Apa itu perlesenan (licensing)? Bahagian II

Sambungan dari Bahagian I: Apa itu perlesenan…

Anda tahukan lighter (pemetik api) berjenama Zippo? Sekiranya syarikat Zippo ingin meletakkan gambar The Rock-and-Roll King, Elvis Presley pada pemetik apinya, apa yang mereka perlu buat?

Ya, Zippo perlu membayar licensing fee dan royalti atas setiap jualan Zippo bergambar Elvis kepada syarikat Elvis Presley! Walaupun Elvis sudah tiada lagi berpuluh tahun lamanya, waris Elvis masih mendapat royalty dari licensing – sebab itu anak Elvis kaya raya.

Harapnya dengan contoh di atas anda semakin jelas dengan licensing.

Sekiranya anda ingin me-license kan sesuatu produk, langkah pertama adalah untuk mendapatkan TRADEMARK. Trademark tidak menjaminkan orang tidak akan ciplak produk/perkhidmatan anda- ia cuma menjamin anda boleh melakukan tindakan undang-undang sekiranya anda di ciplak!

Kos mendapatkan trademark, berbeza mengikut apa yang anda ingin trademark. Melalui peguam saya, dalam lingkungan RM10,000 untuk slogan (ada yang lagi murah). Ya, memang mahal. Sebab itu juga licensing kurang dilakukan di Malaysia (sebab pertama, terlalu banyak cetak rompak).

Adakah licensing untuk anda? Pada pendapat saya, sekiranya anda mempunyai jenama yang sudah dikenali ramai, maka, licensing boleh menjadi pilihan (Seperti Siti Nurhaliza, Chef Wan, Azizi Ali, dan harapnya Irfan Khairi :)). Ini adalah kerana, kekuatan licensing adalah pada jenama. Usahawan yang ingin membeli license dan membayar royalty sudah tentunya mencari produk2 yang berjenama untuk memudahkan mereka menjual semula.

Namun begitu, Hello Kitty (kucing yang tidak bermulut), Mickey Mouse, Smurf dan lain-lain bermula dengan hanya lakaran sahaja- dan tiada siapa yang mengenali pelukisnya! Nothing is impossible!

Juga, jangan lupa, usahawan yang berjaya adalah mereka yang memandang jauh. 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang, bagaimana licensing dapat menambahkan pendapatan residual/passive anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Apa itu perlesenan (licensing)? Bahagian II

  1. Terima kasih atas penerangan yang jelas. Ya, salah satu faktor kurangnya licensing adalah kos tersebut. Juga, dari segi kesedaran licensing seperti trademark itu sendiri. Ramai yg tidak sedar dan tak kurang juga memandang remeh terhadap perkara ini.. Tetapi, dengan kempen berterusan pihak kerajaan melalui Kementeriannya dan semestinya melalui blog ini, saya yakin rakyat malaysia akan bertambah faham mengenai hal2 sebegini seperti trademark itu tadi..

  2. Asalammualailum,

    Rasanya kos yang katakan tu sekali je kan. Sedangkan income dari nya sangat panjang dan menguntungkan.

    Jadi bagaimana prosidurnya untuk licencing kursus tu?

  3. Salam

    Saya bersetuju yang licensing boleh menambahkan passive income untuk perniagaan kita. Cuma masalah terbesar di Malaysia ialah kos and juga usaha pemantauan. Apabila kita sudah license perniagaan kita, perlukan banyak kos untuk dapatkan license tersebut and juga usaha untuk menantau penggunaan license kita itu. Untuk perniagaan kecil mungkin tak sesuai kerana tak mampu.

    Untuk perniagaan saya, ResumeWeHelp.com, saya nak licensekan “Career Marketing Program”, program untuk memasarkan kerjaya anda (baru kat Malaysia), tapi saya tak mampu. InsyAllah, kalau perniagaan saya ni maju, mesti saya nak licensekan program ini.

  4. oo…mmg best la kalo kite dah dpt patenkan kite punye trademark..ape2 hal kite boleh dakwa orang ciplak kite punye…
    sy ade terbace kisah kartunis Ujang..kesian dekat die..disebabkan die tak ambil peduli dlm paten-mempaten ni bisnes die akhirnya jatuh disebakan karyanye diciplak…dulu income die sebulan sebagai kartunis cecah RM100,000 sebulan…sekarang katenye nak daptkan rm10 pun susah…kesian..
    kite kena amik iktibar dalam hal camni…
    orang suke2 je boleh jatuhkan kite punye bisnes..disebabkan kite tidak patenkan kite punye produk…
    semoge kite dpt ikuti jejak² yg semakin hari semakin mantap..tahniah…:D

  5. So.. sekarang saya dah jelas bagaimana licensing didaftarkan. Dan kosnyer.. erm… memang rakyat malaysia akan berkira-kira kalau nak licensing… tapi kalau orang barat.. diorg sedikit ‘pintar’ berbanding kita.. mereka melihat 5 tahun, 10 tahun , 50 tahun, 100 tahun akan datang. Thanks beri penerangan.

  6. yup jadi kita dah tahu skrng macam mana org kaya bertambah kaya…ada berbagai perkara yang boleh mendatangkan wang maka sepatutnya kita belajar….dgn bersungguh sungguh..

  7. banyak benda baru yang saya dapati dari blog Maklum saja la saya agak jahil sikit fasal environment perniagaan ini. Mungkin boleh cerita atau bagi mana -mana website yang boleh kita explore utk membantu atau menanmbah nilai perniagaan seperti licensing tadi.

    Terima Kasih

  8. irfan, baru lah saya faham sekarang, tapi kalau nak buat licensing ni nak rujuk jabatan mana irfan?? boleh bagi tau kami jabatan , kementerian mana yang terlibat, supaya saya senang nak bertanya.. tq

  9. hem… licensing bagus.. n saya tak sure betapa licensing boleh boom kat m’sia… kalau gov tak tingkatkan enforcement saya rasa boleh terkubur jugak… cetak rompak kat m’sia ni dah tak terkwal dah… pegi la kat mana-mana pun… bersepah barang2 imitation dari china… pelikkan?? Hong Kong sebelah je dengan China, tapi susah nak jumpa barang imitation kat sana kecuali kat mongkok…

  10. Kalau jabatan kerajaan saya tidak pasti, oleh kerana saya deal dengan peguam & penasihat trademark.

    Tak silap saya pejabat kerajaan di Daya Bumi (kalau tak pindah ke Putrajaya), di bawah Hak Cipta & Paten.

    Ada juga non profit organization di Malaysia yang memberi nasihat perlesenan iaitu http://www.lesm.org.my

    Dalam perlesenan, peguam memainkan peranan penting oleh kerana untuk menjalankan tindakan undang2 sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Kalau melakukan perlesenan, memang penting adanya peguam untuk memastikan tiada orang yang ambil kesempatan.

  11. Helo all…Saya rasa kan licensing ni memang baik . jika sebelum ni hanya syarikat2 besar jer yg tau tapi mujurlah u sudi share info pasal ni. I tau rata2 dari kita ( penghantar komen kat sini ) terdiri daripada golongan muda yg komited untuk mempunyai perniagaan sendiri tak kira la offline ker atau online. Dipendekkan cerita, info tu sgt berharga sekali. Thank U.

    Cadangan ikhlas dari saya:
    Irfan , u adalah idola saya #1 di negara ini dalam bidang keusahawanan. I tau nama u dah beterabur kat majalah , TV , suratkhabar dan sebagainya. Dah banyak sumber i baca,dengar dan lihat sendiri kebolehan u. boleh menjadi pakar keusahawanan juga pakar motivasi. Aper kata u terbitkan e-zine untuk motivasi kepada kami semua. Manfaatnya sangat besar. Thank u sekali lagi.

  12. my husband punya buss kecil2 studio & entertaiment.dia bagus dlm penciptaan lagu but semua jadi koleksi peribadi,variety of song,ada yg sesuai for iklan,for ama,ada yg mendayu2 and yg sesuai 4 club and disco.lepas baca ttg licensing kat Tips 1 Minit saya terfikir lak, samada lagu2 my husband ni tergolong product yg boleh di licensingkan?

  13. tq en.irfan..dan rakan forumer semua…boleh tahan gak power licensing nih yek..saya faham dah… 🙂

  14. Miclee dan juga rakan2 yang lain. Memang saya amat berbesar hati dengan sokongan anda semua.

    Mengenai menjadi pakar motivasi, memang ke arah itu hala tuju saya terutama dalam bidang keusahawanan.

    Insyaallah minggu hadapan saya dijemput menjadi tetamu pakar motivasi untuk rancangan realiti TV baru. Pencapaian saya kini adalah hasil sokongan anda semua 🙂

    Buku saya seterusnya pun mengenai …. (surprise!)

  15. nina > itu bukan licensing. tapi jenis terima bayaran royalti macam lagu2 kat kaset, disco, radio dsb. perlu bertanya pd mereka dalam industri hiburan.

  16. licensing byk jenis bukan sahaja kita nak lisenkan produk/servis kita saje…utk makluman pembaca tip ini.
    kita juga boleh dpt membuat produk “under license” di Malaysia dari syk asal. contoh kita boleh buat baju jenis “arrow” di Malaysia & ekport balek ke USA (negara asal). semasa saya di USA pada tahun 1980 dulu saya telah terjumpa di kedai Alexander’s (Hyper) baju panas (kot utk pakai musim winter)yg berjenama “London Fog”
    Made in Malaysia.Bila saya tanya kaunter adakah baju ini dari Malaysia?dia jawab ia, kenapa di Malaysia winter sejuk ke?(tanyanya).
    saya jawab, Yes Very Cold….(ini gara2 org sana tak tahu geography Malaysia). begitu juga kasut Reebok, asal USA, kemudian Korea, sekarang banyak made in Indonesia. Kualiti sama, mengikut speks dan kawalan mutu Reebok tp kenapa buat di Indonesia, sebab kos pengilangan, kos labor(sumber manusia), bahan mentah,dll semua murah. ini bukan tiruan tp under license dari syk Reebok. begitu juga bola adidas World Cup buat di Bandung, Indonesia..saya melawat kilang nya disana tahun 1990.
    kalau anda ada jenama yg hebat anda blh jual license anda utk dieksport ke merata dunia.betul kata Irfan….ini cara org jadi jutawan melalui passive income..buat sekali tp income selama2nya…kecuali kalau kita jual “our Total out-Rights” kepada pembeli/pelabur tak kira dari mana sekali pun. Pengasas McDonald’s yg sebenar ialah McDonald brothers: Maurice McDonald dan Richard Mcdonald. Mereka mendirikan restoran di San Bernardino, California. Tetapi yg menjadi jutawan & usahawan fast food yg terulung didunia ialah Ray Kroc yg membeli lesen , jenama dan semua hak McD (kecuali restoran kepunyaan mereka) dgn kos US$2.7juta saje..Restoran McDonald’s dipunyai McDonald Brothers akhirnya tutup kerana bersaing dgn McD’s Ray Kroc dgn kaedah Francaisnya.
    ada usahawan kita yg boleh jd begitu?…cuba fikir2kanlah..Mcdonald’s brothers dah mati begitu juga Ray Kroc tapi….nama nya popular seantaro dunia….di Malysia saje dah ada lebih kurang 150 outlets.ok..jumpa lagi..

  17. Memang pada zaman sekarang amat perlu kita mengambil tahu perihal hak milik karya intelek ini supaya tidak di aniaya oleh manusia2 tamak yang tidak tahu hukum hakam dan tidak beriman dengan hari akhirat.Mengambil hak milik orang dengan kebijaksanaan undang2 walhal undang2 Alah ta`ala adalah lebih adil dan setiap perbuatan aniaya pasti akan di balas allah kelak di akhirat…Aku yakin siapa juga yang bertanggung jawab mencuri hasil2 karya kartunis ujang akan menerima akibatnya dari memakan hasil haram.Sama2 lah kita mendoakan agar kartunis ujang terus tabah dan meneruskan perjuangannya di dalam menghasilkan karya2 yang bermutu.hidupppppppp ujangggggggg“`

  18. “Bak sebutir mutiara di depan mata tapi tak nampak langsung! itulah aku hakikatnya”

    Aku nih dh 7 tahun niaga freelances & partimer tp dpt duit habis camtue aje… bak kata nasib Do.Re.Mi. “Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam..”

    Wahh!.. Irfan mmg memberi sentuhan kecundang.. Bab lesen saja dh cukup membuka mata dan minda ku, malah memberi sentuhan idea baru plk & rancangan 10 tahun akan datang! Kena buat sesuatu nih.. 🙂

    Seperti McD’s Ray Kroc dgn kaedah Francaisnya! Tak sangka McD’ sekarang bkn milik pencipta asalnya pulak… 😉 hmmm

    Tentunya yang berpengetahuan akan pantas berjaya, seperti org yg celik lh tahu membezakan intan dan kaca bkn?

    ehh!! lelebih plk aku nih.. dh mcm motivator plk sorry. ):p apapung.. Thanks! dan rakan forum sumer.. c.ya! yeaaaaaha! >:)”~~ wacchaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!……

  19. Saya membaca sekali imbas, apa yang rakan2 kita tulis. dari gaya dan cara penyampaian, seolah olah kekawan kita ini bukan lah mereka yang berminat dalam bidang perniagaan. mohon maaf. Saya ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama. bagi saya ianya sesuatu yang benar dan dialami sendiri oleh saya. Saya memang kaki tools. ( machines dan peralatan kejuruteraan )
    Buat masa ini saya hampir memiliki semua jenis hand tools.
    Selalunya saya akan membeli tools dari hardware yang mempunyai banyak pilihan. suatu hari, Saya secara berani telah pergi ke sebuah kedai tools di desa pandan. ( mereka hanya menjual secara borong, iatu Brand stanley ) saya telah di maklumkan awal2 lagi bahawa mereka tidak boleh menjual kepada saya. that ok. saya sering kali pergi untuk melihat katolog yang terkini di kedai tersebut. ini kerana minat punya pasal. lama2 saya jadi kawan baik dengan salah seorang towkey kedai tersebut. yang mana saya panggil “panjang” bila dah kawan, terlanjur cakap saya minta untuk membeli cutter cable brand shell yang turut di jual di kedai tersebut. sebenarnya harga cutter cable tersebut di Hardware lain adalah lebih kurang sama saja, iaitu RM 49.00 seunit. minta kurang boleh pergi RM45.00. that ok. si panjang setuju untuk menjual cutter tersebut dengan harga RM 19.00 setelah saya dimaklumkan bahawa mereka telah mengambil keuntugan sebanyak 15 peratus. Saya terkejut. terfikir mungkin bukan original kut. tapi pengalaman memberi kelebihan. saya terlalu yakin bahawa cutter tersebut adalah original. saya beli. selapas itu saya membeli 1 set Spanar box stanley ( full set )dengan harga RM170.00 dimana harga di pasaran adalah RM 390.00. Saya katakan inilah perniagaan. saya amat mengkagumi mereka2 ini. dan kaedah ini saya telah praktik didalam bisnez saya sekarang ini. sebab itu dulu saya tertanya2 kedai nampak tak ramai pelanggan tetapi boleh bertahan lama. pada masa ini saya praktikkan kaedah ini. modal RM 10.00 saya buat bisnez RM 2.00
    .

Leave a Reply

Your email address will not be published.