Anas Bin Malik: Perawi Hadis Rasulullah s.a.w. (Hartawan Yang Zuhud) (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Anas Bin Malik: Perawi Hadis Rasulullah s.a.w. (Hartawan Yang Zuhud) (Bahagian 1)”]

Doa Nabi terhadap Anas.

berdoa

Ketika ibunya datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata : “Wahai Rasulullah, ini adalah Anas, anak yang bijak dan cerdas untuk membantumu” lantas Anas diserahkan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda kemudian menerimanya. Ibunya lalu memohon kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendoakan Anas, maka Nabi pun berdoa untuknya.

“Ya Allah! perbanyakkanlah anak dan hartanya, serta masukkanlah dia ke dalam syurga.” Dalam riwayat lain, “Ya Allah perbanyakkanlah harta dan anaknya, panjangkanlah umurnya dan ampunilah dosanya”.

Anas berkata, “Demi Allah hartaku sangat melimpah, sampai kurma dan anggurku berbuah dua kali dalam setahun. Jumlah anak-anak dan cucuk-cucuku mencapai seratus.” dalam riwayat lain seratus enam. Berkat doa Rasulullah s.a.w. maka Anas menjadi sahabat yang paling banyak anaknya serta paling panjang umurnya.

Penjaga Rahsia Rasulullah saw.

Suatu hari Anas melayani Rasulullah s.a.w. sehingga selesai dan kemudian berkata : “Nabi sedang tidur siang,” selepas itu beliau pun pergi dan mendapati anak-anaknya sedang bermain. Beliau berdiri dan melihat mereka bermain. Tiba-tiba Nabi datang, dan memberi salam kepada mereka. Terus memanggil Anas dan mengutusnya untuk suatu urusan. Sepertinya ini adalah perintah rahsia, hingga beliau mendatangi ibunya dengan perlahan. Ibunya bertanya “Ada apa denganmu?”  Anas menjawab, “Nabi mengutusku untuk suatu urusan. Ibunya bertanya lagi, “Urusan apa itu?” Anas menjawab, “Ini adalah rahsia Nabi”. Maka ibunya berkata, “Jagalah rahsia Rasulullah”. Maka Anas tidak menceritakannya kepada sesiapa pun.

Akhlak Rasulullah s.a.w. terhadap Anas bin Malik.

Pada suatu hari Rasulullah mengutus Anas untuk suatu hajat, kemudian beliau berkata, “Demi Allah saya akan pergi!” Dalam hatiku aku akan pergi kalau Nabi menyuruhku. Kemudian beliau  pun pergi dan melintasi kanak-kanak yang sedang bermain di pasar. Beliau yang masih remaja ketika itu, turut terleka bermain sekali. Tiba-tiba Rasulullah datang memegang tengkuknya dari belakang. Kemudian beliau melihat kepada baginda Rasul, ternyata baginda tersenyum sambil berkata, “Wahai Unais, pergilah selesaikan apa yang aku perintahkan!” Maka Anas menjawab : “Baik Rasulullah, saya akan pergi”. Anas berkata lagi “Demi Allah aku telah menjadi pembantu baginda selama 9 tahun, aku tidak pernah mendapat komen tentang apa yang aku kerjakan”, “Kenapa kamu berbuat seperti ini dan begini?” Atau sesuatu yang aku tinggalkan, “Kenapa kamu tidak berbuat seperti ini?”

Anas telah menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.  bertahun-tahun lamanya, tetapi baginda tidak pernah mencelanya sama sekali, tidak pernah memukul, tidak pernah mengherdik, tidak pernah bermuka masam, tidak pernah menyuruhnya dan sekiranya malas Rasulullah tidak mencelanya. Maka jika salah satu keluarganya mencelanya, beliau berkata, “Biarkanlah apa yang dia kerjakan!”

Tsabit bertanya kepada Anas “Apakah tanganmu pernah bersentuhan dengan telapak tangan Rasulullah s.a.w.? Anas menjawab, Ya, pernah! Baginda menghulurkannya padaku, dan aku pula menyambutnya.

Karamah Anas

Ibnu Abi Dunya berkata : “Ketika Tsabit sedang bersama Anas, tiba-tiba datang Qohromanah dan berkata, “Wahai Abu Hamzah, telah datang musim kemarau, sehingga tanah kami kering”. Kemudian Anas terus berdiri dan mengambil air wudhu, lalu keluar menuju tanah tadi  dan melakukan solat sebanyak 2 rakaat. Setelah itu beliau berdoa. Maka tiba-tiba awan pun mendung dan turunlah hujan, sehingga airnya melimpah-limpah. Ketika hujan reda, Anas memanggil sebahagian keluarganya dan berkata, “Lihatlah langit itu”. Maka setelah itu tanahnya menjadi subur.

Menurut catatan, Anas memang sangat kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ). umur beliau ketika wafat ialah 104 tahun dan beliau telah meriwayatkan sebanyak 2200 hadis Nabi s.a.w.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.