Internet berubah dengan pantas. Pada mulanya dulu, tiada pun Google, cuma Yahoo. Pada mulanya dulu, Amazon hanya menjual buku, kini menjual macam-macam. Pada mulanya dulu, sungguh perlahan untuk download gambar, kini streaming videos diberikan oleh YouTube. Pada mulanya dulu, pemilik perniagaan berinteraksi dengan blog, kini pemilik perniagaan boleh berinteraksi secara langsung/live/realtime broadcasting menggunakan Periscope, Google Hangout dan juga Facebook Live (Seperti mana saya lakukan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9 malam!)
Internet berubah.
Ianya berubah dengan pantas!
Hanya beberapa bulan lepas, kita tidak pernah dengar tentang Live broadcasting oleh pemilik perniagaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi, kini ianya wujud.
Walaupun perubahan platform Internet ini yang pantas ini memberi pelbagai kebaikan kepada pengguna Internet , namun, ia memberi satu kelemahan yang nyata dan dapat dilihat…
Usahawan sukar untuk up to date dan kejar perubahan yang pantas ini!
Masih ramai usahawan tidak mempunyai blog. Masih ramai usahawan yang tidak tahu menggunakan Facebook secara efektif untuk mendapat pelanggan (ramai fikir mereka tahu tetapi tetap tak dapat pelanggan). Masih ramai usahawan tidak mengambil peluang Google+ yang merupakan peluang promosi yang ramai tidak perasan. Masih ramai usahawan yang tidak menggunakan pemasaran video. Apatah lagi yang menggunakan live broadcasting untuk perniagaan mereka- boleh dikira dengan jari sekarang ini.
Berikut adalah tip dan juga peringatan untuk usahawan masa kini, tidak kira menjalankan perniagaan online atau offline…
- Bill Gates pernah berkata “If your business is not on the Internet, your business will be out of business”! Merujuk kepada betapa pentingnya mereka yang mempunyai perniagaan offline, tetap perlu menggunakan platform online untuk mendapat lebih ramai prospek dan pelanggan.
- Oleh kerana perubahan platform dan teknologi adalah semakin pantas, tanggungjawab usahawan untuk belajar menggunakan platform dan teknologi dengan pantas. Perubahan Internet tidak akan menunggu kita. Kalau kita terlambat, maka, perniagaan kita juga akan kebelakang.
- Jangan hanya fokus kepada satu jenis platform promosi online sahaja. Gunakan kepelbagaian cara dan teknik promosi online. Mengharapkan satu cara promosi seperti Whatsapp dan Facebook atau Instagram adalah apa yang dilakukan oleh ramai. Tetapi apa akan terjadi sekiranya platform-platform ini berubah dan diluar kawalan kita. Seperti REACH FACEBOOK yang semakin kurang? Dan iklan Facebook yang semakin mahal? Dan Whatsapp mula akan kenakan bayaran?
- Ramai usahawan melakukan perkara yang mudah sahaja di Internet. Iaitu fokus kepada satu cara sahaja seperti Facebook atau Whatsapp. Tetapi, apabila mudah, lebih ramai pesaing akan melakukannya. Fikirkan cara-cara baru juga seperti video marketing, email marketing dan live broadcasting supaya kita lebih hadapan daripada pesaing yang semakin ramai. Cara untuk bersaing? Lakukan apa pesaing belum buat dan lakukannya dengan lebih efektif!
- Dulu-dulu, pesaingan tidak banyak. Namun, pengguna dan platform juga tidak banyak. Kini pesaingan semakin tinggi, tetapi pengguna dan platform juga semakin tinggi. Tidak kira bila anda mulakan perniagaan, pesaingan tetap ada. Namun peluang juga tetap ada bagi mereka yang melihat.
- Jika tidak ada masa dan masa semakin hari terasa makin terhad, waktu inilah perlu belajar dan gunakan automasi di Internet sepenuhnya. Perniagaan Internet dapat membantu usahawan melakukan automasi dan menjimatkan masa dan membebaskan masa usahawan untuk melakukan kerja-kerja lain. Dengan mempelajari teknik dan strategi automasi perniagaan menggunakan Internet, usahawan dapat menjana pendapatan berterusan melalui automasi.
Oleh kerana Internet bergerak dengan pantas, anda sebagai usahawan juga perlu pelajari teknik dan strategi yang efektif di Internet dengan pantas. Tiba masanya untuk berlari mencari ilmu dan bukan berjalan lagi kerana yang berjalan pun akan ketinggalan dengan perubahan teknologi pantas ini- seperti mana kita dapat lihat terjadi kini.
Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan anda ke Internet dengan lebih efektif dan strategi, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia dan mendedahkan pelbagai teknik dan strategi kebanyakan platform-platform terkini di Internet.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. *Bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai secara 100% online, klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021