ADA idea tetapi TIADA modal

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…

Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!

Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.

Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:

  • sponsor
  • institusi kewangan
  • kerajaan
  • orang ramai.

Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.

Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.

Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan 🙂

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!

Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.

ps: Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

67 thoughts on “ADA idea tetapi TIADA modal

  1. Hai semua..
    Ini first time sy masuk this blog.
    my question, mcm mn nak publish my product in laman web? memang sy ni buta IT sikit..minta opinion suma!!

  2. Ada pembetulan rasanya, mungkin bukan tiada modal tapi modal yang kecil. Contoh, modal RM100.00 untuk buka akaun streamyx atau RM1000.00 untuk beli komputer kat rumah yang murah2…atau RM30.00 untuk beli domain atau RM30.00 untuk bayar sewa hosting sebulan…

    Perkataan tanpa modal bagi saya cuma sekadar kata-kata padahal yang perlu Irfan katakan ialah modal yang kecil…lainla kalau guna domain/hosting percuma dari cara modal lain…

    Nak paksa/suruh orang membeli memang perit, sekarang kena guna perkataan pujuk orang beli…

  3. saya br memulakan perniagaan online menjual cupcake dalam tempoh 4 bulan. Alhamdullillah. rezeki mencurah2.saya seorang jurutera yang baru berkahwin jun 2008 dan keguguran sept 2008. saya inginkan kepuasan lain selain dari kerja di bina pembinaan. niat dihati saya ingin membuka cafe konsep. baru2 ni saya pergi taklimat punb (prosper siswazah). Kata mereka ekonomi gawat-loan perniagaan bakeri KIV- sdih mendengarnya- mungkin takdir tuhan mahu saya kuat dalam perniagaan online sebelum berada di pasaran luar.harap jalan dr bwh ini akan membuatkan saya lebih kuat!!

  4. sy hendak tau ada x sapa2 kat cni dpt mejalnkan perniagaan tanpa modal?hanya idea saje xcukup.jgn main setuju ja.idea jg perlu modal nk diperkembangkan.

  5. Ada… Macam saya ada buat kelas Bahasa Arab di sekitar Sg Petani. Tak payah keluarkan modal. Lokasi kawan-kawan yang tentukan. Ada yang buat di rumah depa, ada yang buat di tadika depa… Kalau nak keluarkan modal pun mungkin sekadar nak isi minyak kereta, nak fotostet bahan tapi memang tak banyak lah nak guna duit untuk tujuan tu. Alhamdulillah, saya berjaya buat simpanan RM1000 sebulan untuk menjadi modal kepada restoran nasi kandar di Penang. Yang penting bagi saya tingkatkan ilmu pengetahuan. Dan sekarang saya buat buku latihan Bahasa Arab untuk sekolah-sekolah. Yang ni mungkin la guna modal tapi saya minta sekolah saya bantu untuk terbitkannya. Apa pun… Terima kasih kepada laman web ni. Banyak ilmu baru yang saya dapat.

  6. rasanya semua benda memerlukan modal. tiada apa perniagaan pun yang tak memerlukan modal. semua kos akan diambil kira. kalau ia betul2 tak menggunakan modal pun, mungkin lebih kepada produk digital

  7. sy setuju bisnes mmg memerlukan modal cuma bezanya kecil atau besar. sy pernah register untuk buat bisnes online yg dikatakan free tp rupa-rupanya ada bayaran utk domain dan mcm2. skang da ptus asa nk search bisnes online, cuma memikirkan utk cuba buat bisnes under program usahawan siswazah pulak. tp kna ada proposal yg btol2 mantapla..

  8. salam…
    tumpang tnya saya baru nk mula perniagaan tp xde modal arr..
    so bank ape mdah nk buat pinjaman???
    saya perniaga kdai mkan jew..n umo baru 21thn..
    tp saya dah ada perniagaan yg saya nk buat…ada msalh modal ejw nie…
    so plss lew tlg sya k..

  9. Saya kerja kerajaan bidang profesional..Boleh ke kalau kita memang minat sangat nak berniaga…modal tak cukup…nak buat pinjamman bank..tapi takut nak tanggung risiko buat pinjaman..nak tunggu kumpul duit dulu ke..lambat lah pulak atau..nak teruskan berniaga dengan wang pinjaman…pening2

  10. betul juga, saya ada juga keinginan besar untuk menjalani perniagaan sendiri pada suatu saat nanti. walaupun tidak gagal untuk melanjutkan ke IPTA tapi ia bukan penghalang untuk orang ramai yang tidak mempunyai sijil,diploma,ijazah untuk membuka perniagaan sendiri yang penting ada idea.

  11. Best nyer perbincangan ni.
    Sy pun baru je nak mulakan bisnes online. Sekarang ni, sy join MLM, Gamat Emas SB. Jadi, saya terfikir, nak jual produk Gamat Emas ni guna online. Sy baru je beli CD dari IK, untuk belajar buat website.

    Nak buat website sendiri kena ada modal jugak, cuma beli domain ni agak murah ckit, cuma sekitar RM115.Tpi, nak buat sendiri kena keluar modal jugak. Bila tgk rahsiainternet, sy terfikir nak beli, sbb CD dia cuma RM50.

    Hopefully, ilmu yg sy cungkil ckit2 dari Sifu IK ni, akan berkesan, wlpn ambil masa.

    Kalaulah IK ada buat 1 forum yg boleh kita guna kan bertanya apa-apa sahaja soalan secara online, sbb sy ni jarang tgk tv & dgr radio. :-(.

    http://www.buyon9now.com – website untuk jual produk gamat emas. Tp, sekarang ni, website ni masih dalam pembikininan oleh sy sendiri :-).

  12. Saya memulakan bisnes tuisyen saya tanpa modal, pun jika tak berani nak bersuara anda juga tak dapat pelanggan. Ingat ada perkara yang lebih penting dari modal!

  13. klu dah dapat idea bisnes yg hebat langkah seterusnye cari la plak idea nak dpt modal tu..jgn had kan idea2 dlm perkara tertentu saje..kembngkan dalam setiap aspek kehidupan..

  14. Salam Semua,
    Jika nak mulakan business tampa modal kita kena lihat banyak sudut… Bukanya semua business boleh tampa modal, kadang2 fikiran tu terlalu besar tapi haqiqi nya cm ner.

    Biasanya kita tak nk mula dari Ground 0, Tapi nk cuba Challenge persaing yg dah lama bertapak..

Leave a Reply

Your email address will not be published.