TAKUT TAK CUKUP DUIT…
Hari ini ramai yang takut pada duit. Ramai yang takut pada keadaan “tidak cukup duit”. Apa yang terjadi adalah apabila kita tidak mengawal wang, tetapi sebaliknya wang yang mengawal kita. Perasaan ini akan hadir pada bila-bila masa sahaja dan akan mengakibatkan tekanan yang hebat pada diri dan keluarga. Segala perbelanjaan masa hadapan di hadap dengan perasaan rasa takut tidak cukup untuk selesaikannya.
Keadaan ini juga mengakibatkan seseorang itu tidak fokus dalam menangani kerja harian oleh kerana masalah takut tidak cukup yang melanda dalam fikiran seharian. Mudahan dijauhkan dari kita semua.
TAKUT BANYAK DUIT PUN ADA…
Selain dari itu, tak kurang juga yang takut “tak tahu nak buat apa dengan duit banyak”. Mereka dalah golongan yang sering mengsabotaj diri sendiri kerana perasaan takut menjadi kaya. Sememangnya ada golongan ini. Perasaan takut seperti, takut wang akan mengubahkan mereka menjadi orang yang tamak dan sombong. Ataupun takut dengan wang berlebihan, nanti apa pula tanggapan orang lain kepada kita.
Perasaan takut ini pula akan menghalang kita berusaha lebih dan mencari rezeki lebih. Ia secara perlahan-lahan menghentikan diri kita sendiri dari mencapai potensi diri kita yang lebih hebat.
[PENGUMUMAN: Sertai Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Irfan Khairi dan pelajari teknik dan strategi memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran]
BAGAIMANA PULA DENGAN TAKUT NAK FAHAM DUIT…
Golongan “yang tidak faham dengan duit” juga takut pada wang. Mereka pula sering memberi orang lain menguruskan kewangan sendiri kerana tidak faham selok belok kewangan. Tidak mengapa sekiranya mereka yang menguruskan adalah mereka yang cekap dalam kewangan dan boleh dipercayai. Tetapi sering terdengar kisah yang menguruskan wang adalah tidak cekap dan tidak boleh dipercayai membuatkan diri sendiri yang bermasalahkan wang.
Nasihat saya, anda sendiri perlu memahami wang, dan selok beloknya. Walaupun perlu memberi orang lain yang menguruskannya, tetapi, tanggungjawab kewangan adalah pada diri sendiri dan perlu tahu segalanya yang berkenaan dengan wang kita.
TAKUT PULA NAK BERBINCANG DUIT…
Bagaimana pula dengan mereka yang takut “berbincang mengenai wang”? Pastinya ramai yang sebegini. Dari dulu sehingga kini, bagi sesetengah orang, bercakap mengenai duit adalah perkara yang dilarang. Mudah sahaja mengenali mereka ini, iaitu mereka yang mempunyai rasa bersalah setiap kali isu wang dibincangkan. Bagaikan tidak selesa bercakap mengenai wang.
Ianya amat sukar untuk mengawal keadaan kewangan diri dan keluarga sekiranya isu wang tidak dibangkitkan dan dibincangkan bersama. Dengan pelbagai informasi kewangan di Internet dan buku-buku, sememangnya terdapat banyak maklumat kewangan untuk membantu diri dan keluarga dalam segala perbincangan kewangan.
Perasaan takut pada wang, sama ada takut tidak cukup wang, takut wang berlebihan, tidak faham kewangan atau takut berbincang mengenai wang adalah perasaan emosi yang amat kuat.
Kita harus menguasai perasaan ini supaya dapat mengawal kewangan kita sebelum wang mengawal diri kita dan keluarga. Perasaan emosi ini juga banyak mengakibatkan keputusan kewangan yang salah dan menambahkan lagi masalah kewangan sesiapa sahaja.
Segala keputusan kewangan yang dilakukan adalah keputusan hidup oleh kerana wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian. Sememangnya betul kata orang, “wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang!”. Mudahan dijauhkan segala perasaan takut pada objek yang bernama DUIT.
*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program bersama jutawan Internet, Irfan Khairi. Sertai sekarang sebelum ia dipenuhi- klik untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021