Anda perasan tak di kedai-kedai kini ada bermacam-macam produk World Cup? Seperti key chain, buku, lighter, phone card dan sebagainya diletakkan sticker kecil World Cup Germany 06?
Itu adalah licensing. Di mana FIFA melesenkan penggunaan logo World CUp pada produk-produk yang di jual (merchandise). FIFA akan menerima royalti atas setiap jualan produk yang mempunyai logo tersebut.
Anda pernah nampak tak pencil box bergambar Mickey Mouse, note pad bergambar Winnie the Pooh, beg tangan bergambar Hello Kitty, dan sebagainya? Itu adalah licensing.
Namun, licensing, bukan setakat gambar/logo/ikon/character sahaja.
Pernah dengar tak slogan “Life is too short to be ordinary” ? Istilah ini di lesenkan oleh kawan baik saya Azizi Ali. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang ingin menggunakan istilah tersebut untuk T-Shirt, bumper sticker, poster dan sebagainya, perlu membayar bayaran perlesenan dan royalti kepada Azizi Ali. Sekiranya syarikat “Nike” ingin menggunakan slogan itu, maka bertambah jutawan lah Azizi Ali!
Jutawan Robert G Allen- penulis buku hartanah popular di USA “Nothing Down” pula melesenkan seminarnya “Nothing Down”, jadi, sesiapa yang ingin menyampaikan seminar tersebut boleh membeli lesen daripadanya dan membayar royalti atas keuntungan setiap seminar.
Konsep licensing telah lama digunakan diserata dunia (kini anda tahu!). Di Malaysia, licensing amat kurang sekali, mungkin kerana terlalu banyak produk2 cetak rompak.
Sekiranya anda mendapat idea atau konsep yang boleh dilesenkan- why not? Ia boleh menjadi salah satu aliran pendapatan berganda anda- dan ianya passive/residual income!
Latihan: Namakan konsep perniagaan perlesenan yang anda ketahui! (senang sahaja soalan ini… cuma sebelum ini anda mungkin tidak perasan bahawa sesuatu itu sebenarnya dilesenkan untuk kegunaan perniagaan)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
berapa costing untuk slogan licensing ini yer ? … maybe forumer yang lain pun mahu tanya perkara yg sama..almaklumlah..newbie dlm bisnes 🙂
Bagaimana Irfan licensingkan semua tu??
Kena bayar ke nak buat licensing??
Mesti mahalkan kalau nak buat licensing ni.
Saya baru nak tanya soalan nih.. mungkin kita tidak perasan tentang qoute yang dilicensing .. boleh terangkan bagaimana proses atau bagaimana kita nak tahu sesuatu qoute itu di licensing?
Ia boleh jadi salah satu “passive income” jika idea tu tul-tul menjadi…Seperti soalan riezal…berapa, bagaimana dan di mana nak buat licensing ni?..Thanks
hm.. info yang menarik… saya pun kalau boleh nak tahu juga, mcm mana proses nak buat licensing tu? ada website atau mana2 tempat yang boleh dibuat rujukan?
err…sama tak licensing dengan francais? cek tak tau 🙂
irfan apa beza antara licensing dengan francis?? saya rasa licensing macam niaga …
1 kumon – pusat tuisyen
2 smart reader – sekolah tadika
3 nike – jenama pakaian sukan
4 . . . . dah tak tau,, hehe
Betul ke?
Asalamualaikum,
Eh, minatlah saya nak mengendalikan kursus 3-dalam-1 tu, di masa depan. Tapi macam mana pulak caranya?
ermm…mmg best kalo dapat licensing ni…org gune je mende kite..kite dat income..tapi kena betul2 mantap la…kalo cam dah ok…macamane kite nk buat ye…tinggi ke costing die?
Irfan, kat dlm kelas if saya bg latihan kan, saya bg satu/dua contoh pd students spy depa bleh paham n mudah buat latihan.
bg satu contohlah. saya mmg clueless dlm hal camni tp minat nak tau as general knowledge. mana la nak tau kot2 student saya tanya. mesti forumer lain pun nak tau gak kan?
saya juga seperti riezal, mempunyai soalan yang sama… juga newbie dlm bisnes 🙂
A’skum
Kalau boleh detailkan lagi cara nak lakukan…
Semoga banyak manfaat untuk masa depan..
TKasih………
Dah 2 hari tak dapat bagi comment .. argg demam.
Saya pun mempunyai soalan yg sama spt rakan2 lain esp soalan spt shbt baik saya, riezal..
Setakat ini yang saya cuma tahu perkataan paling power dalam bisnes ialah ‘NO MONEY NO TALK’.. Terima kasih sebab banyak membuka minda kami pada persoalan2 baru..
Barulah otak lebih kreatif dan bertenaga..
Kalau boleh didetailkan lagi cara-caranya kan lagi bagus…
lepas ni kita pakat2 cipta slogan..dan licensing
ok…?
insyaallah nanti saya cerita kan lagi mengenai licensing dalam tip perniagaan lusa…
ramai yang berminat nampak? 🙂
that’s good- buka minda kita pada peluang2 perniagaan yang ramai jutawan telah take advantage!
hem kan dalam tips tu dah bagi tau siapa yang details kene hubungi dia personally… sebab biasanya licensing diberikan pada orang yang layak sahaja.. orang yang bagi license ni dia takkan bagi pada yang tak layak.. kemungkinan akan menyebabkan nama baik syarikat yang memberi lesen tu terjejas jika hak tersebut terlepas kepada orang yang tidak layak (bagi contoh irfan,tak layak dari segi kompetensi untuk menyampaikan seminar dengan baik.. atau kemungkinan disalah guna)…
rasanya elok masukkan secara detail bagaimana nak lesenkan website dalam laman web 101cara promosi…
syah
http://www.pil-fiber.com
as’kum
dr, sy seorg student kolej matrikulasi perlis dan memerlukan contoh syarikat dlm perlesenan scr detail .. cth: syarikat mana beri lesen kepada siapa untuk produk apa? tolog bantu sy….. plezzz
blh tlg sy x? sy nak cri cth2 licensing tp x jumpe… nk wk assingment… blh bgtau website dia x?
Apa kelebihan kaedah perlesenan??