Dua tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai dan menjalankan perniagaan di Dubai. Bukan meninggalkan Malaysia 100%, oleh kerana pusat latihan dan program saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial juga masih dijalankan di Malaysia dan saya akan berulang alik dari Dubai ke Kuala Lumpur setiap bulan untuk bersama pelajar-pelajar saya! Sekiranya anda ingin saya menjadi mentor anda di Malaysia, klik di sini.
Berikut adalah 8 sebab mengapa saya berpindah…
1. Dunia tanpa sempadan
Kini, dunia tiada lagi sempadan untuk perniagaan. Dengan wujudnya perniagaan melalui Internet, memudahkan sesiapa sahaja melebarkan perniagaannya ke serata dunia secara maya.
Sebagai tambahan, sistem pengangkutan seperti penerbangan yang semakin efisyen dari segi fungsi dan juga kos, membolehkan perniagaan secara fizikal juga berkembang serata dunia.
Tidak kira di mana sahaja saya berada, saya tetap dapat menjalankan perniagaan dengan pelanggan-pelanggan saya tidak kira di mana sahaja serata dunia. Kini, pelanggan-pelanggan konsultan saya berada di beberapa buah negara termasuk Denmark, Italy, Jordan, India, Pakistan, Thailand, Malaysia, Australia dan banyak lagi. Pelajar-pelajar saya pula berada di serata dunia dan Malaysia!
2. Dubai di pusat dunia
Melihat peta dunia, Dubai boleh dikatakan tempat yang sangat strategik dari segi lokasinya di pusat dunia. Untuk saya mencapai pelanggan saya secara fizikal di negara-negara di atas adalah lebih mudah berbandingkan dari Malaysia.
Lokasi Dubai di pusat dunia memudahkan perjalanan saya dalam kapal terbang oleh kerana kebanyakan tempat yang saya perlu pergi hanya kurang dari 7 jam perjalanan dari Dubai. Ambil flight malam, pagi esok sudah tiba untuk sebarang meeting atau kendalikan program. InshaAllah segala urusan perjalanan dipermudahkan.
3. Komuniti expat yang ramai
85% penduduk Dubai adalah expat, iaitu mereka dari luar negara dan bukan orang tempatan. Orang tempatan ‘Emirati’ hanya 15% sahaja. Oleh kerana mereka dari luar negara adalah ramai, ini memudahkan lagi saya memperluaskan perniagaan saya ke peringkat antarabangsa oleh kerana business networking juga menjadi global.
Boleh dikatakan kesemua pelanggan-pelanggan saya adalah orang luar dan bukan ‘Emirati’. Dan network ini membolehkan perniagaan saya berkembang ke peringkat global dengan lebih pantas.
4. Gaya hidup yang berbeza
Tentunya anda pernah lihat gaya hidup di Dubai melalui kaca TV ataupun online. Gaya dan kualiti hidup adalah agak subjektif, namun, dari segi keselamatan (UAE adalah negara ke-2 paling selamat di dunia), bandaraya dan tempat awam adalah sangat bersih, kemudahan awam juga adalah cantik, modern, baru dan bersih (oleh kerana Dubai boleh dikatakan sebagai bandaraya baru)
Saya ingin melalui dan merasai pengalaman yang baru dan berbeza.
Namun, soalannya adakah Dubai mahal? Jawpannya, tidak seperti mana yang disangkakan. Singapore, Tokyo, Hong Kong, Seoul dan London adalah jauh lebih mahal. Tetapi ya, lebih mahal sedikit dari Malaysia, dalam 10%.. 20% begitu untuk barangan biasa.
Kereta adalah murah di Dubai. Kereta sport berharga RM900,000 di Malaysia, tetapi di Dubai berharga dalam lingkungan RM300,000. Sebab itulah ramai yang membawa kereta mewah di Dubai. Termasuk juga polis yang membawa Ferrari, Lamborghini dan Porsche!
5. Bawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
Dubai memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih hebat lagi. Kini, pesaingan perniagaan saya adalah di peringkat global. Keadaan ini memberi daya motivasi kepada saya untuk jadi lebih baik dari sebelum ini.
Bukan sahaja perniagaan di peringkat tempatan, tetapi kini, pesaingan, pelanggan dan partner adalah di tahap antarabangsa. Maka, usaha juga perlu di tahap yang lebih tinggi.
6. Motivasi dan inspirasi
Dubai sememangnya terkenal dengan banggunan tertinggi, terbesar, termewah, terpantas, terkenal dan sebagainya. Bandaraya yang sering cuba menjadi lebih baik dari yang lain dari segi pencapaian.
Persekitaran sebegini umpama memberi motivasi untuk menjadi lebih hebat lagi bagi saya. Ia sering mengingatkan saya untuk tidak rasa terlalu selesa dan mencuba sesuatu yang baru diluar zon keselesaan.
7. Matlamat yang perlu berubah
Matlamat saya ketika umur 20 tahun adalah ingin menjadi jutawan,
Matlamat saya ketika umur 30 tahun adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan internet di Malaysia,
Matlamat saya kini dah masuk 4-series, adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan Internet Muslim di peringkat global.
Dubai merupakan tempat yang sangat strategik untuk mencapai matlamat saya yang terkini ini yang merupakan hijrah saya dalam perniagaan.
Pastikan anda juga sering mengubah matlamat anda supaya makin lama, makin tinggi InshaAllah!
8. Hijrah dalam hidup dan perniagaan
Dalam hidup dewasa, saya telah tinggal di United Kingdom selama 6 tahun (1998-2004), kemudian di Malaysia selama 12 tahun (2004-2017), dan kini di Dubai hampir 2 tahun menjalankan perniagaan.
Saya yakin bahawa berhijrah adalah sangat penting dalam hidup kita begitu juga dalam perniagaan. Hijrah saya ke Dubai adalah untuk hidup dan juga perniagaan. Seperti mana poin saya yang #1, dunia semakin kecil kini dengan Internet dan juga kemudahan pengangkutan mempermudahkan segala hijrah.
Sedangkan beribu tahun lalu mengambil masa berhari-hari untuk berhijrah, kini hijrah telah dipermudahkan. Tiada alasan untuk saya untuk tidak berhijrah. Wallahualam.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Hijrah kerana Allah dan rasul 🙂
alhamdulillah
Nice sharing..
TQ
Salam tuan.
8 sebab yang berasas dan kukuh. Semoga berjaya. Keluar dari kepompong tempatan dan pergi ke peringkat dunia.
Idola satu Malaysia! Terima kasih tuan kerana sudi tolong orang2 Muslim buat bisnes ke persana dunia!
Bestnya…tahniah anda sgt2 berjaya
Alhamdulillah & Tahniah.