Ingin memulakan perniagaan Internet? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan, memerlukan usaha. Kalau takde usaha, takde la duitnya.
Namun, dari pengalaman saya memantau beribu-ribu usahawan Internet, saya dapati terdapat 5 kesilapan utama yang mengakibatkan perniagaan Internet gagal. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, please take note ya!…
Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…
- TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! š
- TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
- TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akanĀ dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu caraĀ memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.Namun, blogĀ yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda! š
- HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!
- MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blogĀ orang lain, melakukan posting jualan di forum-forumĀ ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.Spamming adalah kesalahan perniagaanĀ Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telahĀ jatuh!
Masih lagi ingin memulakan perniagaan Internet?Ā Klik di sini untukĀ melihat bagaimana kami dapat membantu anda.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih IK satu info yg cukupbagus bgi orang seperti saya yg baru menceburi bidang ini. Terima kasih jazakallah
Info yang sangat berguna.
Thanks to IK for sharing.
Saya telah membacanya pada 16 Januari 2012 Jam 1011 pagi. Terima kasih tuan.
Terima kasih IK kerana berkongsi maklumat berguna untuk sekelian pembaca setia blog ini š
Tips yang sangat berguna. Kurang promosi menyebabkan beberapa laman web saya tidak menepati apa yang diharapkan. InsyaAllah akan berusaha lebih keras lagi .. Terima kasih
ilmu kesilapan internet marketing yang tepat dr Irfan khairi
Setuju betul dgn tips En Irfan. Perniagaan di Internet banyak persamaan dgn promosi perniagaan runcit.. Promosi selalu, susunan yg kemas & menarik, menonjolkan barangan yg terbaharu/trendy..
Ir. Kamal Ibrahim Qnet Networkers.
Salaam saudara Irfan Khairi.
– saya menyokong 100% kata2 saudara dan perniagaan saya telah menigkat setelah melakukan promosi..Alhamdulillah..
Saya amat bersetuju dengan pandangan IK. Walaupun kami di my1stopdotmy telah menyediakan kemudahan sistem katalog, sistem order, online payment, delivery dan marketing, kalau masih tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, macamana peniaga2 online nak dapat sales. Jangan harap letak barang dan tinggal sahaja, serupa dengan peniaga yg meletakkan produk mereka di kaki lima dan terus beredar tanpa membuat promosi. Cuba gunakan sistem yg betul dan buat promosi tanpa henti… Insyaallah akan berjaya š
Teknik promosi amat penting jika membina blog untuk perniagaan. Kalo ikut pendapat saya kita perlu meninggalkan komen supaya kita dapat meniggalkan jejak untuk pelawat melawat blog kita. Adakah cara ini effektif?
terimakasih IK.. tips promosi yg diberikan utk manfaat bersama…
[terdapat byk sgt cara promosi..]
Assalamualaikum IK….Best info. Insya Allah akan cuba buat yg terbaik utk online biz saya. Terima kasih. š
info yang sgt berguna.. akan guna srbagai panduan bisness kami
. thanks ik… dri berlima megah enterprise…
Petang..saya budak baru dlm bidang biz on9 ini..saya nk tanya ttg tip untuk berjaya dlm biz on9 ni..cara2 yg bagus untuk buat promosi..
Terima kasih IK atas artikel yang sangat berguna… Memang tak dinafikan apa yang ada disenarai dalam artikel ini memang ada terbuat…..