu ‘subject ukhrawi’
    kerana kita digalakkan mengimbangi dunia & akhirat, setuju? ; )

    terima kasih IK, a very straight forward article.

    IK rocks!

  20. Salam untuk semua,

    Dalam berniaga ni rasanya jadi popular itu akan memberi banyak kelebihan. Namun untuk menjadi popular seperti kata IK keluar dari arus perdana tu susah sikit nak buat, sebab saya pun dah berniaga dalam industri internet macam mana nak keluar ye?

    http://www.mizemall.com

  21. ik Rock!! gembira sahaja sy baca tentang komen2 dari kawan2 semua..idea yg ik bg best..
    sy pun nak jd popular gak lah…

  22. seronok baca posting2 anda semua.. saya baru mulakan biz internet walaupon sebenarnya tak abih lagi ‘menuntut’ ilmu biz internet… nak pegi ceramah IK pon tak sempat ngan tiga puteri2 yg masih kecik – manusia kan, 1001 alasan walau punya cita2 menggunung tinggi nak jadi jutawan)..

Leave a Reply

Your email address will not be published.