Kadangkala, untuk memberi impak lebih hebat dan profesional pada perniagaan anda, tidak memerlukan perubahan yang besar dan kos yang tinggi.
Beberapa perkara yang mudah sahaja dapat memberi persepsi perniagaan anda supaya kelihatan lebih besar dan hebat.
Berikut adalah 5 perubahan yang perlu…
1. Mempunyai logo perniagaan
Perniagaan akan kelihatan lebih profesional apabila mempunyai logo. Ia memberi persepsi perniagaan yang teguh. Logo yang terbaik adalah logo yang kelihatan simple. Kebiasaannya mempunyai 2-3 warna.
Cuba lihat jenama2 besar keliling kita, kesemuanya mempunyai logo. Ini kerana, orang lebih mudah mengingati visual berbanding tulisan sahaja. Dan apabila orang ingat, maka jenama akan terbina. Klik di sini sekiranya perniagaan anda memerlukan logo profesional.
2. Video kata-kata aluan dari pemilik
Video memberi kredibiliti kepada sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya hasilkan kata-kata aluan pemilik perniagaan menceritakan sedikit latar belakang diri, perniagaan dan juga apa yang dijual dalam bentuk video. Tak perlu panjang, 2-3 minit sudah memadai supaya orang mengenali kita dan lebih yakin dan tahu mengenai kita dan perniagaan tanpa perlu membaca.
Meletakkan gambar pemilik perniagaan akan membina kepercayaan pelawat. Namun, dengan meletakkan video, kesan ini akan berganda. Antara cara untuk menjadikan perniagaan anda popular, adalah dengan menggunakan pemasaran video. Klik di sini untuk mempopularkan perniagaan anda.
3. Laman web yang cantik dan tersusun
Tingkatkan kepercayaan pelawat dengan laman web yang cantik dari segi visual. Laman web yang kelihatan tidak profesional akan mengurangkan keyakinan orang ramai. Laburkan pada pereka cipta yang boleh menghasilkan laman yang menarik untuk dilihat.
Menarik tidak bererti kompleks dengan animasi dan kesan bunyi, tetapi, sesuatu yang simple dan kelihatan profesional. Fikir seperti laman web Apple, Zalora dan Microsoft. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet yang berjaya, klik di sini.
4. Link ke laman sosial yang pelbagai
Ketika zaman komunikasi kini, perniagaan perlu bina hubungan bersama prospek dan pelanggan. Sekurang-kurangnya gunakan 1 media sosial, seperti Facebook untuk perniagaan anda. Namun, terbaiknya gunakan 3 platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Lebih banyak media sosial yang digunakan, lebih mudah untuk membina hubungan dan mencapai lebih ramai prospek dan pembeli. Apabila terjalin hubungan sosial, lebih ramai pelanggan yang anda akan dapat. Klik di sini untuk ketahui teknik dan strategi berniaga di Media Sosial.
5. Mempunyai bahan-bahan promosi offline profesional
Gandakan lagi promosi dengan bahan-bahan promosi seperti kad bisnes, brochure, leaflet, poster dan lain-lain. Kos untuk percetakan tidak mahal kini, namun dengan mempunyai bahan promosi offline juga, anda dapat mencapai pasaran orang ramai yang anda temui.
Bahan promosi offline akan menunjukkan bahawa perniagaan anda lebih serius berbanding pesaing yang tidak memilikinya. Ingin memiliki jenama yang lebih profesional? Klik di sini.
PS: Hanya beberapa tempat sahaja tinggal untuk Seminar Perniagaan Popular pada hari Sabtu 29hb Ogos ini. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran online.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021