Saya fikir apa yang orang benar-benar mencari adalah jalan pintas untuk kejayaan. Jawapan ringkasnya adalah bahawa tidak ada jalan pintas. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam perniagaan anda yang akan meningkatkan kemungkinan untuk anda mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.
Pada pendapat saya, ada 7 perkara asas yang anda boleh gunakan sebagai senjata rahsia untuk digunakan dalam perniagaan anda. 7 senjata rahsia ini adalah perkara asas yang telah diketahui dan biasa didengar, atas kelemahan dan kesibukan dalam urusan harian kita, mungkin kita belum memberi tumpuan sepenuhnya dalam 7 perkara asas yang akan anda ketahui sebentar sahaja lagi untuk diaplikasikan dalam perniagaan anda .
Walaupun 7 senjata rahsia nampak macam mudah jer, sebenarnya kesemua 7 kaedah asas ini memerlukan banyak masa dan kesabaran untuk anda menempuh jalan-jalan kejayaan dalam perniagaan anda. Antaranya adalah
1. Pemasaran – Tidak kira apa perniagaan yang anda jalankan ,sekiranya anda tidak belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan anda, tiada yang akan mengetahui akan kewujudan perniagaan anda. Akhirnya , lama kelamaan perniagaan yang anda jalankan akan mati. Anda perlu belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan dan bukan hanya sekadar menjalankan iklan sahaja.
Anda perlu tahu apa yang perlu dimasukkan ke dalam iklan, apa yang membuat iklan yang baik, bagaimana untuk menulis ayat pengiklanan yang tepat dan memilih imej sesuai serta mempelajari semua bentuk pemasaran dan media yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda. Anda perlu mempelajari teknik yang tepat dalam pemasaran perniagaan anda jika tidak prospek tidak akan ketahui kewujudan perniagaan anda.
2. Kegigihan – Jangan sekali-kali berhenti! Anda perlu terus gigih meneruskan perniagaan pada peluang-peluang yang ada, anda perlu gigih walaupun gagal pada kali pertama. Bersedia untuk mengambil bertahun-tahun untuk membina perniagaan anda. Bersedia untuk berada dalam keadaan tertekan,rasa nak menangis sebab peritnya nak menguruskan sesebuah perniagaan, bertengkar dengan pasangan anda sebab terlalu sibuk menguruskan perniagaan, atau apa-apa kemungkinan keadaan, anda perlu atasi keadaan itu dalam cara yang terbaik.
3. Khidmat Pelanggan – Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab nak khidmat pelanggan ni memang leceh nak urus, tambahan pulak pelanggan yang cerewet. Memang sukar nak uruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.
Bersambung dalam artikel akan datang…
*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
terbaik….
Assalaam. Sy baru nak memulakan perniagaan online. Sy difahsmkwm Ada syarikat yang buat outsourced service utk membina dan menguruskan FB & Instagram utk Small biz. Boleh tak recommend few companies tersebut. Thx