kaya dan miskin

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapatΒ  masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]


tanpahenti2

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.

Anda mungkin kehilangan 50% daripada prospek anda sekiranya anda tidak melakukan perubahan.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

19 thoughts on “5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

  1. Salam IK,

    5 strategi yang menarik. Bagi saya yang no.5 tu susah sikit, sebab kena mencipta sesuatu yang baru, barulah boleh jadi leader. Ia memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang agak tinggi. Tapi inilah yang IK dah lakukan, mencipta fenomena perniagaan internet di Malaysia, sekarang dah jadi jutawan.Tahniah!

  2. IK dan rakan2,

    Pelanggan sekarang ni sudah semakin pandai dalam buat pilihan. Mereka dah pandai menilai produk/perkhidmatan yang paling tinggi nilainya utk wang yang mereka keluarkan. Kalau peniaga tak pandai menawan hati mereka ni, memang susah nak bersaing. Kalau dah dapat pelanggan, masalah seterusnya bagaimana nak pastikan bagaimana mereka setia dengan kita. Betul tak IK?

  3. Banyak faktor untuk menawan pasaran bagi membekalkan produk/perkhidmatan kita..Ciri2 yg IK berikan ni memang perlu dijadikan benchmark

  4. Salam…salam…
    Hmm…strategi untuk ‘menawan’ dah ada.

    Katakanlah kesemua ilmu di atas telah dipraktikkan oleh pesaing kita.
    Ada tak strategi lain untuk ‘membebaskan’ tawanan mereka dan seterusnya menjadi pelanggan kita?

    Atau, guna saja strategi yang sama?
    Boleh ke kalau lawan api dengan api? πŸ™‚

  5. Salam,

    sekiranya dilihat dari semua perniagaan, banyak lagi yang boleh dipecahkan menjadi nich2 yang kecil. Mungkin disebabkan orang kita malas hendak berfikir menjadikan kita selalu mundur daripada negara2 maju.

    Apa yang saya belajar daripada IK, inovasi adalah 10% perubahan yang dilakukan terhadap sesuatu produk/ perkhidmatan. Jadi banyak manakah perl diubah??

    renung2kan dan selamat beramal.. hehehe..

  6. Bila baca 5 strategi IK ini, baru saya tahu bagaiamana nak tawan pasaran perniagaan. ia memang memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. dalam istilah arab ada menyatakan “man jadda wa jada”. barangsiapa berusaha pasti dia berjaya :). Ciri-ciri yang diberi IK ini memang mantap dan berkesan untuk membina jenama yang berkualiti. Terima Kasih IK πŸ™‚

  7. 5 Formula yang cukup power jika diamalkan pada setiap peniaga tak kira online atau offline,

    saya juga amalkan teknik dan mampu jana 5 figure per month

    terima kasih atas perkongsian dari tuan IK.

    -Oswald Justin-
    Usahawan Internet

  8. Assalamualaikum
    Terima kasih IK…
    Saya akan pastikan saya ingat kelima2 point penting ini yang terus menjadi kekuatan kami dan sentiasa perbaiki setiap masa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.