Backend product adalah product tambahan untuk anda jual kepada pelanggan sedia ada anda. Konsep produk backend adalah simple sahaja, tetapi, ia dapat menambahkan keuntungan perniagaan anda dengan mudah.
Konsep backend adalah kerana pelanggan yang sedia ada lebih mudah membuat keputusan untuk membeli daripada anda berbanding dengan pelanggan baru.
Sebagai contoh, pelanggan yang membeli buku Rahsia JUtawan-Jutawan Internet Terbongkar akan diberi peluang membeli CD Rom Langkah 1-2-3 (produk back end).
Contoh, jika jualan buku Rahsia Internet adalah RM10,000 sebulan. Tetapi, dengan memberi pilihan membeli produk backend CD Rom, jualan CD pula adalah RM5,000 sebulan. Hasil jualan keseluruhan untuk 1 bulan adalah RM15,000.
Sekiranya tiada produk backend, maka, hasil jualan untuk bulan itu adalah RM10,000 sahaja. Dengan backend produk, tambahan jualan setahun adalah RM60,000! (RM5,000×12).
Selamat bercuti dan fikirkan hari ini, apakah produk atau perkhidmatan yang boleh dijadikan produk backend bagi anda?
Untuk maklumat lanjut dan tip tambahan produk backend, sila rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar Bab 30 mukasurat 109.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Backend ni dapat cari wang lebih kalau kena gayanya la.. Tapi mmg xdinafikan ia amat mnguntungkan..
PS: Thanks Irfan sbb sudi tandatangan tadi.. Kenall x saya yg mana satu.. Mesti tak punya..
Backend product? Kalau perkhidmatan boleh ke dikategorikan sebagai product ?
Kalau begitu mulai sekarang kena fikirkan. Kalau orang tak masuk kelas komputer, apa pilihan saya beri? Erm, maybe kad kawin, online services, atau kelas tuisyen Bahasa Inggeris!
Apa-apapun semalam dah siapkan 2 tutorial (Ada 4 kesemuanya)!
Thanks .tips yang cukup bagus..untuk menambahkan pendapatan…banyak produk..banyak income..ermm
Matfain, tandatangan ape? Kat mana? Eeii jeles aida tau!
Backend product biasanya ditawarkan kepada yang opt in mailing list atau customer yang sedia ada..Sebarang offer,kita boleh hantar kepada mereka and generate more money with it..
Terima Kasih Irfan! dan semua 🙂
Terima Kasih 😉 Kini bukan sahaja jual produk fabrik. Juga kini ambil tempahan jahitan. Sambutan yang menggalakkan 🙂 Tak tahu pula yang mana nak jadikan back-end dan front-end.
Perkhidmatan pun rasanya kira backend jugak kot. Cthnya, beli buku panduan, 30 hari panduan secara online percuma (isk, cam betul je).
tak pun buat web e-learning (cthnya moodle.org.. open source utk buat web e-learning). sape yg beli nota secara online, dpt peluang belajar dgn moderator secara online
To Aida.. He he.. Tandatangan Irfan la..
Saya dapat masa Kursus 3 dlm 1 smalam..
Jgn jeles.. Nanti msti Aida pun berkesempatan jumpa Irfan jgak..
Backend produk ni best xkirala produk atau perkhidmatan.. Contohnya khidmat kita buat laman web, kita bole promote khidmat yg lain macam buat logo ke dan sbgnya..
Ye ke Faezil? Makacey~ 🙂
ya..saya baru terfikir nak tambah product rupanya cara ini dikenali sebagai back end..baru saya tahu..neway thanks Irfan
Inilah kali pertama saya dengar perkataan backend.Tak tau pula saya ada frontend dengan backend.Terima kasih semua.
saya ada terima tawaran macam nih dalam urusniaga pos… dia bagi tawaran satu produk dan kemudian dia bagi tawaran produk yang lain dalam iklan yang berlainan. rasanya memang nak beli la, sebab tawaranya menarik dan menguntungkan…
itu citer dulu laa… lepas nih kena buat produk bekend sendiri pulak laa…
jual buku, bagi tawaran istimewa ebook ker? atau bekend dengan kain fabrik ker? yer tak?
Hi Fatah,
Itu namanya upsell bukan backend. Bezanya ialah upsell ni kita boleh jumpa dekat Mc donald. Dia tanya kita nak beli apa…pastu time nak bayar jer…dia tanya lagi nak tambah fries ker, aiskrim ker DENGAN harga yang menarik.
Backend pula ialah produk kedua yang lebih mahal dari produk pertama. Contohnya pelanggan membeli satu produk cara2 membuat website dari kita dengan harga $50.
Bila pelanggan dah pandai buat website kita offer lagi software untuk hantarkan website mereka ke Search Engine dengan bayaran yang lebih mahal…itu namanya Backend…
Kalau nak tahu banckend nilah sebenarnya lubuk emas…sebab pelanggan akan beli kali pertama dengan kita jika kita bagus…tetapi mereka akan beli lagi…beli lagi dengan kita apabila mereka sudah percaya kepada kita.
Jutawan internet semuanya dah ada backend yang sedia menunggu pelanggan mereka.
*produk pertama sebagai umpan sahaja…
Betul tak ..
please comment.
kalu macam nih?
bekend ke macam nih? hehe
Bekend nih lebih kurang kita buat jualan keropok lekor buatan sendiri la. Kalu keropok lekor tu ok, dan ada lagi produk sampingan yang sedap macam burger buatan sendiri, sudah tentu costumer tu akan datang dan datang dan datang lagi.
Bukan sekali datang sekali pergi. Ezy come ezy go. Hehe.
Buku nih best ker? Cover nampak cantik jer…
Best giler laa brother! dah beli nanti mesti best, namun isinya tak begitu membantu. Harga tak berbaloi dengan apa yang dibeli. Buang karan je beli.
Silap haribulan nanti…Produk bekendnya dah tentu lebih kurang je.
Bekend yang ini best jugak maaaa…
Karipap,
Bekend kuih akok.
Bekend ais kiub.
Bekend goreng pisang.
Bekend seterusnya!
â€Eh eh… hang jual karipap kan? Jual kuih akok pulak? Eheh eh… ari tu jual karipap lepas tu jual kuih akok, lani goreng pisang pulak.
â€Macam mana dengan karipap?
â€Dah tentu masih diteruskan!
â€kuih akok pulak?
â€Masih seiringan tentunya!
â€ais kiub?
â€Sudah tentu mendapat sambutan yang menggalakkan!
â€Keropok lekor dan goreng pisang pulak sekadar untuk sambilan semata-mata! bukak cawangan pulak gitu!
â€Air soya dan cincau pulak cawangan yang lain! multiple stream laa!
Lepas nih apa pulak yer? Tuunnggguuuuuuuuuuuu….!
â€nah ini bisness kad saya…
â€eh eheh perkhidmatan sulam tampal,
â€ahahah perkhidmatan menaip,
â€ehh eheheeh perkidmatan gunting rambut.
â€Hmmm!Perkhidmatan bisness kad!
â€perkhidmatan penghantaran bungkusan ala DHL gitu…
â€Fuyooo… macam best je…
Wah banyak tu…
Jika costumer tersebut berpuashati dengan produk karipap anda… beliau akan membeli kuih akok pula dari anda. Lain hari beliau akan datang kepada anda untuk mendapatkan ais kiub pula untuk apa-apa majlis kat umah beliau.
Selepas itu jika kebetulan anda buka cawangan keropok lekor dan pisang goreng kat mana2 secara sistematik dah tentu beliau akan membeli keropok lekor dan goreng pisang anda.
Pastikan ia berkualiti. Jangan pakai balun je buat produk sukahati kita sekadar nak menarik costumer ramai2. nanti tak pasal2 kehilangan costumer. ini disebabkan ada peniaga sekadar berniaga disebabkan ada orang ramai yang berbeza2 berkunjung ke lokasi perniagaannya. jadi peniaga itu tak kisah apa pun jika sedap atau tak sedap. orang yang datang tu silih berganti. bukan kenal pun. itu laporan dari pak saudara saya la yang seringkali singgah kat mana2 tempat perniagaan untuk menjamu selera.
lain pulak citernya kalu sedap. dari jauh pasti datang dan akan datang lagi nak menjamu selera. macam dalam iklaneka jalan-jalan cari makan ler. mahalpun orang akan beli sebab memang sedap dan best wooooo….
Dari situlah anda perlu membina kredibiliti dan kecekapan anda dalam pengurusan perniagaan anda. Sekian terima kasih.
Dengan adanya bisness kad yang anda bagi pada costumer anda, secara tak langsung viral marketing akan berlaku kepada perniagaan anda…
# eh eh eheh produk utama adalah kuih muih sistematik la…lain2 produk dalam bisness kad sebagai produk bekend.
sekadar pendapat saya sahaja…
(Saya? Wuhuuu… masih dalam perancangan)
Akum saya ada mempunyai produk yang sangat2 berpotensi untuk dipasarkan dalam dan luar negara.Produk itu ialah perisian terjemahan BI-BI-Jawi-Chinese(10 buah semua) dan saya membinanya secara sendirian selama 5 tahun.Saya pernah menawarkan untuk jualan online melalui forum wangcyber.com namun para ramai yangberminat menjadi vendor untuk diedar kepada sekolah2 dan IPTA.
Maslaahnya saya tidak cukup fasiliti dan ilmu(seperti membuat CD secara bundle,penghantaran kpd rakan usahasama dan prosedur undang2).
Sekiranya bermurah hati,bolehkah memperkenalkan kepada saya rakan2 yg memberi perkhidmatan fasiliti seperti itu kepada saya?
Bagaimana pula jika menjadi rakan usahasama saya dalam jualan secara online?