[Bersambung dari “Adakah Anda Akan Membeli di… Online? (Bahagian 1)”]
Berikut adalah keputusan survey tersebut:
- 19% – Yes. When it’s easy and convenient – YA. Bila ianya mudah untuk dilakukan
- 47% – Yes. Only from a few websites – YA. Hanya dari beberapa laman web
- 34% – Absolutely NOT. – TIDAK sama sekali.
34% TIDAK? Adakah ini keputusan yang menggembirakan? – Dari keputusan survey tersebut, 2 kumpulan mengatakan “YA” membawa kepada jumlah keseleruhan adalah 66% mengatakan YA dan 34% mengatakan tidak.
Jadi, sudah tentulah ianya adalah keputusan yang menggembirakan dan berita baik buat para usahawan-usahawan internet!
Dan cuba anda bayangkan, keputusan ini adalah pada tahun 2006, bagaimana tahun sekarang, 2013?
Pasti bertambah lebih banyak lagi yang akan membeli secara online, dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini serta media sosial yang berleluasa, kita dengan mudah dapat mengetahui sama ada sesuatu perniagaan internet itu, benar dan boleh dipercayai atau pun tidak. Lebih-lebih lagi dengan tayangan video di youtube yang begitu mudah digunakan di zaman ini, semuanya telah terbukti nyata.
Jadi, ini jelas menunjukkan majoriti masyarakat Malaysia sudah ramai yang bersedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli. Ini adalah berita yang cukup baik bagi mereka yang mempunyai perniagaan Internet atau dalam perancangan memulakan perniagaan Internet!
Keputusan juga adalah amat positif, ini disebabkan perniagaan Internet kini masih lagi mempunyai banyak ruang untuk berjaya. Malah, dalam 2-3 tahun lagi, pasti semakin ramai yang akan menggunakan Internet sebagai medium untuk membeli.
Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang sudah pasti akan berada dalam keadaan yang baik, kerana telah “lama” membina jenama dan berada di Internet. Anda juga telah dapat membina kepercayaan dan kredibiliti selama ini. Inilah masanya yang baik bagi bakal-bakal usahawan Internet, untuk turut bersama-sama berjaya menerokai alam siber yang akan memberi kepuasan, In Shaa Allah.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pembelian secara online oleh rakyat malaysia dijangkakan akan terus meningkat pada masa hadapan kerana lebih mudah, menjimatkan masa serta pilihan yang lebih baik.
Salam tuan.. sy berminat nak belajar internet marketing secara intensif.. di mana boleh sy dpt belajar directly bersama mentor (small class) ttg theory and aplikasi… sy berada di bagan serai perak..