Pagi tadi di KLfm, saya kongsikan 7 tip menggunakan gambar untuk promosi atau pengiklanan di Facebook. Gambar yang menarik akan memberi impak yang lebih kepada perniagaan anda! Berikut adalah 7 tip tersebut…
- Tunjukkan apa yang menarik mengenai perniagaan anda melalui gambar. Cuba tarik perhatian pengguna Facebook menggunakan gambar orang, pekerja, pelanggan, produk atau persekitaran perniagaan anda.
- Gunakan gambar yang berkualiti. Fikirkan juga tentang pencahayaan. Gambar yang tidak berkualiti dari segi pengambilan akan kelihatan tidak menarik dan orang tidak akan klik. Belajar sedikit sebanyak elemen fotografi untuk memperbaiki gambar anda.
- Pastikan gambar atau imej yang dikongsikan adalah selari dengan mesej atau status yang ditulis. Imej dan text yang selari akan menguatkan lagi sebab untuk orang klik.
- Gunakan gambar yang memberi tarikan emosi. Perasaan emosi adalah perasaan yang kuat untuk menarik perhatian orang ramai di Facebook. Sebagai contoh, gambar muka yang berjerawat beri kesan emosi takut dan terbaik untuk menjual ubat jerawat.
- Pastikan gambar atau imej tersebut mencerminkan jenama anda, dari segi cara penulisan text pada imej, warna yang digunakan, dan mesej yang disampaikan. Jadikan peluang untuk membina jenama.
- Gambar yang digunakan juga perlu konsisten supaya orang mengenali perniagaan anda.
- Namun perlu juga tukar gambar iklan supaya orang mendapat sesuatu yang lain dan berbeza dan tidak bosan dengan gambar yang sama. Sama tetapi tidak serupa!
Mudahan tip-tip ini dapat memperbaiki pengiklanan anda dan juga promosi perniagaan anda di Facebook!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, dapatkan lebih banyak teknik dan strategi dalam memulakan dan menggandakan pendapatan perniagaan anda di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, Irfan Khairi.
Program 6 bulan ini telah berjaya melahirkan beribu usahawan Internet dan menjadi pilihan #1 dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021