Siapakah Abu Thalhah?
Beliau adalah salah seorang diantara sepuluh sahabat Nabi yang dijamin masuk ke Syurga oleh Allah SWT. Nama penuhnya ialah Thalhah bin Ubaidillah bin Usman bin Ka’ab bin Sa’ad. Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi yang berbangsa Quraisy. Abu Thalhah telah memeluk Islam dengan perantaraan Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu ‘anhu.
Peniaga Kain yang Bijak dan Berilmu.
Abu Thalhah merupakan seorang saudagar yang kaya-raya. Memiliki pelbagai keistimewaan dan strategi tersendiri dalam perniagaan. Beliau adalah seorang peniaga kain. Selain daripada berniaga kain, Abu Thalhah juga memiliki banyak ladang Anggur, kebun kurma dan hamba. Hasil daripada perniagaannya itu beliau berjaya memperolehi pendapatan lebih daripada 1000 dinar setiap hari. Di samping itu, Abu Thalhah juga dikatakan meninggalkan harta bernilai 300 bahar sedangkan satu bahar itu telah menyamai dengan nilai pikulan seekor unta. Bayangkanlah betapa banyaknya harta beliau. Abu Thalhah adalah seorang yang gigih berusaha. Beliau seorang yang amat berdikari dan tidak gemar bergantung kepada orang lain. Walaupun usianya masih muda, namun kepintarannya telah dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua darinya.
Perihal Keislamannya.
Ketika suatu hari Thalhah dan rombongannya pergi ke Syam dan sesampai sahaja di Bushra, Abu Thalhah telah dikejutkan oleh suatu peristiwa yang sangat menarik dan lantas mengubah perjalanan hidupnya. Sewaktu di sana, Abu Thalhah melihat seorang pendita berteriak-teriak sambil berkata
- “Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan ini yang berasal dari Kota mekah?”
- lalu, Thalhah pun menyahut “Ya, saya penduduk mekah!” katanya kepada pendita itu.
- Kemudian sang pendita itu bertanya lagi, “Sudah munculkan seorang di antara kalian orang yang bernama Ahmad?”
- maka bertanyalah Abu Thalhah kepada pendita itu, “Ahmad yang mana?”
- lantas sang pendita pun membalas, “Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini ia pasti akan muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan berhijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batan hitam yang ada banyak pohon-pohon kurma. Ia akan berpindah ke negeri yang subur dan makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya, segeralah engkau pergi menemuinya, wahai anak muda,” sambung pendita itu lagi.
Mendengarkan ucapan pendita itu, ia sangat memberi kesan di hati Abu Thalhah. Lantas, tanpa menghiraukan kafilah dagang yang berada di pasar, beliau bergegas pulang ke Kota Mekah.
Sebaik sahaja tiba di Mekah, Abu Thalhah terus bertanya kepada keluarganya.
- “Adakah berlaku apa-apa peristiwa sepanjang peninggalanku?”
- lalu keluarganya pun menjawab “Ada. Muhammad bin Abdullah telah mengatakan bahawa dirinya adalah Nabi dan Abu Bakar pula telah mempercayai dan mengiyakan apa yang dikatakan oleh Muhammad.”
- Dengan yakin Thalhah pun berkata, “Aku kenal Abu Bakar. Kami bersahabat baik. Beliau seorang yang penyayang, berlapang dada dan lemah lembut. Beliau seorang pedagang yang teguh pendirian dan berbudi tinggi. Banyak orang yang menyukai majlisnya, kerana beliau seorang ahli sejarah Quraisy,” ujar Thalhah.
- Sejurus itu, Abu Thalhah lantas pergi mencari Abu Bakar dan bertanya, “Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?”
- maka jawab Abu Bakar dengan jujur, “Ya, benar!”
[Bersambung di “Abu Thalhah Perisai Rasulullah S.A.W. Di Medan Perang (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021