Air Asia vs MAS

Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz…  Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!

Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?

Pada pendapat saya, yang untung adalah Singapore Airlines kerana memberi fokus kepada penerbangan eksklusif dan layanan istemewa 😉 Singapore Airlines adalah antara jenama hebat penerbangan dunia.

Oh ya, pelanggan juga untung kerana dapat penerbangan pada harga rendah- serta pilihan antara Air Asia & MAS lagi tu! Yipee!

Tip Satu Minit: Jauhkan daripada terlibat dalam perang harga. Ia hanya merugikan anda. Ciptakan keunikan sendiri dan kelainan sendiri- anda dapat membentuk “harga” anda sendiri.

Walaupun ianya tidak salah menggunakan strategi “harga rendah” dalam perniagaan anda, ketahui bahawa strategi harga rendah mempunyai pelbagai kelemahan seperti:

  • Pesaing juga akan merendahkan harga
  • Mengurangkan untung untuk mempromosikan perniagaan semula
  • Menjadikan jenama anda lemah

Menjadikan jenama lemah? Yes! Kalau kita sebut barangan “berjenama” atau barangan “branded” tidakkah ianya merujuk kepada barangan mahal?

Jadi, sekiranya anda ingin mewujudkan jenama hebat, jauhkan dari menurunkan harga 😉

ps: Tip ini bukan sekadar untuk anda yang berminat untuk buka syarikat penerbangan sendiri- Perniagaan kecil-kecilan juga boleh guna tau! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Air Asia vs MAS

  1. IK,

    Tepat sekali! Saya juga bersetuju dengan harga yang murah melemahkan brand.

    Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, produk yang dijual dipasaran dengan harga rendah biasanya dianggap kurang kualiti.

    Begitu juga jika anda menjual produk melalui internet terutama produk berkaitan ‘info’…orang biasanya akan ragu-ragu dengan kualitinya jika ia dijual dengan harga yang terlalu murah…

    Persoalan akan timbul di fikiran bakal pembeli…”Eh betulkan apa yang dijual ini, ntah-ntah info cetak rompak?…macam vcd cetak rompak…murah dan kualiti tidak terjamin…betul tak?

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi

  2. Wow…tertarik dengan perang harga yang Abg. Irfan ceritakan. Focus on “menjadikan jenama lemah.”

    Mungkin inilah rahsia workshop perniagaan internet Irfan Khairi ye. 🙂

    Tanya satu soalan ye:

    “Katakan, niche abg Irfan adalah menjual alat-alat untuk penjimatan (kedai jimat), keunikannya pula adalah menawarkan barang pada harga yang termurah. Tiba-tiba pesaing mengisytiharkan perang harga. Apa strategi abg untuk elak perang harga, sekaligus mengukuhkan jenama perniagaan abg?”

    – Hairul

  3. sekiranya kita menjual produk orang lain..Kadang kala perang harga ini berlaku tapi produknya baguss!! bagaimana nak elakkan kalau begitu

  4. Saya setuju dengan pendapat Ik. KIta mesti mencipta keunikkan. Kerana jika kita tidak unik kita terpaksa bersaing dengan ramai persaing. Memikirkan keunikan itu agak susah tetapi berbaloi.

  5. Selepas MAS “mnyerang” AirAsia, AirAsia tidak mudah mengalah..Mereka terus melancarkan serangan balas yang bertubi-tubi kepada MAS.

    pss: Saya dapat rasai bahang “peperangan” ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah AirAsia menghantar lebih 5 emel kpd sayadalam masa 2 minggu. (sampai saya dah “ter”beli 3 tiket balik KB..yahoo!)

    mungkin tu la kelebihan AirAsia yg dah lama buat bisnes scr online :p dia ada HUGE list. boleh sebarkan news&promotion tru emel dgn sepantas kilat.

  6. slmt pagi irfan..
    pendapat saya, org malaysia ni suka barang murah…
    mereka jarang tgk bagus ke tak produk tu…
    memang kebanyakkan mcm ni…
    sb tu MAS pun kena buat harga murah…hehe

    han

  7. Air Asia VS MAS….siapa yang menang agaknya> Saya dah pun booking tiket dengan Air Asia sebelum ni. Disebabkan harga yang Mas tawarkan.. boking pulak tiket dari Mas em tak sampai dua hari Air Asia pulak offer harga yang jauh lagi rendah…rugilah pulak dekat rm 100 beza.

    Em pengalaman Air Asia dalam harga rendah berjaya sebagai salah satu strategi yang cuba ditiru oleh Mas,

    Kesimpulannya:
    “Sentiasa bergerak kehadapan setapak dari Pesaing”

    “Kalau anda menjadi Sang Harimau anda kena berlari pantas untuk mengejar sang rusa untuk dijadikan makanan, Kalau anda Sang Rusa pun anda kena berlari pantas untuk mengelak ditangkap oleh Sang Harimau”

    Anda nak jadi Apa?????

  8. sesetengah orang mengutamakan mutu dan kualiti,sesetengah pula inginkan nilai yang terbaik.Bukankah lebih baik jika kita mempunyai kedua-dua produk tersebut..peace

  9. Saya setuju dengan pendapat IK bukan apa, kalau harga rendah dan dikaitkan dengan kualiti yang rendah juga, buat apa,kan? Tapi bagaiman caranya untuk tawarkan harga yang sama atau berpatutan berbanding dengan pesaing jika kita masih baru dalam bisnes dan nama pun belum lagi dikenali. Boleh IK bagi cadangan dari segi strategi apa yang patut digunakan terutama usahawan yang baru dan modal yang terhad. Yang saya nampak servis dan juga cara promosi. ada idea lain?

  10. Jena penting, qualiti penting dan harga pun penting….so bila harga bersaing yg untung kita lah….bolehlah pergi semenanjung sll. Kalau ada modal lah.

    Dalam perniagaan mcm mn pula..? Tawarkan harga berpatutan dan qualiti produk dan perkhidmatan mesti yg terbaik lah..he he

  11. Nak tau pasai apa harga tiket yang dijual begitu murah???

    Kadang-kadang sampai Rm0.00 harga ‘tiket’ tuuuuuu

    Air Asia Untung Sebab Selalu Lewat Tiba & Berlepas,

    -jadi ramai penumpang yang interchange flight seterusnya TERTINGGAL,

    -Tiket Tak boleh tukar nama

    -Tukar flight kena bayar lebih mahal dari harga tiket pulak..

    -Barang 15Kg aje boleh bawak…..

    -Takda makanan free, hatta cekedis atau mamee…

    -Air mineral aje Rm5 sebotol kecil kalau beli.

    -Kita lewat 5 minit pun habis lah…. tapi kalau flight dia Lewat 2 Jam takpeeeee…..

    Seat dia tak payah nombor, sapa jalan kaki cepat, hatta kalau boleh lari laju macam Watson Nyambek, dapat la seat best best, takde orang marah.

    -Kalau ambil XPress Boarding, Rm20, sia sia aje sebab 5 minit AWAL keluar!!!

    -Kalau Hujan….? Bawak Payung ler jawabnyaaaaaa

    Air Asia – ‘ Now Everybody Can Delayed ‘

  12. saya pun ada terbaca juga, jgn kurangkan harga tetapi ubah menjadi lebih kreatif dan berkualiti. Mana-mana pun boleh guna cara ni..

  13. z@ph > “Seat dia tak payah nombor, sapa jalan kaki cepat, hatta kalau boleh lari laju macam Watson Nyambek, dapat la seat best best, takde orang marah.”

    memang lawak… tergelak saya 😉 tak pasal pasal Watson Nyambek punya nama keluar. ha ha…

    Tip Tambahan: Meletakkan harga rendah tak salah. Antara strategy sahabat Rasulullah, usahawan terkenal Abdul Rahman bin Auf adalah meletakkan harga rendah. Tetapi, perlu ingat, kalau nak letak harga rendah, perlu hebat dalam ilmu perniagaan supaya boleh memenangi pasaran. Jangan bergantung kepada harga sahaja seperti mana yang dilakukan Abdul Rahman bin Auf.

  14. salam,

    that’s me!
    saya tak rela turunkan harga, sebab produk yg saya hasilkan memang memenatkan.

    saya stick to harga yg saya tetapkan, walaupun pesaing saya merata-rata.

    i agree with, “harga rendah melemahkan jenama”

  15. Assalamualaikum!

    Menarik ye persoalan perang harga. Saya taklah arif benar. Tapi saya terfikir bahawa untuk saya membeli sesuatu produk, saya tidak hanya lihat harga, kena juga lihat kualiti perkhidmatan bagi produk tersebut.Ini tidaklah terhad hanya pada tambang kapal terbang sahaja.

    Kalau nak menempah pakaian sekalipun, seronok pergi pada orang yang senyum, ramah, tangkas dan paling penting kemas dan rapi jahitannya dan siap pada waktu. Semua datang dalam satu pakej. So produk kita jadi ‘unik’. Jika harga lebih sikit( sebaiknya masih dalam lingkungan harga pasaran) pun pelanggan faham dan boleh menerimanya kerana mereka tiada alasan untuk menafikan ‘keunikan’ produk dan servis yang diberi.

    Merujuk pada kes di atas saya terfikir sampai bila ia boleh bertahan? (maksud saya berlumba-lumba menurunkan harga). Kita tahu bahawa harga bahan api semakin meningkat. Tambang pergi Umrah dan Haji makin naik. Dua syarikat ni bagai menentang arus. Takut lemas (air masuk hidung).

    Akhirnya saya terfikir dalam jangkamasa tertentu tiada lagi tambang yang dikatakan murah itu. Mungkin kedua-duanya akan terfikir untuk ubah strategi mengutamakan kualiti perkhidmatan disamping harga yang munasabah. Ya harga MUNASABAH@BERPATUTAN.

    Sorry jika andaian dan perumpamaaan saya kurang relevan. Macam mana pun IK, saya suka contoh Abdul Rahman bin Auf tu!

    Wassalam.

  16. Perang antara MAS dan Air Asia…
    Memang penumpang yang untung! Sure Air Asia will comeout with another strategy lepas nih..
    Sama-sama kita tunggu! Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar daripada MAS dan Air Asia dan di praktikkan di dalam business kita!

    WanZ

  17. Saya rasa MAS kini dah tak mampu utk berikan kualiti perkhidmatan terbaik.

    Baru-baru ini, ketika saya naik pesawat MAS dari Tokyo, soalan saya dijawab dengan nada marah oleh pramugari bila saya tanya samada makanan Jepun yang dihidangkan dalam pesawat itu adalah halal. Saya rasa, pramugari Air Asia lebih mesra.

    Kesimpulannya, MAS memang eloklah rendahkan standardnya dan berikan harga murah.

  18. Saya rasa ada sikit confuse disini dari segi strategi jualan tiket murah MAS ini, saya rasa MAS masih lagi mengekalkan imej Eklusifnya dan hanya mensasarkan jualan tiket murah hanya pada penerbangan Firefly yang dibawah naungan syarikat MAS.Tapi apa kempen iklan yang cuba disampaikan seolah-olah mengambarkan keseluruhan perkhidmatan penerbangan MAS adalah tambang murah.

  19. sebagai pengguna, saya sendiri mementingkan jenama dan kualiti. bagi saya biar bayar lebih sedikit asalkan hasilnya memuaskan.. menyentuh soal harga, saya setuju dengan pandangan IK. ia hanya akan menjadikan sesuatu jenama itu lemah. cuma jika harga atau pakej murah yang diberikan secara berkala dan bertujuan untuk menghargai loyalty para pelanggan n pengguna, itu cara yang baik malah dapat meningkatkan lagi kesetiaan pelanggan untuk menggunakan sesuatu jenama. urm, correct me if i’m wrong guyz

  20. saya kurang bersetuju mengurangkan harga buleh melemahkan brand. saya juga tidak buleh kaitkan langsung antara harga rendah dengan penurunan untung.

    saya dah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri pembuatan. the truth is that we have to know our strenght and weakness in our cost structure. just 1 question, do you guys know in details what is the cost structure in every industry? untuk ini industri penerbanganga.

    untuk mengurangkan harga tidak semestinya menngurangkan profit. there are hundred ways to do this.

    jenama menjadi lemah? it doesn’t compute easily. kalau harga rendah, ia menjadi pilihan ramai. brand appreciation is about perception. perception is driven by quality and delivery. if we can control quality and delivery at low price. why not? it does boost your brand. the more ppl use and satisfy, the faster it will boast your brand.

    war price is a norm. why back off when we are winning? and it is a good thing. monopolies can only weaken consumer power. the best thing is to be the leader and the trendsetter. air asia is a winner not bcs of monopolies or bcs its brand but simply bcs they lead and set the trend for others. these are true business entrepenuer. brand only come after that.

    another example is microsoft. bill gates is not a pioneer in IT. there are other giants that time. but he and MS success bcs they lead and become the trendsetter. they are so successfull so much so nobody can even follow or compete with them.

  21. saya tak setuju jika mengurangkan harga, makan brand akan lemah. Pada saya, orang Malaysia aan dapat untung. But since harga both airlines dekat2 sama, saya rasa MAS akan untung. Lagipun, seat yang di jual adalah seat yang tidak dibeli dengan harga biasa.Sebab tu dijual dengan harga RM0. Lagipun MAS menyediakan khidmat 5 star airlines berbanding Air Asia yang hanya memangdang slack kepada penumpang. Call service centre pun payah giler nak jawab. Pay RM0 but treat like a 5 star guest. memang payah nak resist. Di Singapore, diaorang dah buat ujikaji yang mengatakan MAS akan menang dalam penurunan harga ini. Of course kalau sesiapa nak beli tiket, mereka akan compare harga AA and MAS. but Most people akan pilih MAS evethough harga MAS lebih skit dari AA.

  22. sape kata mas gred AA..
    flight buruk laaa,
    bayangkan class economy ada
    7penumpang..
    tiket mahal,,klu nak naik MAS KB-KL mesti ada
    RM2++ keatas.saya rasa baik MAS turunkan harga untuk penerbangan dalam malaysia.
    walaupun jaga standard sape yang mampu.
    airasia best…walaupun hujan
    kena guna payung bila turun flight,
    walaupun turun kena bagi laluan dekat
    van SNEK ATTACK.
    pernah terkena kuah mee segera dlm flight
    oleh kecuaian pramugari,
    tapi saya tetap pilih airasia
    sebab kurang bising,murah,
    dan sbagainya.
    =p

  23. TIDAK SEMUA PENGGUNA PILIH HARGA,APA YAN PENTING KULITI CONTOH NYA AIRASIA X MEMPUNYAI PESAWAT AIRBUS A340-300 DENGAN PENERBANGAN JARAK JAUH.

  24. saya rajin juga menggunakan perhidmatan MAS dari KL PNG, bagi price dia ok sgt, saya x pernah bayar lebih dari RM200… bru ni saya dapat RM88 sahaja.

  25. Saya tiap2 minggu gunakan flight balik ke Kota Kinabalu dari Miri, Sarawak. Nasib baik ada AirAsia. Dalam sebulan perbelanjaan RM 400 je. Dulu sebelum saya mengenali AirAsia, terpaksa naik MAS. Belanja dalam RM1000 lbh sebulan. Memanglah ada kelas tapi setekat 45minit apalah sangat, setekat diberi minuman kotak je… bagus tak payah!! Baik lagi AirAsia saya naik. Dengan perbezaan tiket yang beratus2, boleh belik minuman kotak untuk satu kapal lagi kalau nak.

  26. saya tak setuju pendapat en. irfan. mesti ada sebab kenapa mas turun harga tambang. Yang menjadi kepala dekat MAs bukan calang2 orang.. so, saya rasa apa yang dibuat oleh mas adalah bukan sia2.

    Persaingan dari segi harga..
    tidak semestinya ia akan menjadi punca kepada services yang tidak baik.
    ia adalah merupakan salah satu strategi marketing dunia perniagaan

  27. mas bes dari air asia sebab mas ada makanan free dan air jus daripada air asia dah lah kena beli makanan dan air. bila saya dah besar saya nak naik mas . akhir tahun ni kami dah tempah tiket mas ke semenanjung. pilih jenama malasia tau.apaapapun sa teteap pilih mas.mas bes……………….

  28. bagi saya…
    saya tetap akan pilih penerbangan MALAYSIA..xnaak asia ler..BKI- best cantik T1 dier..aircond je dari start turun selangkah kaki dri keta sampai ler airport destinasi..T2 xbest..bpanas lg lau nak naik flight..brebut g,nampak la muka2 cam berok yg brebut2..
    pilih MALAYSIA!!

  29. harga murah tp layanan x berkualiti….
    cam best je……….
    seeloknya murah atau mahal layanan senyuman dan kualiti harus dijaga bertepatan dgn jenama yang yg sudah tentu orang ramai tahu…..

  30. mengikut kajian strtegik sgt pting dlm satu2 pniagaan tu. seorg pniaga prlu tau kprluan n pemintaan. kna bzakan keduatu. klau asyk fikir org kaya je mknanye org bwh mcn mna. klau sebaliknye begitu jgk..so kenalah seimbang. keprluan perlu diutamakan sebelum pemintaan. Sprt telefon n laptop… msti org plih fon dlukan. tp laptop kena juga bg org yg mpu. fikirlh…

  31. haha air asia memang bagus tetapi pesawat dia tu aduh pening kepala bunyi enjin pesawat air asia teruk betul walaupun murah tetapi servis tak bagus ho makanan pun mahu bayar haiya saya ini tak guna air asia lagi saya guna malaysia airlines sebab malaysia airlines syarikat terbaik didunia tau sebab itu malaysia airlines walaupun harga tiket mahal tetapi servis bagus ho sekarang malaysia airlines nak mengurang kos operasi dan menurun harga tiket saya kerja malaysia airlines semua kakitangan M.A.S semuanya berusaha beri perhikmatan terbaik jadi terpulang kamu semua sama ada mahu air asia atau M.A.S

Leave a Reply

Your email address will not be published.