Menurut Brian Tracy International, genius mempunyai 3 perwatakan. Adakah anda seorang genius?
Albert Einstein juga menggunakan 3 kaedah ini 🙂
- Seorang genius akan fokus kepada satu kerja/satu masalah/ satu isu dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% dan fokus yang amat tinggi pada kerja yang perlu dilakukan, seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu.
- Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu/masalah/ kerja. In other words, mempunyai perancangan yang rapi– sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan. Mereka perlu tahu point A untuk sampai ke point B.
- Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru. Tidak menutupkan fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
Sebagai manusia kita juga perlu mengamalkan daya pemikiran seorang genius dengan mengikuti 3 langkah mudah di atas 🙂 So, lepas ni, boleh ramai-ramai jadi insan yang genius & usahawan genius 😉
ps: Saya akan ke KB, Kelantan esok untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu 25hb ini.
pps: Siri Laporan X pertama: Cara Memusnahkan Pesaing Anda mendapat sambutan yang hebat. Sekiranya anda belum lagi membacanya, boleh klik di sini.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam Irfan,
Mungkin semua orang genius…tapi semua orang boleh menggunakan ketiga-tiga langkah yang dcadangkan.
Mungkin kita bukan genius apabila dilahirkan, tetapi boleh menjadi genius dengan meningkatkan ilmu dan memperbaiki amalan
info yg menarik 🙂
kena amalkan kaedah ni cepat2…
semua insan sebenarnya GENIUS, cuma kita sendiri yang tentukan setakat mana yang kita mahukan dan berusaha ke arah itu 😉
Jika lihat ketiga-tiga perwatakan tersebut, rasanya semua orang berpeluang menjadi Genius. Terpulang kepada kita sendiri jelah samada nak jadi Genius atau tidak..
..Hidup adalah sepertimana yang kita tentukan..
Assalamualaikum. Saya suka dengan entry kali ini lebih-lebih lagi pada idea fokus 1 perkara pada satu masa.
T/kasih
Hilang fokus merugikan wang dan masa. percayalah..
Salam Ik,
Thanks for the tips… Mcm Razali katakan..
Kita semua tidak dilahirkan Genius.. Tetpai apabila kita melakukan ketiga-tiga langkah ini..
akan membuat kita genius dan usahwan genius.. Thanks again ik..
Memang simple… “Tetapi adakah ia akan terus dipraktikkan..”
Bunyi macam senang..tapi sebenarnya sangat susah. Tu sebablah org genius tak ramai sangat kat dunia ni. Cabaran paling besar kat no.2. Tapi nak tak nak memang kena cuba jugak bersungguh2. Usaha tangga kejayaan.
TQ IK sebab bagi guidelines utk JADI genius. At least ada panduan utk kitaowang..
Memang betul, genius bukan dilahirkan tetapi kita boleh belajar menjadi genius jika ilmu yang kita ada di praktikkan dan focus pada satu sahaja.
Untuk otak berfungsi lebih baik amat penting kita menjaga makanan juga. Makanan yang bekhasiat menpengaruhi juga kemampuan otak untuk mengingat.
wahhh nampak nya saya akan bertambah genius lah lepas nie IK…thank..gud tips..
“Jika anda ingin berubahan jadilah perubahan yg anda inginkan.”-
-mindasuperb-
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq Irfan,
Tentunya kita akan lebih tenang dan hebat lagi dgn menjadikan Rasullullah SAW sebagai idola terhebat….
Bila fokus kpd satu bidang, kita akan menjadi expert dan org akan nampak professional nya kita..
Kalau ikut penilaian diri sendiri, yes I am. 🙂
belum genius…tapi ingin menjadi yang terbaik dengan segala usaha yang telah dan akan dilakukan…maksudnya sentiasa memperolehi kejayaan demi kejayaan
Betul tu ..
Kena sentiasa fokus pada sesuatu..
Jgn gopoh gapah nak kaut semua..
Uruskan wang dengan tepat.
semua tu tips utk jadi genius. semua boleh amalkan n jadi Genuius…
Adakah saya ni seorang genius ?
Salam , thanks sebab MR IK bagi info yang amat menarik . Selepas membacanya terus terdetik hati saya mengatakan saya genius sebab ketiga2 perwatakan seperti semulajadi sudah wujud sekian lama dalam diri . Sebelum dan kini memang saya sentiasa memberi tumpuan 100% pada sesuatu kerja dan apabila ada 2-3 kerja atau sebarang masalah datang saya akan pening dan cukup tertekan . Kebiasaannya saya akan menyelesaikan masalah2 tersebut dengan menulis di kertas putih ataupun di buku .
Sebelum saya membaca info IK ni , saya menganggap kelakuan dan tabiat saya itu adalah disebabkan saya lemah – biasanya orang akan menyelesaikan suatu masalah hanya menggambarkan dalam fikiran (otak) – Tetapi lega rasa hati bila baca artikel ini.
Perwatakan ke-3 tu saya tak berapa pasti berapa % yang wujud dalam diri .Saya ni jenis terbuka atau tidak . Sebab secara jujur ada masa saya amat terbuka dan ada masa saya tidak terbuka . Mungkin disebabkan ini juga saya kurang berjaya ataupun sedang menunju kejayaan .
Waktu zaman sekolah dulu , tebal di bisikan hati sentiasa mengatakan saya adalah 5 manusia terbaik di dunia tolak manusia genius . Kini saya hairan dimanakah ia pergi 🙂 . Mungkin IK ada jawapannya
Terima Kasih
ya, selepas menjadi guru baharulah saya perasan, kenapa murid yang pandai itu pandai dan kenapa murid yang lemah itu lemah? jawapannya ialah…
murid yang pandai = fokus
murid yang lemah = berkhayal, main, kacau orang dan sebagainya…
jangan sampai adi putra digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. ia semacam telah berlaku, ingatlah apa yang berlaku kepada anak angkat ungku aziz yang boleh membaca pada usia 3 tahun? tun. mahathir dah cakap, “melayu jangan mudah lupa”
Assalamualaikum, adi….