7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 1)”]

TIP 3. Youtube

popular di internet

Selain membaca, pengguna Internet juga suka menonton video. Salah satu laman web yang mempunyai rating yang tinggi adalah Youtube.com. Jika anda memuat naik video yang menarik di sana, video anda akan cepat tersebar di dunia online sama ada di Facebook, blog, website, forum dan sebagainya. Malah, video anda akan mula menjadi buah mulut orang lain.

Sudah ramai pengguna Youtube yang biasa-biasa sudah menjadi popular. Contohnya, ramai artis di Malaysia adalah lahir daripada Youtube. Mereka pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mereka secara suka-suka sahaja. Namun setelah mereka mempunyai ramai pengikut, pelbagai peluang terhidang di hadapan mereka.

Anda juga mampu mendapat perkara yang sama jika menggunakan Youtube. Perkara yang penting adalah anda perlu kongsikan video yang bermanfaat, namun tidak terlalu serius. Ia tidak semestinya anda perlu menyanyi, mungkin video yang unik, menarik dan santai untuk orang lain menontonnya, tetapi bermanfaat.

TIP 4. Kerjasama dengan orang popular

Ini mungkin satu kelebihan jika anda melakukannya. Ia umpama tonik segera untuk anda ‘melompat’ dengan lebih jauh walaupun anda baru bermula. Namun, cara ini mungkin sukar dan ia bergantung kepada rezeki anda juga.

Sebelum anda mula menggunakan cara ini, sebaiknya anda sudah mempunyai pengikut anda sendiri sama ada di blog, Facebook dan sebagainya. Malah lebih baik jika orang yang sudah popular itu juga mengenali anda walaupun sekadar melalui Internet.

Anda hanya perlu hubungi mereka dan berbincang apakah yang anda dapat lakukan secara bersama walaupun sekecil-kecil idea. Kelebihan kerjasama sebegini adalah kedua-dua pihak akan mendapat pendedahan (promosi) dengan lebih meluas. Kelebihan bagi anda adalah, pengikut dan peminat mereka akan mula mengenali anda.

TIP 5. Twitter

Selain Facebook, Twitter juga adalah ‘alat’ yang kerap digunakan oleh orang-orang popular untuk berkongsi sesuatu terutama cerita semasa mereka. Twitter lebih mudah digunakan kerana anda hanya perlu menulis ayat yang pendek sahaja. Gunakan Twitter untuk memberikan maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas. Tulis juga perkembangan semasa anda yang terkini.

TIP 6. Konsisten

Apa sahaja cara yang anda gunakan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu konsisten melakukannya jika anda benar-benar serius mahu menjadi popular. Usaha yang konsisten adalah amat penting terutama di peringkat awal usaha anda. Salah satu cara untuk kekal konsisten adalah dengan melakukan perancangan yang lengkap  untuk jangka masa panjang.

TIP 7. Kreatif dan unik

Boleh dikatakan banyak perkara telah diketahui oleh kebanyakan orang terutama di Internet. Cuma mereka akan mengambil tahu kembali perkara itu apabila ia disampaikan dengan cara yang berbeza. Elakkan melakukan sesuatu yang sama seperti orang lain lakukan untuk mengelakkan peminat anda mula hilang minat. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain, bukan seorang “copy & paste” semata-mata.

 

NOTA PERINGATAN :

1. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Lakukan sesuatu usaha yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.

2. Elakkan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan maruah kita.

3. Jadikan kedudukan popular kita sebagai kelebihan untuk kita berikan kebaikan kepada manusia sejagat.

4. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga kata-kata kita agar tidak mengguris hati orang lain.

5. Apabila sudah popular, jangan lupa asal-usul diri.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.