Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1 : Tawani melalui kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi
Kita sedia maklum bahawa kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi dan memuaskan akan menentukan kejayaan terhadap sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian yang dibuat. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar, oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda senantiasa diperbaiki.
2 : Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginkan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanilah mereka dengan penuh kemesraan. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, baikilah dengan segera dan sebaik mungkin. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu faktor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang begitu tinggi!
[Bersambung di “5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
setuju..perkhidmatan berkualiti, mesra pelanggan n servis yg cekap
sangat setuju…pelanggan sekarang semua nak laju..lebih2 lagi orang muda..jadi penjual pun kena guna servis yang laju jugak la