Alhamdulillah, tak lama lagi- Insya-Allah bulan depan, akan diterbitkan buku terbaru saya, iaitu “Nota Jutawan: Nota Kewangan” dari Telaga Biru Sdn Bhd. Sususlan dari siri Nota Jutawan – Nota Motivasi dan juga Nota Perniagaan. Tak sabar rasanya oleh kerana plan saya adalah untuk keluarkan 1 buku 1 tahun sejak 2006 alhamdulillah masih on track- selagi boleh menulis! 😉 Kalau masuk buku terbaru ni, dah 6 buku saya di pasaran… i like 😉
Anyway, di Facebook juga saya kongsikan tip-tip kewangan dari masa ke semasa, bagi mereka yang belum join FB saya, do join now! Bagi yang dah sertai, jangan lupa untuk “Share” tip-tip ni… 😉
Berikut adalah antara tip-kewangan terbaru dari FB saya. Mudahan dapat memberi manfaat…
Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini
Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga
Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga 😉
Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! 😉
Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!
ps: Sekiranya ingin perbaiki kewangan anda melalui memulakan perniagaan sambilan di Internet, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet, April 2hb & 3hb 2011 di KLCC Convention Center. Klik di sini untuk maklumat lanjut!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Kesedaran orang ramai dalam membina kedudukan kewangan yang kukuh & betul semakin meningkat kebelakangan ini.
Apa yg penting dalam satu keluarga ialah … kerjasama sebagai satu pasukan.
p/s Saya ambil kesempatan ini itu maklumkan pada tuan bahawa kami sudah dapat impak pemasaran melalui internet untuk our family business. Cayalah!
alhamdulillah IK, semua tips yang dinyatakan di atas saya buat sepenuhnya tahun ini…sebelum ini ada longgar-longgar sikit. saya suka dengan cara hidup yang IK nyatakan di atas. memang banyak memberi kesan positif kepada kehidupan kami kini…
6 buku dah? Wow.. kagum..terbaca hal ni saya terinspirasi untuk menulis, tapi bukan buku motivasi tentunya sebab saya akan bersaing dengan Dr Fadzilah Kamsah. Saya praktikkan apa yang saya baca dari blog ni, bina momentum. Memang sibuk tiap hari tapi syukur alhamdulillah masih ada masa untuk bekerja, untuk keluarga, personal, untuk blogging, surfing internet dan paling seronok, menulis. Semua buku IK yang dulu saya dah ada, sering di buka untuk rujukan peribadi. Saya akan sentiasa sokong IK dari kejauhan.
-ShueQry-
Salam,
Ya…ini yang dikatakan orang yang hebat….:D
Salam IK,
Sebelum ini saya dah beli buku Nota Motivasi dan Nota Perniagaan. Sangat berguna.
Tak sabar hendak beli keluaran terbaru pula. Teruskan berkarya dan memberi tip-tips yang berguna untuk semua 😉
~Reza dan Nizam~
Ebook Formula Luar Biasa
daud > kalau saya hebat, ianya atas sokongan anda semua 😉
shueqry > baru saya teringat semalam saya meeting dgn Telaga Biru, dan mereka akan membuka cawangan pejabat di KK. mana lah tahu, cita2 shueqry akan tercapai bersama telaga biru?! Why not kan! 😉
Reza> Thanks dor the support!
Thanks all! 😉 -ik
Ya! Why not? Thanks IK! I keep thinking about it. Dah lama impikan peluang ni, bahkan selalu imaginasikannya.
assalamualaikum tuan irfan khairi.saya amat tertarik mengenai perniagan internit di laman tuan ini.sebelum ini saya telah banyak menemui kegagalan dalam perniagaan.sehigga kehari ini saya masih tercari2. apakah jenis peniagaan yang tepat untuk saya lakukan.untuk pengetahuan tuan saya juga menghadapi masaalah kewangan yang amat kritikal.namun saya masih belum berputus asa untuk mencari peluang perniagaan.terutama perniagaan internet yang baru untuk saya menceburi bidang ini.saya beharap agar tuan dapat memberi pandangan semangat dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya. keikhlasan dan kejujuran tuan dalam memberi tunjuk ajar kepada masyarakat amat saya kagumi. terima kasih . nazri abdul kadir.
saya salute tips ni 🙂
IK kongsilah sedikit apa content buku terbaru tu maybe boleh bagi semangat pada pembaca blog untuk membeli buku terbaru IK.
salam IK,
Terimakasih bagi tips tiap hari dan mengajar kami di seminar percuma…saya dapat belajar dan menambah ilmu di sini dan seminar..
terimakasih IK!
salam kejayaan…