Air Asia vs Firefly

Baru-baru ini first time saya berpeluang menaiki Firefly… sebelum ni naik Air Asia sahaja 🙂

Sebelum Firefly, ramai yang bandingakan Air Asia & MAS… sebenarnya, perbandingan tersebut tidak adil. Kerana Air Asia & MAS keduanya adalah kategori yang berbeza… pernah saya menulis tip perniagaan mengenai Air Asia vs MAS di sini

airasia-firefly.gif

So, sekarang, mula lah perbandingan Air Asia & Firefly… persaingan yang amat interesting terutamanya ketika ekonomi merundum. Sebab nya…

  • Ketika tak gawat pun, industri penerbangan adalah industri yang susah nak buat duit…
  • Harga tiket Air Asia & Firefly kini sudah lebih kurang sama. So, nak bersaing harga dah semakin payah…
  • Ketika gawat, local syarikat/business trip juga akan revert kepada low cost airlines…

So, apa ynag buatkannya interesting adalah, kini, Air Asia & Firefly terpaksa bersaing pada satu elemen yang sering kali saya tekankan- JENAMA! atau BRANDING!

  1. Air Asia melaungkan slogan “Now Everybody can Fly!”… manakala Firefly pula melaungkan “Your Community Airline!” erkk! in my opinion, Air Asia menang pada slogan… apa maksud “Your Community Airline”? 1 markah untuk air asia…
  2. Mesej yang di sampaikan oleh Firefly adalah “Why go so far? Fly from Subang… LCCT 68km, Terminal 3 0km”. Bravo atas mesej penjenamaan tersebut! 🙂 Firefly menggunakan kelemahan LCCT iaitu “JAUH” sebagai perbandingan dalam penjenamaan. Dalam kes ini, LCCT tak bleh bersaing kerana… nak buat camno? Tak boleh nak dekatkan dah LCCT tu…
  3. Iklan Firefly kini seakan-akan Air Asia… warna pun lebih kurang sama, font pun lebih kurang sama, offer pun lebih kurang sama… mengakibatkan sedikit confusion untuk mencapai pasaran Air Asia… hmmm… a bit risky.

Persaingan Air Asia & Firefly dapat memberi berbagai-bagai pengajaran kepada kita sebagai usahawan. Nasihat saya, perhatikan kedua-dua low cost airlines dan study strategi masing-masing! Banyak boleh dipelajari…

Tip hari ini: Strategi bersaing yang amat hebat yang dilakukan oleh kedua-dua airlines ini adalah- bersaing pada sesuatu yang pesaing tidak boleh lawan. Contoh: Firefly menekankan lokasi yang dekat… pastinya Air Asia tidak boleh lawan pada lokasi. Juga, jangan bersaing pada harga… kerana sampai satu point, anda dan juga pesaing tidak akan mendapat keuntungan yang baik 🙂

ps: nak lagi interesting, Idris Jala patut pakai cap Firefly macam Tony pakai cap Air Asia… lagi hebat persaingan! 🙂

pps: Saya sokong yang mana- Air Asia or Firefly? Saya sokong airlines yang mana sponsor flight saya! ha ha… (hint to Tony)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Air Asia vs Firefly

  1. Tak pernah lagi try firefly. Tapi kan persaingan antara mereka berdua nie memang menarik macam2 yang boleh kita belajar. Lagi satu yang paling menarik bagi pakcik adalah persaingan antara syarikat telcos. Ada aje ideanya tiap bulan. memang kreatif tul.

  2. Bersaing pada harga? Agak-agak sapa yang boleh bertahan lama pada harga tu? Betapa banyak pelaburan yang diperlukan. Betul tak? Atau saya silap sebab tak habis belajar lagi strategi pemasaran…hehe.. 🙂

  3. Jenama baru perlu pelbagaikan dan halusi lagi operasinya untuk bersaing dengan jenama lama. Firefly perlu tambahkan beberapa destinasi menarik dengan pelan tambang murah.

  4. Persaingan yang hebat antara airlines akan memberikan banyak kebaikan kepada orang ramai kerana masing2 akan cube berikan servis yang bagus kepada pengguna…..

    Airasia : Penerbangan komersial tambang murah….

    Firefly : Penerbangan tambang murah , anak syarikat MAS ( GLC )

  5. Nak bersaing memang perlu strategi yang baik. Kalau strategi mengena. Kita lebih ke hadapan berbanding pesaing kita. Macam Google dengan Yahoo. Dulu Google bukannya terkenal sangat tapi dek kerana strategi yang hebat Google menjadi antara enjin carian yang terbaik.

  6. Bagi saya yang duduk kat melaka ni.. dua-dua sama saja.. cuma firefly nampak lebih jauh kat Subang berbanding LCCT..

    Tapi bak kata tuan.. kalau mana2 yang bagi tiket free.. saya sokong je.. tak kira le yang mana.. ahaks

  7. Apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan disediakan. Jika mereka bersaing atas jenama tetapi after service tak baik, tak jadi apapun…………Hamba nak harga cheap dan service tip top……guano….setuju tak….

  8. Apa yang sifoo catat saya setuju, yang paling penting pelanggan. “Customer always right”. Siapa yang dapat memenangi pelanggan dialah yang berjaya.

  9. bagi saya,kedua-duanya ada kelebihan masing2 bergantung kepada servis yg kita perlu..

    yang penting keduanya dapat menyumbang profit kepada biznes kita seperti ketepatan masa,keselesaan dan sebagainya..

    so kesimpulan,kita juga kena fikir apa kelebihan biznes kita bagi memajukan klien kita..so insyaallah dgn client satisfaction,biznes kita meningkat naik..

  10. tak pernah dengar pasal Firefly.. First time. Hari ini kat Berita Harian Singapore..

    Air Asia ada new campaign,

    “She’s Half the Price & Twice the Fun”

    Walaupun saya tak berapa faham.. Macam maana nak ada fun kat kapal terbang tu.. hehe boleh joget joget agaknya..

    Anyway kalau bandingkan price, very competitive lagi-lagi kat Singapore ni.. Tiger Airways lah, Jetstar lah.. Boleh survive lak tu.

    Saya rasa who wins at the end of the day is the customize personal service and the packages for the frequent flyers to keep coming back to them.

  11. Dalam bisnes kita harus menonjolkan kelebihan dan memperbaiki kelemahan. Untuk bersaing kretiviti menjadi kunci utama untuk menghasilkan strategi yang berkesan.

  12. hmm..topik IK kali ni ada kaitan dengan topik terdahulu..HARD ROCK CAFE vs ? (alamak lupa la pulak).

    Point yang menarik..

  13. First kita kene tahu kelebihan kita,Air asia dan firefly masing2 ada kelebihan ..so be focus..that’s the advantage

  14. byk benda boleh dipelajari drp kedua2 syarikat ni. Yg ptg mana yg paling memuaskan hati pelanggan. Sy tak pernah naik kedua2nya so tak leh komen lebih.

  15. Air Asia terkehadapan dalam serba serbi kerana milik sendiri. Idea untuk mengembangkannyapun menjadi-jadi. Selain Air Asia bukan milik sendiri. Sebab itu nak pakai ‘tutup kepala’ ada lambangpun ‘segan’ sikit.

  16. persaingan yg begitu sengit….tak pernah lagi naik firefly….naik MAS mmg best berbanding dgn air asia….tapi yg murah still air asia..boleh berjimat tengah ekonomi gawat ni kan….
    siape pernah naik firefly?angkat tangan plizzz!!!! 😀 best ke..

  17. IK,

    Bagaimana pula jika competitor kita tuh offer Free service. but for us, we cannot offer the same..

    kisah benar nie…

    kawan saya buka CC dan 6 bulan pertama mmg tip top pendapatannya. selang beberapa bulan ada pulak new cc opened satu baris dgn dia..dan yg paling best CC baru nie offer 2 month free surfing and playing game..

    Agak2, user nie pergi CC mana?

    So, mmg susah la kawan saya nak survive..nak kasik free pun tak boleh sbb comitment dah ada..So at first 2 month tu pun CC baru tuh dah grap dia punya customer..almost all!!

    Apa pandangan IK dan kawan2 sekalian??adakah penjenamaan atau sebaliknya

  18. Persaingan adalah bagus kepada peniaga dan juga pembeli. Masing2 perlu bijak.

    Untuk peniaga, perlu bijak tonjolkan kelainan dan kelebihan manakala kepada pembeli perlu bijak menilai apa yang paling di perlukan agar tidak melabur pada tempat yang rugi… walau seposen(sepuluh sen) 🙂

    http://www.glowglokal.com/blog

  19. Bersetuju sgt, better menambah nilai pada
    produk n perkhidmatan drpd bersaing dr harga. Last2 dua2 trun harga tak untung pun.

    Mcm dlm Art of War, membuat kecoh di tempat lawan dan pd masa yg sama menyerang di kawasan lain huhu..

    thanks tuan, mentor yg baik 😀

    Mr_Pixie
    The Chosen One
    Pixar Disney

  20. Hi IK,

    Apa Khabar?
    Lama x komen dalam blog nie…

    Persaingan diorang nie lebih kepada “creative imitation”

    So nak bgtau kat IK this month ader artikel pasal RossnuGhaffar~Hand Drawn Batik Tie akan keluar di Maskulin dan Bulan Mei di Majalah Dewan Ekonome dlm ruangan Usahawan Seni.

    Nie berkat belajar ngan Sifu IK lar…Thanks IK

    http://www.rossnughaffar.com
    http://www.batiktie.com
    ~Hand Drawn Batik Tie~

  21. ermm…setiap jenama kena tonjolkan kelebihan masing-masing terutamanya pada tagline masing-masing.

    Sebagai pengguna, kita mesti bijak memilih yang mana memberi servis yang terbaik.

    Bagaimanapun,persaingan ini bagus bagi pihak pengguna mahupun syarikat penerbangan

  22. Saya sokong memang dari segi branding untuk penerbangan tambang murah Air Asia lebih menonjol berbanding Fire Fly. Tapi saya percaya dalam sedikit masa lagi Fire Fly pasti akan keluarkan semua strategi yang akan membuat Customers berfikir dua tiga kali nak naik Air Asia ke nak naik Fire Fly.
    Point kukuh lokasi terminal subang amat memudahkan penguna tinggal value added dari segi customer service, safety, food & beverage, pricing (tp kalo cust. service tip top orang tak berkira sgt bab harga ni), dan pelbagai faktor lagi.
    Cuba bayangkan Fire Fly punya offer semua macam Air Asia cuma lokasi terminal je yg lebih dekat, agak2 customer nak naik yang mana?
    p/s: Idris Jala tu bos masa kat Shell…oppss Boss! still tabik u…hehehe kalo baca I recomend u sponsor IK Fire Fly ok! pastu bagi discount kat kitaorang ni yang beriya-iya nak belajo pasal biz

  23. my 1st cmmnt here~
    hurmmm pandai firefly ‘susun’ strategi~but firefly tak meluas lagi~kat padang xnampak pun lagi firefly~

  24. saya rasa branding tu amat penting.
    pengguna biasanya akan memilih pada nama company yang mereka familiar.

    sama contohnya mengapa pengguna di amerika setia dengan ebay.com, walaupun terdapat byk lagi laman web lelong yg lain.

    jadi saya rasa airasia akan terus maju, kerana “brand” namanya dah terpahat dalam minda pengguna.

  25. yang saya tahu pasal keberanian si tony fernandez ialah dia adalah seorang yang berani,nampak apa yg org lain tak nampak,
    maksud berani pada tony fernandez ialah saya berpendapat bahawa segala hutang yg beliau hadapi langsung tidak membawa rasa gentar sampai saya berfikir bahawa jikalau dia muflis,bangkrupt ,itu hanya pada statusnya tetapi dia tetap hidup,tidak boleh dipenjarakan dan beliau tetap hidup tetapi harus mula dari 0 semula. good job mr tony

  26. Bagi saya antara Air Asia dan Firefly, permulaan yang lebih kurang sama saje. Dulu Air Asia pun pakai pesawat Foker, sekarang dah pakai Airbus. Fuh memang bestlah dia punya pesawat, walaupun tak sebesar Boeng 747 namun cukup menyeronokkan. Harap2, Firefly pun suatu hari nanti pun bertukar kepada pesawat Airbus juga. Yang penting persaingan yang sihat kadang kala ada kelebihannya, kata orang tiada persaingan macam mana nak maju, asyik sama je. Mana syok. hi hi

  27. aku pernah gak naik firefly masa raya cina hari tu,dah lama tempah,aku dapat rm0.xcited sangat.tapi bila aku online semuanya bernilai rm45,berbanding ngan airasia kalau bermula ngan rm0 dah masuk tax,dalam rm20.2 kali ganda.pernah aku herdik pekerja kaunter fireflyz kat alor star,ckp murah tpn mahal mcm nk ke sarawak.last2 ak g kaunter sebelah,airasia dapat murah lg.cuma firefly kena perihatin ngan komen pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published.