Dalam menjalankan perniagaan, tidak semestinya apa yang kita promosikan adalah apa yang membuatkan kita keuntungan yang maksima. Ini juga adalah strategi dalam perniagaan.
Sebagai contoh, kalau kita lihat iklan McDonalds, apa yang sering dipromosikan? BigMac kan?
Sebenarnya, bagi McDonalds, apa yang membuat keuntungan yang banyak adalah Fries & Minuman- dan bukannya BigMac.
Strategy ini adalah untuk anda mengetengahkan sesuatu yang menarik sebagai promosi. Dalam kes ini, BigMac yang besar dan kelihatan lazat….
Tetapi, dalam mendapat keuntungan yang maksima, adalah dengan menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan besar dan permintaan tinggi! Dalam kes ini, fries & minuman.
BigMac menjadi daya penarik sahaja, walaupun orang tidak ramai yang beli, namun, keuntungan datang dari produk-produk lain (yang pastinya orang akan beli). Bagaimana anda dapat gunakan strategy ini dalam perniagaan Internet anda?
Saya juga menggunakan strategy ini untuk RahsiaInternet.com. sesiapa perasan? 😉
ps: Seminggu juga kita bercuti di Tip Satu Minit… ada yang masih lagi bercuti? 🙂Insyaallah esok, ada satu pelancaran produk Rahsia Internet baru! 🙂 Tungguu… (tiada hadiah bagi yang teka betul)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam kasih sayang,
Tq
Idea yang patut kita semua contohi, kerana semua JUTAWAN menggunakan konsep yang sama. sendiri sudah patut kita jadikan ‘idola’. Orang yang berjaya sememangnya sentiasa menjadikan orang lain yang lebih berjaya sebagai idola.
Semoga diberkati. Amin…
slmt pagi ,
dah kekeringan hadiah ke??hehe…
tak sabar nak tahu apa yang esok nak lancarkan…
han
emmm…tak sabar nak tengok produk ape esok tu…..mesti best ni…
cayalah.com ker?
Han, tu la, duit raya dah kering, hadiah pun dah kering 🙂
actually, senang sangat kalau nak teka apa akan dilancarkan esok, tak aci la dapat hadiah gak.
Kalau produk macam ebook dan harganya ok ( kurang dari RM 70 ringgit ),saya akan beli esok.
Ebook ke, apa ke ?
Apa-apa pun kit tunggu kezutan dari Irfan Khairi
Irfan Khairi
Kami ingin menjemput saudara untuk satu program forum “Blogs + Walet”; 25 November, 2.30pm di Hotel Corus.
Sila maklumkan kepada saya (019-2232002) sekiranya pihak bersetuju.
Program ini dianjurkan oleh Friedrich Naumann Foundation dan diselenggarakan oleh The Blog Bugs.
Assalamualaikum Irfan…
Selamat berjumpa kembali! Long time no see, apa khabar ?
Tq untuk tip hari ni. Boleh sy tahu apa strategi yg gunakan utk rahsiainternet.com ni?
Good Luck utk pelancaran esok…:-)
senang sgt??? ape yg nak lancarkan esok? Hmm senang bg yg dah tahu.. tp utk yg x tahu macam saya ni?? hmm ape la kebendanya tu.. :-/
askm ini berita baik ini tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut.mudah-mudahan bermanfaat untuk semua iyer….
goog idea. idea ni sangat bermanfaat untuk saya ni. tq .
A’kum irfan.
Ini pendapat aje.
Boleh buat “kelab/persatuan bakal jutawan”.
Tapi klu irfan kena tukar jadi “kelab/persatuan jutawan”.
Satu forum/blog masing2 boleh bagi pendapat/ideal.
Lepas tu kita halusi ideal tersebut @ modifity supaya ianya lebih berkesan & berjaya.
Klu boleh kita buat perjumpaan seminggu sekali ke?sebulan sekali ke?
Apa macam ini ideal aje…
Anything email utk respon ideal ini.
Thanks
Proff KUiTTHO
Baru balik bercuti raya.. baru dapat baca blog 😉
Maafkan saya Irfan. Pada pandangan saya strategy MacDonald adalah lebih kepada “small professor”. Maksud “small professor” ialah kanak-kanak. Jika kita lihat dalam iklan MacDonald, apa yang diselitkan ialah mainan-mainan untuk kanak-kanak. Jika katakan kita membeli sesuatu set meal, kita akan samada diberikan percuma atau membayar beberapa ringgit/dolar untuk mendapatkan mainan tertentu. Dan kanak-kanaklah yang lebih terdorong untuk mendapatkan mainan-mainan tersebut bukan kepada makanan yang disajikan. Dan sebagai orangtua, tentu keinginan anak-anak tidak mudah dihampakan.
Jadi kesimpulannya ialah kita harus pandai mencari strategy untuk menarik pelanggan “istimewa” yang mungkin lebih meminati khidmat atau barangan yang kita pasarkan diinternet. Seperti MacDonald yang sasarannya adalah kepada kanak-kanak.
Itu adalah pandangan saya saja.