Anda baca lagi tak?

read.jpgTip mudah pagi Isnin ini…

Saya pasti anda rajin membaca buku-buku motivasi, perniagaan & kewangan. Tetapi, anda ulang baca tak?

Sering kali saya akan baca sebuah buku itu 2-3 kali dan dapati, selepas membaca kali kedua, ada banyak tip-tip dan points yang saya terlepas pandang. Lagi banyak idea-idea baru akan datang apabila mengulangi bacaan buku.

Contohnya, anda perasan tak sekiranya anda menonton wayang/movie kali ke-dua, anda akan lebih memahami cerita dan lebih memahami dialog-dialog dan plot cerita tersebut. Ini kerana, kali ke-dua akan menenangkan anda dan anda bersedia dengan apa yang bakal akan terjadi. Oleh itu, anda boleh fokus pada dialog-dialog dengan lebih terperinci.

Begitu juga apabila membaca. Kali pertama, anda tidak tahu isi kandungan buku tersebut. Tetapi apabila kali kedua, anda sedia maklum isikandungan buku tersbeut, minda anda akan lebih terbuka dengan idea-idea baru dan strategi-strategi baru yang didedahkan!

So, apa kata anda ulang baca buku-buku yang sedia dalam koleksi anda hari ini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Anda baca lagi tak?

  1. Salam kasih sayang,

    Saya amat setuju dengan topik kali ini, itulah “KEAJAIBAN PELAZIMAN”, apa jua yg kita ulang selalu sama ada suka atau tidak ia pasti berlaku dlm hidup kita, ‘air yg menitik berterusan pun mampu melekukkan batu yg keras’.
    Sedangkan monyet pun boleh diajar.

    Terima kasih sifu, akhirnya saya dpt siapkan ‘website’ yg telah lama saya “cuba”(maklumlah dah petang baru nak belajar). Hrp kwn2 dpt beri komen dan cadangan.
    sihatkayabahagia
    Semoga usaha kecil ini akan menjadi permulaan kejayaan besar masa depan.
    Semoga diberkati. Amin

  2. Eh betul lah…saya selalu pelik apabila membaca buku kali ke 2 atau ke 3, seperti banyak sangat yang terlepas.

    Seperti buku Irfan sendiri, padahal buku itu cukup mudah untuk difahami. Saya pun dah ingat saya hafal semua, tetapi masih ada lagi perkara-perkara penting yang saya tidak lakukan.

    Thank You kerana mengingatkan kami. 🙂

  3. Tepat sekali. saya memang ulang baca… ni sudah jadi habit… sebab bacaan kedua kali lah baru sy akan point out prkara2 penting…

  4. salam, ya,saya sgt stuju,..mcm weekend baru2 ni..sabtu dan ahad, saya duk terperap dlm bilik baca balik buku2 motivasi,artikel perniagaan dan sambil mencari idea..rasa x bosan…bygkan,dr pg sampai ke tgh malam duk membaca..hhuhuhu…2 ari berturut lak tu..

    Tapi ape yg pasti, mmg dpt refresh balik ape yg kita telah baca dulu, dan dpt idea2 yg baru dan sekaligus menaikkan kembali semangat yg ade kalanya kendur sebelum ni..

    tq,

    mazlie nadzri

  5. Dulu bila saya baca buku berbentuk usahawan atau motovasi, saya main baca je

    Tapi sekarang tidak lagi. Baca sambil ambil nota. Setiap pagi saya akan baca nota berkenaan

    Ia amat baik dan cukup berkesan. Terutama untuk kekalkan momentum dalam diri kita supaya “bijak berusaha” dan “bijak rebut peluang”

  6. dulu-dulu masa saya masih belajar, selalu tak cukup duit nak beli buku-buku baru (masa kerja jadi tukang cuci). Jadi, apa saya buat adalah ulang baca buku-buku yang sedia ada sampai betul-betul faham setiap konsep yang diberikan 🙂

    kalau anda tak cukup budget beli buku-buku baru, apa kata ulang baca buku-buku lama!

  7. Selalu jugak buat macam ni. Baca balik buku-buku lama. Tapi tabik dekat En. Azizi Ali masa dengar rancangan jutawan haritu banyak jugak beliau baca buku. Ingatkan org jutawan tak payah dah baca buku rupanya lagi banyak yang di baca rupanya.

  8. memang tepat..bila kita baca buku tu berulang kali, kita akan dapati sesuatu yang baru dan idea yang datang pun baru juga..

    kadang-kadang ada buku yang di baca berulang ulang kali…terutamanya yang rasa seronok dibaca…tp ada juga sekali sahaja tanpa diulang…

  9. Membaca buku yang sama berulang kali akan memantapkan lagi ilmu di dada. Kesannya ia akan menambah keyakinan diri bila berbicara mengenai topik berkenaan.

  10. Askum…
    Saya telah lama mengikuti perkembangan tapi setiap kali saya membaca blog saya sering tertanya-tanya, bagaimana cara Berfikir? dan sekirannya membaca bagaimana mengaplikasikannya dalam perniagaan?.

  11. pengulangan bacaan tu amat bermanfaat sebab dia ianya dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada kita. Tapi, apa yang lebih penting ialah perlaksaan dari apa ilmu yang kita dapat. Tak guna banyak ilmu kalau tak beramal. 😉

  12. Patutlah bila tgk sesuatu cerita kali pertama memang tak berapa faham lagi, kali kedua tgk baru betul2 faham.. Buku pun sama kan, kali kedua kita baca baru kita akan faham dan ingat

  13. salam utk semua 🙂 1st time bg comment kat cni.slalu jd pembaca setia je.stp kali baca makin ‘geram’ coz ‘cemburu’ dgn kejayaan n pencapaian org lain.sy pernah buat biz masa study tapi x menjadi.mcm2 hal jd n sy hampir putus asa.byk perkara perlu perbaiki.kat cni dpt byk sgt input.thanx irfan n semua yg bg comment n tips2 yg hebat!!!sy akn jadi slh seorg dari anda.insyaallah..
    doakan kejayaanku 😉

  14. Saya selalu ulang2 buku2 yang telah saya baca.. maklumlah.. kadang2 tu terasa macam masih ada kekurangan. So bila baca balik, kita dapat remind semula apa yang perlu dilakukan malah kita juga dapat memahami point2 yang dulunya kita x faham..

  15. saya berstuju dengan tips hari ni. kebetulan saya kini bekerja di sebuah pulau peranginan di mana tiada kedai buku di sini.Nak beli buku terpaksa ke tanah besar atau beli secara online tetapi terpaksa ambil di tanah besar juga.leceh yang amat.Utk penyelesaiannya, beli byk2 & baca berulang2 buku yg sama sementara berpeluang ke tanah besar & singgah ke kedai buku berdekatan. Setiap kali membaca untuk kali yang kedua & seterusnya rasa pemahaman tu lebih jelas. terima kasih utk tip yg bagus ini..

  16. Assaalammualaikum..
    Saya setuju dengan Irfan..
    Mari kita membaca..

    Sekadar renungan, kenapa agaknya, ayat yang pertama sekali Allah SWT turunkan pada Nabi Muhammad SAW ialah ayat IQRA’?

  17. saya setuju. kerana bukan semua perkara yang dinyatakan dalam buku yang kita baca faham semuanya dengan hanya sekali baca. bila membaca banyak kali, otak akan menghasilkan lebih banyak pemahaman setiap idea yang dikongsikan. selain itu, ia juga mampu menjadi start up penghasilan idea yang baru.

    kesimpulannya, banyaklah membaca untuk menjadi insan cemerlang kerana pakar islam terbilang di waktu kegemilangan islam pun memang mengamalkan sikap sentiasa membaca ini 🙂

  18. dulu,masa kt sekolah menengah,saya kurang membaca buku-buku ilmiah namun semenjak masuk U, saya kena banyak membaca tambahan pula dengan membacalah saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan tak kira buku jenis apa pun.

  19. saya pun sama masa standard form dulu la.. memang menjadi sampai dapat no 1 kat skolah multi racial memang best tapi dah menengah mula malas.. geram tol.

  20. saya masih teringat lagi masa pertama kali saya terjumpa buku abg irfan khairi nota jutawan nota perniagaan bulan puasa tahun lepas lah dan masa tu saya cuma ada duit dekat tangan cuma rm50 je dalam masa yang sama plak ada buku nota jutawan nota motivasi plan saya masa dari rumah duit tu nak beli juadah berbuka puasa tapi entah lah kenapa saya pun tak tahu bila saya renung…je gambar abg irfan tu saya rasa macam gambar abg khairi khairi tu hidup seolah-olah dia suruh saya beli buku dia tu macam kena sihir plak masa tu aku nak beli makanan masa tu pas tu balik bawak buku plak masa tu2 lah first saya kenal abg irfan dan melayari web site dia sehingga kini he..he.. jangan marah tip mengulangkaji membaca adalah tip yang paling berguna saya dah baca nota jutawan nota perniagaan sebanyak tujuh kali dan notajutawan nota motivasi sebanyak 13kali boleh chalenge tak saya tak berapa nak faham lah cara nak mendapat kan e-book mentor jutawan tu macam mana untuk saya beli saya tak pernah beli melalui internet haraprakan2 dapat membatu e-mel saya baan_88@yahoo.com

  21. tips ni bagus..sy rasa kalu ada rakan2 yang masih belajar di u atau sek.rendah atau menengah, baca buku seperti disarankan. memang first time baca kita dah catat point2 penting, tapi bila kali ke2 dan ke3, dah jumpa point2 yang tersembunyi atau tak dikenalpasti…maklumlah kita ni manusia, kadang2 tersilap, terlupa dan sebagainya…

  22. bagus idea nie… dah bole jd mcm bank idea… tambahan idea, klau x pkai buku , bole gunakan note dalam hp… sbb hp slalu di tangan.. dapat idea trus tulis dalam note

Leave a Reply

Your email address will not be published.